N - 12

3.3K 103 5
                                    

Redza begitu berselera menjamah makanan tanpa menghiraukan afwa yang sedang memerhatinya. Asam pedas ikan pari sungguh menggamit seleranya. Sudah lama dia tidak makan makanan kesukaannya itu. Kali terakhir ketika dia berkunjung ke rumah puan haniyah beberapa bulan yang lepas.

"Eh, you tak makan?" Tanya redza dengan nasi yang penuh dalam mulut. Disisip straw ke celahan bibir dan dihirup air horlick bagi menghilangkan rasa tercekik.

"I ada something nak tanya you." Ujar afwa dengan suara yang serius. Redza mengangkat kening menandakan dia mahu mendengar perkara yang ingin dibincangkan afwa.

"Kenapa huzair?"

Redza berhenti mengunyah. Dia memandang wajah afwa yang langsung tiada secalit senyuman.

"You tak suka?" Soalan berbalas soalan.

"Bukan tak suka. Tapi you tahu kan i dengan dia.."

Belum sempat afwa selesai berkata, redza pantas mencelah.

"Perkara lama kan. Lupakan. Be profesional.."

Afwa menghela nafas panjang. Tidak tahu bagaimana harus memberitahu redza tentang ketidakselesaannya apabila berhadapan dengan huzair.

Jari-jemarinya bermain dengan hujung straw. Dia kembali mendiamkan diri. Tidak lama kemudian terasa kerusi di sisi redza ditarik.

"Boleh aku join?"

Muncul huzair bersama sepinggan nasi dan juga segelas air. Dia mengorek senyuman kepada redza. Matanya melirik memerhati afwa.

"Boleh..sila-sila." jawab redza. Sinar kegembiraan menyebar keseluruh wajah redza. Seronok mungkin sepupu kesayangannya makan semeja dengan mereka berdua.

Afwa mengalihkan pandangannya ke arah lain. Tidak mahu bertentang mata dengan huzair yang tanpa segan silu mengenyit mata kepadanya.

"Tadi bukan main sombong kau ya.. aku ajak tak nak. Sekarang cari pula". Perli redza sambil dia mengerling afwa yang nampak sangat tidak selesa dengan kehadiran huzair.

"Baby, you okey?" Redza berpura-pura tanya. Mahu melihat reaksi afwa.

"Err.. i okey." Jawab afwa ringkas. Afwa mengacau-ngacau straw dalam air minumannya. Jiwanya kacau tidak tenteram. Kalau boleh dia mahu cepat-cepat pergi dari situ. Tapi memandangkan dia datang bersama redza menaiki satu kenderaan yang sama dia perlu bersabar walaupun hakikatnya dia tidak mampu lagi untuk bersabar.

"Gf kau macam tak selesa jer." Ujar huzair. Redza menayang wajah pelik.

"Gf? Siapa?"

"Tu.." huzair memuncungkan bibirnya.

Redza ketawa kecil.

"Ni? Afwa gf aku?"

Huzair mengangguk.

Dia baru selesai makan. Bibir dilap dengan tisu sebelum belakang tubuhnya disandar pada kerusi. Dia tersenyum sinis apabila afwa hanya menunduk.

"Laa.. kau baru tahu ke? Kita orang memang couple pun kan baby?" Redza mencuit lengan afwa yang berlapik baju.

Afwa terkejut.

Dia mengangkat kepalanya. Terpinga-pinga tidak faham. Seketika dia hanya tersenyum. Bagaikan mengiyakan apa yang dikatakan oleh redza itu.

Senyuman sinis yang tersungging di bibir huzair serta merta mati. Entah kenapa hatinya berasa sakit dengan reaksi afwa itu. Adakah dia masih berharap wanita itu menerima dirinya kembali? Cemburukah dia?

Huzair berdehem.

Dia meneguk air miliknya bagi meredakan rasa yang dia sendiri tidak tahu yang telah menyerang dirinya saat ini.

"Bila nak langsung?"

Redza mengurut dagunya dengan jari telunjuk. Bagaikan berfikir sesuatu.

"Bulan depan."

Afwa membeliakkan mata.

Apakah? Redza ni biar betul. Jangan macam-macam la !

Redza tersenyum melihat afwa.

"Bulan depan erk sayang.."

"You jangan nak mengarut!" Marah afwa.

"I serius. Tak main-main." Balas redza. Afwa merengus tidak puas hati. Huzair hanya jadi pemerhati.

"I nak balik."

Afwa menyambar beg tangannya lalu dia bingkas berdiri.

"I boleh balik sendiri! " Kata afwa lagi apabila redza masih lagi membatu di sebelah huzair. Dia berjalan meninggalkan redza dan huzair.

Mendengar sahaja akan itu cepat-cepat redza meminta diri.

"Aku chow lu. Jumpa di office."

Tergesa-gesa redza mengejar langkah afwa. Huzair hanya diam tidak beriak. Penumbuknya digenggam.

NOKTAH Where stories live. Discover now