N - 7

3.3K 125 7
                                    

3 TAHUN KEMUDIAN ..

Afwa bergegas menuju ke pintu lif. Butang lif ditekan berkali-kali. Nampaknya dia lewat lagi hari ini. Ini semua gara-gara dia asyik layan drama tv sehingga terbabas tidur. Mujur sahaja hari ini dia abc. Kalau tak jenuh menanggung dosa sebab tertinggal solat subuh.

"Lambat!" Getus afwa.

Berlari anak dia menuju ke bahagian tangga. Dipijak satu persatu anak tangga dengan langkah kaki yang luas. Tidak dihiraukan lagi dirinya yang memakai heels. Apa yang penting sekarang dia perlu tiba di pejabatnya tepat jam 8 pagi.

Pintu bilik pejabatnya ditolak. Beg dan fail diletak atas meja.

"Nasib sempat.." afwa menarik nafas lega.

"Again?"

Satu suara menyapanya dari muka pintu pejabat. Afwa pantas memanggungkan kepala. Wajah seseorang menyapa pandangannya membuatkan afwa tersengih.

"No!" Sangkal afwa. Cuba menutup kebenaran yang dia sekali lagi tertangkap datang lewat.

"Yes!"

Afwa mahu membela diri namun belum sempat dia bersuara lelaki itu pantas memotong percakapannya.

"5 minute late. No more excuse".

Dilirik anak matanya mengerling jam kecil di atas meja kerjanya.

8.05 am.

Afwa mengeluh. Duduknya dilabuhkan atas kerusi.

"5 minit jer pun.."

"I seorang yang punctual. I rasa you tak lupa kot tentang tu." Perli lelaki itu lagi.

Afwa merengus kasar.

"Okey, fine! i lambat. Puas hati?"

Redza tersenyum kemenangan. Dia tahu afwa pasti mengalah.

"Well.. macam biasa." Ujar redza.

Afwa menjulingkan anak hitamnya ke atas.

"Lagi?"

Redza mengangguk.

"Koyak la  poket i.." sayu sahaja suara afwa berkata. Dia mencebikkan bibirnya seperti ingin menangis.

"Janji tetap janji. I tunggu you kat bawah. Now!" Selepas berkata redza terus meninggalkan ruang pejabat afwa.

Afwa mengetap bibir geram. Mahu tak mahu dia terpaksa 'mengorbankan' wang ringgitnya sekali lagi belanja redza bersarapan pagi ini.

💞

Afwa menghirup air teh suam yang dipesannya sebentar sambil memerhati redza yang begitu ralit menjamah makanan.

Kedua matanya dikecilkan.

"You ni tak tahu kenyang erk?"

"Kenapa?" Soal redza dengan mulut yang penuh dengan nasi lemak.

"Roti bakar 2 keping, roti canai 2 keping sekarang nasi lemak pula. Eh! You ni perut tong ke apa. Sampai semuanya nak makan."

"Uhuk!!" Redza terbatuk.

Cepat-cepat dia menyedut air milo ais kesukaannya.

"You tahu tak makanan semua ni sedap. Nak-nak lagi kalau ada yang belanja. Fuhh!! Lagi bertambah sedap." Jawab redza. Dia kembali mengunyah lebihan nasi lemak yang dimakannya.

NOKTAH Where stories live. Discover now