Hello readerss...terima kasih masih sudi bca cerita sya. Untuk bab sebelumnya saya tukar dengn yg ni yaa. Saya edit sedikit(bnyk?🤔) jalan cerita nya. Selamat membca and enjoysss,😉
"I need your help." berkerut dahi Najmi memandang wajah serius Naufal yang tiba-tiba muncul di depan pintu biliknya.
"Sekarang?" soalnya teragak sempat di kerlingnya jam dinding di biliknya yang menunjukkan pukul 12.00 malam. Naufal mengelengkan kepalanya.
"Pasal Ad ke?" teka Najmi . Dia yang tadinya dah berbaring mula duduk. Naufal menganggukkan kepalanya. Najmi mengetap bibirnya.
"Kau perlukan pertolongon aku? Tapi kenapa tak ada satu perkataan pun keluar dari mulut kau? Kau nak apa sebenarnya ini." Geram dengan reaksi Naufal yang hanya mengangguk dan mengeleng dengan soalannya. Naufal duduk di sebelah Najmi tanpa suara.
"Aku nak kau bawa Ad jumpa tok ki mulai esok."
"Hah? Okey kau datang sini cuma nak bagitau aku benda ni je? Kau boleh call kan atau text , Whatsapp."
"Aku tak boleh tidur. Selepas apa yang jadi kat mall hari tu, aku rasa tak tenang. Kalau dia berani tunjukkan diri dia setelah 1 tahun. Aku tak rasa Irfan akan duduk diam. Aku kenal dia. Aku tahu dia sengaja tunjukkan dirinya. Dia takkan muncul depan Ad tanpa sebab. Irfan tau aku dah balik. Dia serang Ad tahun lepas sebagai amaran pada aku."
"Kau merepek apa ni? Kau banyak tengok drama psychopath ke apa?"
"Naj... dia serang Adriyana bukan sebab dia nak balas dendam pada Ad. Tapi aku."
"Ad kata Irfan pernah suka dia dulu. Takkan sebab tu dia berdendam dengan kau dan nak rogol Ad." Naufal gelengkan kepalanya.
"Dia sengaja lepaskan Ad malam tu. Aku pasti dia akan buat lagi. Tapi kali ni dia akan pastikan yang dia dapat Ad."
"Kalau betul apa yang kau cakap ni, kenapa baru sekarang. Selama beberapa tahun ni takkan tak pernah dia terfikir nak buat semua rancangan ni. Masa kita kat U dulu atau masa kau kat London dulu." Naufal mengelengkan kepalanya.
"Aku faham kalau kau risau pasal Ad. Tapi kenapa kau nak Ad, datang jumpa Tok ki mulai esok? Apa sebenarnya plan kau."
"Aku nak Ad mulakan kelas balik dengan Tok ki."
"Kau risau dia serang Ad masa kita tak ada?" Naufal menganggukkan kepala.
"Perlu ke? Aku tak rasa Irfan boleh apa-apakan Ad . Ad dah habis kuasai semua bunga-bunga silat yang tok ki ajar."
"Kau ingat lagi tak , aku pernah bagitau yang pernah ambil kelas teakwando dengan kawan rapat aku dulu."
"Jadi maksud kau Irfan kawan kau tu. Budak yang ajak kau masuk kelas tu."Naufal menganggukkan kepala nya.
"Untuk pengetahuan kau. Irfan mula masuk kelas teakwando dari umur 6 tahun lagi."
"So?"
"Selama aku kenal dia, dia takkan tinggalkan latihan teakwando. Sebab tu aku nak kau hantar Ad balik pergi kelas Tok ki."
"Kenapa bukan kau je yang hantar?"
"Kau kenal Ad macam mana kan. Dia takkan dengar cakap aku kalau melibatkan hal macam ni."
"Jadi kau ingat dia dengar cakap aku?"
"Yup. Kau je dapat pujuk dia."Najmi menghelakan nafas berat.
"Tapi tak rasa kali ni Ad nak ikut cakap aku."
YOU ARE READING
ENCIK PANAS BARAN VS ENCIK LESUNG PIPIT
Non-FictionAdaweeya sahabat, Ria kekasih hatinya. Bila dia silap perhitungan dia kehilangan seorang sahabat-Naufal- Selagi aku tak dapatkan dia, aku tak mungkin beralah. Naufal kau kena tolong aku-Farhan- Ad kau tak kesian ke kat Naufal? Korang kawan dari keci...