🐾18

152 24 0
                                    

"Baiklah terima kasih,"Minhyuk menuju ke arah Jeno pula

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Baiklah terima kasih,"Minhyuk menuju ke arah Jeno pula.

"Lee Jeno,betul ke awak pernah melakukan cubaan membunuh terhadap Winter Fei,"Jeno mengangguk.

Hakim mahkamah memandang mereka yang berada di bawah dengan penuh tekun.

"Yang Arif,saya rasa dah takda apa yang kita harus bincangkan lagi.
Dari perbualan yang hakim telah dengari tadi,Lee Jeno memang salah dalam kes ini.Sekian,"Minhyuk menuju ke tempat dia kembali.

"Yang Arif,saya membangkang.Jika,
Winter Fei tidak masuk ke dalam hutan tersebut benda ni takkan terjadi.Dalam kes ini,manusia yang harus di persalahkan adalah Winter Fei,"Mina memandang Minhyuk.

"Yang Bijaksana,saya membangkang sekeras-kerasnya.Alasan sebegitu tidak logik langsung.Dia telah mengatakan seperti benda ni merupakan kesalahan mangsa 100%.

Sedangkan,pesalah yang membawa mangsa ke rumah pesalah.Jadi,dalam hal ini pesalah yang harus di salahkan.Selain itu,Winter Fei telah mengkhabarkan yang dia telah di ugut oleh Lee Jeno.

Lee Jeno berkeras tidak mahu untuk membawa Winter ke balai polis.
Apakah maksud di sebalik perbuatan Lee Jeno?Dari situ kita dapat lihat yang dia memang nak membunuh Winter Fei," terdiam terus Mina.

"Kang Mina,awak tak nak membangkang?,"Mina buntu.Dia tidak tahu apa yang harus di katakan.

"Jadi loyal Kang Mina,awak masih nak membela pesalah yang memang salah?,"Minhyuk memandang Mina dengan senyuman yang sinis.

"Baiklah saya akan membacakan hukuman yang akan dikenakan kepada tertuduh.Harus memilih salah satu daripada hukuman ini,"kertas hukuman di ambil.

"Hukuman pertama,tertuduh akan di penjarakan seumur hidup di penjara dan menerima 5 sebatan.Hukuman kedua,tertuduh akan menerima 2 sebatan dan di gantung mati.

Di gantung mati ~
Di gantung mati ~
Di gantung mati ~

Ayat itu termiang-miang di gegendang telinga Winter.

Winter mengangkat tangan.

"Hukuman tak boleh di ringankan ke Yang Arif ?,"Jeno memandang Winter dengan sinis.

"Kau yang sumbat aku dalam penjara lepastu kau nak ringankan hukuman aku?What the hell?,"Winter memulaukan Jeno.

"Maaf ini adalah muktamad,"Hakim Kwang Soo mengambil palu di sebelahnya.

"Kes tamat,"

"Tuk tuk tuk,"Winter menitiskan air mata tapi dia mengukirkan senyuman.

"Kenapa kau nak menangis Winter?,"

"Aku senyum sebab aku dapat keluar daripada hidup Lee Jeno.Aku menangis sebab dia kena hapuskan dari dunia ni,"Winter melihat Jeno yang turut memandang ke arahnya dengan senyuman sinis.

"Bye bye Winter Fei,"bisik Jeno sendiri tapi Winter dapat membaca gerak geri mulut Jeno.

"Jangan risau kita akan berjumpa lagi.
Tetapi di dunia yang berlainan,"Jeno mengangkat tangannya sedikit lalu melambai ke arah Winter.
































TBC...🐾

Wednesday
17 November 2021
19:26 p.m.

𝐎𝐑𝐏𝐇𝐈𝐂 오르픽 [𝐉𝐞𝐧𝐨] ✓Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang