"Aku ingat dah tak nak datang dah." sindir Najmi sebaik Naufal masuk biliknya. Naufal baling bungkusan plastik kepadanya.
"Apa ni?"
"Banyak tanyalah kau ni. Buka saja lah."
"Lah, tanya pun salah." omel Najmi sambil tangannya membuka bungkusan plastik.Senyum dia, tengok ubat-ubatan yang Naufal belikan untuk dia.
"Aku luka sikit saja lah."
"Tak nak sudah." Naufal cuba merebut balik plastik pharmasi dari tangan Najmi.
"Dah bagi mana boleh ambik balik.Buruk lah perangai kau ni." Najmi sembuyikan Plastik tu di belakangnya.Mencebik Naufal dengar jawapan dari Najmi.
"Ad, ok?" soal Najmi sebaik Naufal baring di katil membelakangkannya.
"Hurm.." lama Naufal diam, Najmi biarkan saja kawannya itu. Biasa kalau ada sesuatu menganggu fikiran kawannya itu akan senyap. Dia cuma jadi peneman. Kalau Naufal mula bercakap dengannya atau minta pendapatnya, barulah dia bersuara.
"Kenapa tak buat aduan polis?" Najmi toleh Naufal yang masih dalam posisi yang sama.
"Ad yang tak nak. Sebab tak nak ibu dengan ayahnya risau. Lagipun, dia tak nampak muka lelaki yang serang dia malam tu."
"Kau tak pujuk dia?'
"Dah. Tapi Ad tetap berdegil."
"Habis tu, macam mana korang tau, lelaki yang serang dia malam itu, Irfan."
"Minyak wangi. Ad cakap, Irfan ada jumpa dia seminggu sebelum itu. Tapi Ad, tak layan. Bila Irfan pulangkan balik gelang dia yang hilang malam tu, baru aku dan Ad yakin, lelaki yang serang dia malam tu Irfan." Naufal keluar gelang silver dari poket seluarnya. Lama dia tenung gelang yang ada terukir kecil huruf AA&NA, kenapa boleh tak perasan yang Adaweeya kehilangan gelang pemberiannya, sedangkan dia tahu, Adaweeya tak pernah menanggalkan gelang tu dari hari dia hadiahkan.
"Kau cakap kau suka Ad kan." Najmi diam tak jawab soalan Naufal.
"Aku bagi kebenaran ."
"Hah? "
" Aku bagi kau suka Ad. Kau boleh buat apa yang kau suka, selagi tak salah pada mata aku. Tapi dengan syarat, Ad tak boleh tau perasaan aku. "Naufal duduk pandang Najmi.
" Kau kenapa? Kata sayang Ad, cintakan dia. Tapi kau mengalah macam ni je? " marah Najmi. Memang betul dia nak Adaweeya jadi miliknya. Tapi bukan cara dengan Naufal mengalah. Apa yang dalam kepala otak kawannya satu ni dia pun tak tau. Naufal tersenyum sinis.
"Perasaan aku tak sama dengan Ad."
"Jadi sebab tu kau mengalah, sebab Ad tak rasa apa yang kau rasa."
"Aku tak boleh bahagiakan dia Naj. Kau tak nampak? Dari dulu sampai sekarang aku cuma lukakan dia. Aku tak nak lukakan hati dia lagi. "
"Dan kau rasa kalau aku dengan Ad, kau rasa tu boleh buat Ad bahagia? Macam tu?"
"At least, kau pujuk bila dia merajuk. Kau tau apa dia tak suka. "
" Kau ingat Ad apa? Patung?? Yang kau boleh tentukan siapa pemilik dia? Kau kata tak nak lukakan hati dia. Tapi apa yang kau buat sekarang ni pun, tak ada beza. Stop tentukan dengan siapa dia boleh berkawan Naufal. Biar Ad yang tentukan. Siapa pun nanti pilihan dia. Kalau kau betul ambil berat pasal Ad, jangan jadikan aku sebagai penganti kau. Sebab pada Ad, tak ada yang dapat ganti tempat kau di hati dia." tinggi suara Najmi kali. Geram dia dengan cara fikiran Naufal.
" Kalau di sebabkan apa yang berlaku pada Ad malam tu, kalau kau rasa bersalah. Buktikan pada Ad, yang kau betul-betul peduli pasal dia. Cuba berlembut sikit dengan dia." Najmi hempaskan pintu sebaik keluar dari bilik nya. Panas hatinya dengan apa yang baru di dengarnya. Naufal meraup kasar mukanya. Kenapa dia tak berfikiran seperti Najmi. Kenapa apa yang dia putuskan untuk Adaweeya akan bawa kekecewaan terhadap gadis itu.
YOU ARE READING
ENCIK PANAS BARAN VS ENCIK LESUNG PIPIT
Non-FictionAdaweeya sahabat, Ria kekasih hatinya. Bila dia silap perhitungan dia kehilangan seorang sahabat-Naufal- Selagi aku tak dapatkan dia, aku tak mungkin beralah. Naufal kau kena tolong aku-Farhan- Ad kau tak kesian ke kat Naufal? Korang kawan dari keci...