🐾6

215 25 0
                                    

Badan di pusingkan ke kiri dan ke kanan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Badan di pusingkan ke kiri dan ke kanan.Tak selesa lah tidur kat sofa ni.

"Kau dah kenapa?,"Jeno yang baru turun dari tangga menuju ke arah Winter.

"Saya tak selesa tidur kat sofa ni.Saya tak dapat nak cari posisi yang betul untuk tidur,"Jeno berfikir sejenak.

"Kat rumah ni ada satu je katil,"
Winter terkejut.

"Rumah besar macam ni.Satu je bilik?Nampak sangat tak nak bagi orang datang rumah dia,"

"Aku duduk kat hutan.Kau expect apa?Kau expect ada orang ke nak duduk rumah aku?Katil bukan bilik.Kat rumah aku takda bilik.Katil je ada tu kat atas loteng tu,"Winter mula berasa hairan.

"Awak tak kerja?Awak takda kawan?,"
Jeno tergelak sinis.

"Aku dah kaya tak perlu kerja.Aku takda kawan,"Winter mengangguk.

"Patutlah muka sendu.Takda kawan rupanya,"tangan di angkat acah-acah nak pukul Winter.

"Ee kau ni.Suka hati akulah hidup aku bukan hidup kau pun,"Winter malas untuk berbalah dengan Jeno.

"Jeno,saya lapar,"Jeno bangkit dari duduk dan terus keluar daripada rumah.

"Eh,awak nak pergi mana tu!,"Jeno masuk ke dalam kereta dan terus menghidupkan enjin.

Winter berlari keluar.Kereta Jeno di dekati.

"Masuk.Kita pergi makan,"Winter akur dan masuk ke dalam kereta di tempat penumpang.

"Eh,jap kau dah mandi ke belum?,"
pandangan di alihkan kepada Winter.

"Saya...Saya takda baju nak mandi.
Baju saya kawan saya pegangkan,"
Jeno menggigit bibir bawah.

"Kau pakai baju aku dululah.Kita pergi mall.Aku belikan baju untuk kau,"Winter menggeleng tidak mahu.

"Taknaklah.Saya takda duit.Awak nak saya bayar kat orang tu pakai daun kering ke?,"Jeno mengetuk kepala Winter.

"Kau ni duduk zaman bila bayar guna daun?Aku belanja lah pandai!,Winter mengangguk faham.

"Baju awak besarlah~,"

"Kau pakai jelah.Nanti dah beli baju kat mall tukar.Itu pun nak bagitahu ke huh?!,"Winter tersengih kepada Jeno.

"Ouh,faham-faham.Dah jomlah gerak.
Banyak cakap je awak ni,"Jeno menghela nafas berat.

🐾🐾🐾

Masing-masing membisu.Winter hanya membuang pandangan ke luar tingkap.Jeno melihat Winter di sebelah.

"Kau ada phone tak?,"Jeno memulakan perbualan.

"Takda.Saya tak bawa phone masa pergi camp sebab cikgu tak bagi,"Jeno tersenyum sinis.

"Dengarlah sangat cakap cikgu tu.
Kalau aku,aku dah bawa phone.Kisah apa aku.Ceh,yang kau takut sangat nak bawa asal?Tu phone kau bukan phone cikgu kau pun,"Winter melihat Jeno di sebelah.

"Saya dengar cakap cikgu bukan macam awak.Cikgu larang awak bawa juga.Nampak sangat kat sekolah dulu suka langgar peraturan sekolah,"Jeno menelan air liur.Rasa macam pasir je.

"Dah diam.Saya tak boleh nak focus bawa kereta,"Winter tergelak kecil.

"Padan muka,"bisik Winter dalam hati.























TBC...🐾

Friday
5 November 2021
22:40 p.m.

𝐎𝐑𝐏𝐇𝐈𝐂 오르픽 [𝐉𝐞𝐧𝐨] ✓Where stories live. Discover now