N - 13

3.3K 102 4
                                    

Hari minggu.

Hari yang paling menyenangkan bagi afwa. Afwa mencelikkan matanya. Afwa menggeliat mengendurkan segala urat sarafnya yang tegang.

Dia masih lagi terbaring atas katil. Jam kecil atas meja di sebelahnya dikerling sekilas. Jarum jam tepat menunjukkan angka 9 pagi.

Nampaknya dia terjaga lewat lagi. Tapi mujur sahaja dia 'cuti' dan juga pejabat tempat kerjanya pun cuti. Boleh la dia bermalas-malasan di rumah.

Afwa bingkas bangun dari pembaringannya. Tuala dicapai dan kaki menghala ke arah bilik air. Selesai membersihkan diri afwa menuju pula ke dapur.

Kabinet dapur dibuka untuk mencari sesuatu. Bekas yang berisi biskut Tiger dicapai. Mug diambil lalu milo 3in1 dituang ke dalamnya. Afwa mengacau-ngacau untuk melarutkannya.

Sunyi sepi terasa rumahnya memandangkan dia hanya tinggal seorang diri. Meja kecil di ruang dapur dihampiri sambil menatang mug dan juga bekas biskut. Punggung dilabuhkan.

Sedang ralit menikmati sarapan paginya telefon bimbitnya berdering. Cepat-cepat afwa berlari ke biliknya. Tertera satu nombor yang tidak dikenali.

"Hello.."

Krik ..

Krik ..

Krik ..

Afwa menjauhkan skrin telefon dari telinganya. Masih dalam talian.

"Hello, siapa ni?" Soal afwa.

Namun soalannya tidak berbalas. Insan yang menelifonnya saat ini masih berdiam diri.

"Kalau tak nak cakap jangan call!"

Pantas afwa memutuskan talian.

"Gila!" Rengus afwa. Dia berura-ura untuk kembali keluar dari bilik namun langkahnya dihalang dengan bunyi deringan menandakan ada mesej yang dihantar seseorang.

'Sayang..'

Kerutan di dahi afwa kelihatan.

"Siapa pula ni?"

Laju jari jemari afwa membalas mesej tersebut.

'huzair..'

Satu nama yang membuatkan afwa menghenyak punggungnya ke birai katil. Dadanya berdegup kencang.

Ting !!

'abang nak jumpa sayang. Boleh?'

Afwa menelan liur.

Huzair menatap skrin telefon bimbitnya dengan harapan pesanan darinya dibalas. Huzair mengeluh. Lengan diletak atas dahinya sambil mata dipejamkan.

Tubuhnya yang terbaring atas sofa di ruang tamu menarik perhatian hana yang kebetulan berjalan ke ruang tamu tersebut. Dikerling huzair dengan cebikkan bibir.

Hana kemudian mendail nombor seseorang. Tidak lama kemudian kedengaran satu suara menyapa pendengarannya.

"Hana nak pergi sana."

"Dengan mama.." jawab hana lagi.

"Okey! Jumpa kejap lagi." Pantas hana mematikan panggilan.

"Mama, cepatlah. Kita dah lambat ni." Laung hana. Ditilik jam ditangannya. Dia sudah berjanji untuk tiba tepat pada waktunya.

Kelihatan puan haniyah menuruni anak tangga. Mamanya itu cantik berjubah berwarna peach dan juga selendang rona yang sama.

"Tak sabar mama nak jumpa menantu kesayangan mama tu." Ujar puan haniyah. Tanpa sedar perbualan mereka dua beranak didengari oleh huzair.

NOKTAH Where stories live. Discover now