BAB 7

234 6 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Naufal dari tadi tak berhenti-henti mengekori Adaweeya.Naik rimas Adaweeya dibuatnya.

"Kau ni kenapa?Takde kerja lain dah?"marah Adaweeya.Dari tadi cuma sengihan je Naufal berikan kepadanya setiap kali di tanya.Semua kerja di buatnya jadi tak kena.

"Daripada kau jadi ekor aku.Baik kau tolong aku kupaskan bawang ni."Adaweeya menyuakan bawang merah kepada Naufal.Dia mengambil bawang yang di hulurkan Adaweeya tapi dia hanya meletakkan dimeja makan sebelum mengekori lagi Adaweeya ke singki.Adaweeya merengus kasar, bosan dengan kerenah Naufal.

"Kau nak tolong aku potong dada ayam ke apa ni?Kalau setakat nak menyemak baik kau blah dari sini.Sebelum aku sumbat pulak ayam ni kat mulut kau."Geram pulak dia dengan Naufal.

"Apa bising-bising kat dapur ni mak ngah."Soal Farhan.

"Tak tau lah mak ngah budak berdua tu."jawab Puan Aisyah tersenyum sambil memotong sayur sawi ,matanya melirik ke arah anaknya dan Adaweeya.

"Hah, elok sangatlah awak masuk sini Farhan.Awak tolong heret keluar sepupu awak ni."Berkerut dahi Farhan mendengar arahan Adaweeya.

"Kenapa pulak?"soal Farhan

"Sebab sepupu awak ni dah tak jumpa jalan keluar dari dapur ni."Adaweeya menjeling tajam ke arah Naufal yang tergelak di sebelahnya.Farhan mendekati mereka berdua, dia menyiku Naufal tapi Naufal sekadar menjongketkan bahunya.Sudahnya kedua-dua lelaki itu memerhatinya.

"Kalau dah namanya sama gila memang macam ni la."bebel Adaweeya perlahan.Dia meneruskan kerja-kerjanya tanpa mempedulikan Naufal dan Farhan yang berdiri sebelahnya.

"Mama Isya, Ad dah siap potong ayam ni.Nak buat apa dengan ayam ni.?tanya Adaweeya.

"Biar la je kat situ.Kamu masuk lah ke dalam tengokkan Aimi tu."arah Puan Aisyah.Adaweeya ke ruang tamu di ikuti Farhan dan Naufal.Dia menepuk dahinya.Geram dengan perangai gila Naufal dan sepupunya.Adaweeya duduk di sebelah En Iskandar yang khusyuk melihat rancangan yang di tayangkan.

"Abang Kamal dengan Kak Lia belum balik ke abah."tegur Adaweeya di kerlingnya jam yang menunjukkan pukul 1230.

"Belum."jawab En Is.Matanya di alih memandang Adaweeya.

"Mama Isya dah siap masak?"soal En Iskandar.

"Belum.Macam mana nak siap kalau ada yang menyemak kat dapur tadi abah."sindir Adaweeya.Tergelak En. Iskandar mendengar sindiran Adaweeya.Apa yang kelakar Adaweeya sendiri pun tak tau.

"Mana da Naufal menyemak kat dapur tu abah.Orang belajar masak lah.kan Farhan."Naufal membela dirinya.

"Belajar apanya kalau ikut kat belakang aku je.Suruh potong bawang kau letak atas meja ajekan tadi."bidas Adaweeya,dia bergerak ke arah Aimi yang merengek.

ENCIK PANAS BARAN VS ENCIK LESUNG PIPITWhere stories live. Discover now