BAB 1

342 8 0
                                    


"Hello sweetheart,"Suara Najmi terdengar sebaik saja Adaweeya menjawab pangilannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hello sweetheart,"Suara Najmi terdengar sebaik saja Adaweeya menjawab pangilannya.Adaweeya ketawa mendengar pangilan manja daripada Najmi.
"Auwww...so sweet."tawa adaweeya terlepas sekali lagi.
"Kau ni Ad, tak romantik langsung la."rungut Najmi
"Stop it Najmi.Apa kau nak pagi-pagi ni."tanya Adaweeya dia memasang pembesar suara dan meletakkan handphonenya di meja solek.Sementara dia bersiap – siap untuk ke pejabat.
"I miss you.Kau tak rindu aku ke?Kita jumpa lunch ni nak?Aku dah lama tak jumpa kau ni."Adaweeya tersenyum mendengar kata-kata Najmi di geleng- gelengkan kepalanya.
"Tak habis-habis dengan perangai sweetnya."detik hati Adaweeya.
"Lunch ni?Kau dah balik ke?"soal Adaweeya kehairanan.Yang dia tahu Najmi di China untuk 3 minggu, ni baru 2 minggu kalau tak silap  dia.
"Semalam sampai.Kerja aku awal siap jadi aku balik awal.Tak tahan aku menanggung rindu kat kau lama-lama."sekali lagi Najmi mengacah Adweeya.Adaweeya ketawa meendengar kata-kata romantik Najmi.Kawan dia satu ni memang gila.Nasib dia dah lama kenal dengan Najmi kalau tak mau dia tak jatuh cinta dengan mamat jiwang satu ni.
"Ok kita jumpa lunch ni.Jangan lupa bawa ole-ole aku.Kalau takde aku tinggalkan kau kat restoran tu."gurau Adaweeya walhal dia tak kisah pun sebenarnya.
"Of couse la untuk kau aku tak pernah lupa.Jumpa nanti."Najmi menamatkan panggilannya.Adaweeya memandang handphonenya sambil tersenyum.

..........................................................................................................................................................................


FLASHBACK

Adaweeya berlari terkocoh-kocoh masuk ke dalam dewan hotel.Sempat lagi dia membetulkan shawlnya.Dia terlambat kerana menghantar adiknya ke airport tadi.Naufal dari tadi tak berhenti-henti menghubunginya.Di angkatnya pangilan dari Naufal untuk sekian kalinya.Dia merengus geram dengan perangai gila Naufal.
"Aku dah dekat pintu masuk la.Kau ni tak reti sabar ke?Kau duduk kat mana?"marahnya tanpa mempedulikan salam yang di bagi Naufal.Matanya liar mencari kelibat Naufal.Sudahlah dia di paksa untuk datang ke dinner kelas Naufal.Kalau ikutkan hatinya hampir-hampir dia tak nak datang malam ni.


"Mana? Aku tak nampak kau pun?"Naufal melambaikan tangannya bila dia berjaya menangkap kelibat Adaweeya.Ad, mematikanpanggilan Naufal selepas melihat lambaian Naufal dan menuju kearahnya.Diaangkatnya sedikit kain dress modennya yang agak sedikit panjang untuknya memandangkan dia tak la di katakan tinggi dan tak juga terlalu pendek.Naufalmenarik kerusi di sebelahnya untuk Ad duduk.Ad sekadar tersenyum melihat kawan-kawan Naufal yang duduk semeja denganya.

"Well guys, kenalkan kawan aku Adaweeya tapi korang panggil je Ad."Naufal memperkenalkan Adaweeya dengan rakan-rakannya.Adaweeya sekadar melambai  tangannya kearah rakan-rakan Naufal sambil tersengih kerana sedikit janggal.
"Hai Ad I'm Najmi."Najmi menghulurkan tangannya kepada Ad.Memandangkan dia duduk di sebelah Adaweeya
"Hai Najmi. And sorry about that."Ad sekadar mengangkat tangannya tanda dia enggan menyambut tangan Najmi sambil tersengih.
"Oh it's okay.I'm sorry too."balasnya sambil tersenyum menampakkan lesung pipitnya yang tersembunyi.
"Handsome juga mamat ni."bisik hati Ad.Dia membalas senyuman Najmi.
"Memandangkan Naufal cuma perkenalkan awak dengan kami.Jadi saya kenalkan ni Farid, Hisyam, Azhar ,Johny, Randi, Lee dan Sufian."Najmi dengan senang hati meperkenalkan kawan-kawanya dengan Adaweeya.
"Kami classmate merangkap housemate Naufal."sambungnya lagi senyumannya tidak lekang dari bibirnya sekali lagi menyerlahkan lesung pipitnya.
"Oh hai semuanya."kata Adaweeya sambil tersenyum.Mata nakal Adaweeya tidak lepas memandang lesung pipit Najmi yang menarik perhatiannya dari awal tadi.


ENCIK PANAS BARAN VS ENCIK LESUNG PIPITWhere stories live. Discover now