"Tak nak masuk dulu?Lagipun magrib tak lama lagi ni?"Ajak Adaweeya.
"Boleh ke?"soal Farhan
"Sebab bolehlah aku ajak kau masuk.Aku siku juga mamat ni."bebel Adaweeya perlahan.
"I'm hear that."ucap Farhan sambil ketawa kecil.
"Hah, baguslah kalau dengar tak payah saya nak cakap lagi.Kalau nak masuk jom ,kalau tak nak balik je terus."bebel Adaweeya.Bukan sengaja dia nak berkasar dengan Farhan,tapi perasaan marah yang bersisa dihatinya tak pasal-pasal di lepaskan kepada Farhan.
"Nak ajak masuk pun nak marah-marah ke cik Adaweeya oii."sindir Farhan.Tak pasal-pasal dia yang terkena tempiasnya.
"Bukan marahlah.Jomlah cepat."Ajak Adaweeya.Kalau lama-lama dalam kereta dengan Farhan ni tak pasal-pasal datang pulak adiknya si Amar yang dari tadi berdiri didepan pintu.Sudahlah adik lelakinya tu kaki sibuk.Tak taulah perangai siapa yang di ikut.
"Ibu,akak bawa calon menantu."jerit Amar di depan pintu sebaik saja melihat Adaweeya dan Farhan keluar dari kereta.
"Nak kena budak ni."bisik Adaweeya dia mengetap bibirnya.Sudahlah dia tengah panas sekarang ni.Si Amar ni pulak cari pasal dengannya.Farhan tersengih.
"Apa kau cakap Amar."Di tariknya telinga Amar sebaik sampai di depan pintu.Sebelum di sekehnya kepala adiknya itu.
"Oi kak,sakitlah.Lepas lah.Kau dah kenapa ni."jerit Amar.Bukannya dia tak nak melawan balik tapi entah kenapa kalau dengan kakaknya yang sorang ni dia selalu kalah.Boleh tahan juga sakit tangan kakaknya ni kalau menghentam.Farhan sedikit terkejut dengan apa yang di lihatnya.Mana taknya Amar boleh di katakan besar berbanding dengan Adaweeya.
"ADAWEEYA!!"jerit Pn. Jasmin yang keluar kerana mendengar bunyi bising.
"Tak malu ke kawan kamu tengok."tegur Pn Jasmin menyedari kehadiran Farhan di situ.Adaweeya melepaskan Amar.Puas hatinya walaupun dimarah oleh Pn Jasmin.
"Ibu tak tau pulak Katrina dah tukar jantina."sindirnya.Farhan buat muka blurrnya.Tak faham dengan usikkan Pn Jasmin tapi dihulurkan juga tangan untuk bersalam.Amar sudah pun ketawa mendengar lawak ibunya.
"Apalah ibu ni. Katrina Ad,dah hantar kat rumah dia. Ni.."
"Ni calon menantu ibu."potong Amar sebelum berlari masuk sebelum tangan kakaknya sempat singgah di kepalanya.
"Saya Farhan Mak cik, sepupu Naufal."Farhan memperkenalkan dirinya.
"Owh, anak Ramlah rupanya.Yang di Kuching tu kan.Dah hensom dah kamu ni.Dulu kecik-kecik comel jer."Adaweeya mengerutkan dahinya mendengar butir bicara Ibunya.
"Bila masa pulak ibu kenal dengan mama Farhan ni."detik hatinya.
"Eh, masuklah dulu.Ayah si Ad ada kat dalam tu.Mesti dia suka bila jumpa kamu."Ajak Pn Jasmin mesra.Adaweeya mengaru kepalanya yang tak gatal.Cuba mengingati memori zaman kanak-kanaknya.
"Hah, Ad yang kamu tercegat depan pintu kenapa?Tak reti nak buat air?"Adaweeya tersengih sumbang terkejut dengan teguran Pn Jasmin.
"Apalah ibu ni.Orang baru nak berangan jumpa putera raja potong steam betullah."
"Jangan nak berangan sangatlah.Putera raja kalau tersempak dengan kamu tu Ad belum sampai dekat lagi dah lari 10 batu tengok perangai kamu tu.Tu baru dalam mimpi kalau betul-betul comfirm pengsan awal-awal."Farhan tergelak mendengar omelan Pn Jasmin.Sempat Adaweeya mengacukan penumbuk kepada Farhan kerana gelakkannya sebelum masuk ke dapur.
YOU ARE READING
ENCIK PANAS BARAN VS ENCIK LESUNG PIPIT
Non-FictionAdaweeya sahabat, Ria kekasih hatinya. Bila dia silap perhitungan dia kehilangan seorang sahabat-Naufal- Selagi aku tak dapatkan dia, aku tak mungkin beralah. Naufal kau kena tolong aku-Farhan- Ad kau tak kesian ke kat Naufal? Korang kawan dari keci...