BAB 3

257 5 1
                                    

"Terima kasih la En Halim sebab percayakan saya boleh urus syarikat ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Terima kasih la En Halim sebab percayakan saya boleh urus syarikat ni."Kata Naufal sambil tersenyum.

"Takde apa-apa lah.Saya cuma cadangkan awak sebagai calon tapi keputusan pihak atasan yang buat."jawab En Halim merendah diri.

"Maaf lah kalau saya menyibuk sedikit ye En. Naufal.Awak dan Adaweeya pernah jumpa kat mana-mana ke?soal En. Halim.Hati tuanya dapat merasakan sesuatu antara Naufal dan Adaweeya.Naufal tersenyum mendengar soalan daripada En Halim.Naufal sekadar menganggukkan kepalanya bagi menjawab soalan En. Halim.

"Maksud awak?"soal En Halim sambil menganggkat sebelah keningnya.Dia masih tak berpuas hati dengan jawapan Naufal.

"Ad, kawan saya dari kecil."jelas Naufal sambil tersenyum.

"Patutlah dia macam terkejut je tadi.Maaf la kalau nampak saya ni macam menyibuk sedikit.Bukan apa kalau boleh saya tak nak pekerja-pekerja saya ada masalah."Luah Halim.
"Oh, takpe En Halim.Saya faham."balas Naufal memahami En Halim.Dia ada juga mendengar khabar tentang En Halim yang sangat mengambil berat tentang pekerja-pekerjanya.

"Kalau takde apa-apa lagi saya minta dulu la ye.Banyak juga saya kena urus sebelum berpindah ke perlis ni."Jelas En Halim.Naufal bersalaman dengan En Halim sebelum pengurus itu berlalu pergi.


.............................................................................................................

"Bila masa dia balik sini.Bukan dia kat London ke?Ibu tak pernah pulak bagitau aku apa-apa.Biasanya ibu selalu bagitau kalau si sebal tu balik."mulutnya tak berhenti terkumat kamit dari tadi membebalkan tentang Naufal.Sesekali mukanya diletakkan di meja.Nadia hairan melihat kelakuan Adaweeya yang dari tadi macam orang tak betul.Langkah kakinya menuju kearah Adaweeya yang tak sedar dengan kehadirannya.

"Kau kenapa Ad?Dari tadi aku tengok macam bomoh buat jampi je?"soal Nadia.Adaweeya sekadar mengangkat kepalanya memandang Nadia.Sebelum meletakkan kembali kepalanya di mejanya.


"Kau tersampuk ke apa ni Ad?"Nadia mula risau dengan keadaan Adaweeya

"Takde apa la Nad."Jawab Adaweeya malas.

"Habis tu kenapa kau macam orang yang tak betul ni."

"Aku nampak kegelapan, kehancuran, kemusnahan."Jawab Adaweeya perlahan tapi masih dapat didengar oleh Nadia.Nadia mengerutkan dahinya mendengar jawapan Adaweeya.

"Hoi kau jangan nak mengada boleh tak.Kehancuran apa ni?"kata nadia dengan suara yang sedikit tinggi sambil menampar bahu Adaweeya.

"Takde apa-apa lah.Kau nak apa ni.?"Adaweeya cuba menukar topik perbualan mereka.

"Takde la, aku tengok kau dah macam orang tak betul.Risau aku.Kau tak nak keluar makan ke?"Adaweeya mengangkat laju kepalanya mendengar soalan Nadia.Dia menarik tangan Nadia untuk melihat jam.

"Naufal! Eh, Najmi."Adaweeya tersasul menyebut nama Naufal.Adaweeya meihat handphonenya.Dibukanya inbox mesejnya melihat mesej daripada Najmi.Kelam kabut dia mencapai beg duitnya.

"Kau nak ikut sekali ke?"sempat lagi Adaweeya mengajak dia Nadia.

"Aku diet,lagipun aku tak nak gangu date kau dengan Najmi."tolak Nadia

"Merepek la kau ni.Aku gerak dulu la.Najmi dah kat restoran bawah tu."Nadia menganggukkan kepalanya.Anak matanya memandang Adaweeya yang terkocoh-kocoh berlari.Sebelum kembali ke mejanya.Nadia mengeleng-gelengkan kepalanya melihat sikap kelam kabut kawannya itu.

"Naufal?"Nadia menyebut nama Naufal perlahan.Hatinya tertanya-tanya kenapa Adaweeya boleh tersasul nama Naufal tadi.

....................................................................................................................................


"You're late princess."kata Najmi sambil mengangkat keningnya sebaik saja Adaweeya melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Najmi.

"Sorry."nafas Adaweeya tercunggap-cunggup kerana berlari tadi.Najmi menyuakan airnya kepada Adaweeya.Tanpa berlengah Adaweeya meneguk air yang disuakan oleh Najmi.

"Naufal ada call aku tadi.Dia cakap dia dah balik dari London bulan lepas.Kau tau tak?"soal Najmi kepada Adaweeya.Adaweeya hanya memandang Najmi menggunakan hujung matanya sambil meneguk airnya.Dia tak berminat nak menjawab pertanyaan Najmi.

"Aku ajak dia lunch sekali tadi.Tapi.."tanpa sengaja Adaweeya tersembur keluar air yang diminumnya sekaligus mematikan kata-kata Najmi.Cepat Najmi menghulurkan tisu kepada Adaweeya.

"Poor my princess"usik Najmi sambil ketawa.Adaweeya menjeling Najmi dia terbatuk-batuk kecil akibat tersedak.

"Ha...habis tu dia datang?"soal Adaweeya bagi menutup rasa gugupnya.

"Tak, dia ada hal."Adaweeya menarik nafas lega mendengar ucapan Najmi

"Bulan lepas dia balik baru hari ni cari kau?"soal Adaweeya sedikit beremosi.Najmi sekadar mengangkat bahunya.

"Nak bagitau kat aku .Jangan mimpi la Ad."detik hati Adaweeya

"Sibuk kot."duga Najmi

"Tu bukan alasan Naj."Marah Adaweeya.Tiba-tiba dia teremosi.

"woo, ok Ad,bertenang."cepat Najmi meredakan amarah Adaweeya.Silapnya juga menyebut tentang Naufal di depan Ad tadi.Bukan dia tak tahu Adaweeya cepat benar melatah bila nama Naufal disebut, sampai sekarang Najmi masih tertanya-tanya punca pergaduhan mereka.

"Sorry Naj."sekali lagi kata maaf keluar di mulut Adaweeya.Dia menarik nafas untuk menenangkan dirinya.Najmi menghadiahkan senyumannya kepada Adaweeya berharap dapat menenangkan hati gadis itu.


ENCIK PANAS BARAN VS ENCIK LESUNG PIPITWhere stories live. Discover now