p/s : Enjoy your reading!! segala kekurangan, typo hrp dmaafiin..hahaha..al maklum lah sy budak baru belajar..N sorry for late update..
FLASHBACK..
Marahnya masih bersisa lagi, geram juga dia dengan Naufal.Ada ke patut dia pulak yang kena minta maaf dengan perempuan tak tentu betul ke tidak.Nak je dia ketuk kepala Naufal laju-laju tadi.Biar hilang ingatan, terus lupa dengan Si Ria tu.Dahlah tak tau dari mana datangnya tiba-tiba datang tarik dia.Entah Dari part Mana Naufal tengok drama dia dan Ria dia sendiri tak pasti.Tapi yang pasti Ria berjaya memanipulasi segalanya.Geram betul dia.Kalau ikut hati nak je patah balik sekarang dan jerit kuat-kuat depan muka Naufal.Adaweeya mendengus kasar.Tangannya mengeluarkan handphonenya dari beg galasnya.Laju tangannya mencari nama Katrina yang telah dia simpan di dalam memori handphonenya.
"Kau kat mana?Puas aku cari satu u tadi.Kau ok tak ni?"cemas je suara Katrina di dengarnya.
"Kau kat mana sekarang?"soalnya kembali.Malas nak jawab soalan Katrina.
"Dah dekat nak sampai rumah dah ni.Baru nak turun bas."
"Ok, I'll be there."
Adaweeya berdiri depan pintu rumah Katrina, tadi sepanjang perjalanan kerumah Katrina bukan main lagi dah berangan-angan nak meluahkan segala rasa marahnya yang dia rasa, tapi sekarang dia dah teragak-agak nak ketuk pintu rumah Katrina.Akhirnya diketuknya juga pintu Katrina.Tapi bila dah ketuk dia rasa nak lari pulak tak nak Katrina tengok dia begitu, tiba-tiba pulak dia rasa sedih, rasa nak menangis pun ada.Hish ni yang dia malas kalau bab-bab nak tertumpah air mata ni.Baru saja dia mahu berpaling pergi Katrina dah buka pintu.
"Ad?"soal Katrina hairan.Langkah kaki Adaweeya terhenti.Dia bingung nak jalan terus atau nak pusing balik hadap Katrina.Air matanya dah start jatuh kat pipi,
"Kat,"cepat Adaweeya peluk Katrina yang masih bingung dengan keadaannya tapi Katrina balas juga pelukkannya.Air matanya jatuh juga.Makin lebat.Dia benci bila macam ni, dia tak suka kalau dia kena nangis macam ni.Tak Sukaaaa!!
"Kalau iya pun nak jadi neng Fatima janganlah kat depan pintu rumah aku ni."Adaweeya tergelak kecil melepaskan pelukkannya.Apalah Katrina ni dia belum puas menangis dah potong steam dia nak melalak.Entah apa je kawannya ni, tak pasal-pasal Neng Fatima pulak jadi bahan lawaknya.Dia lap air mata yang tersisa.Katrina kunci pintu rumah sebelum menarik Adaweeya masuk biliknya.Orang tua Katrina dua-duanya bekerja, balik pun lewat malam, tinggal dia seorang je di rumah, tu yang tutup habis.Memandangkan Katrina anak tunggal memang sampai ke malam lah dia sendiri dirumah.
"Aku rasa macam nak bunuh orang je sekarang"Luah Adaweeya sebaik saja dia duduk di birai katil Katrina.
"Weh, kau jangan nak buat gila.Aku tak nak kawan dengan penjenayah."Katrina sengih.Adaweeya gelak lagi, kawannya satu ni memang tak reti nak serious.Ada je lawak dia, bila Adaweeya tengah sedih.Sebab tu Adaweeya suka mengadu dengan Katrina walaupun sengal tapi dengar juga luahan hatinya.Tapi ada je modal dia nak melawak.Geram pun ada dia kadang-kadang dengan Katrina ni .
"Apa lagi kali ni?Tadi aku tengok bukan main tegang je mat romeo kau tu."soal Katrina.Terkejut juga dia tadi bila Adaweeya berjurai air mata.Bukan tak pernah bertekak dengan si Naufal tu, selalu juga, sampai Katrina sendiri sudah lali, tapi biasanya Adaweeya akan marah-marah tak pun dia yang jadi mangsa kawannya tu jadi punching bag nasib dia kulit buaya sikit,kalau tak memang awal-awal lagi dah kunci pintu rumahnya.Adaweeya diam, tak tau nak cerita dari mana.
"Ria buat hal lagi?"duga Katrina. Adaweeya mengangguk lemah, jujur dia tak suka dirinya sekarang.Kenapa dia rasa down sangat ni.Selalu bila dia gaduh dengan Naufal dialah yang jadi nenek kebayan marah sana sini, sampai Katrina pun jadi mangsa.
YOU ARE READING
ENCIK PANAS BARAN VS ENCIK LESUNG PIPIT
Literatura FaktuAdaweeya sahabat, Ria kekasih hatinya. Bila dia silap perhitungan dia kehilangan seorang sahabat-Naufal- Selagi aku tak dapatkan dia, aku tak mungkin beralah. Naufal kau kena tolong aku-Farhan- Ad kau tak kesian ke kat Naufal? Korang kawan dari keci...