SEBENTUK cincin bertakhta berlian Eropa disarungkan pada jari manisnya. Senyuman mulai melakar di bibir. Sempat dia menilik diri di cermin bagi melihat kalau-kalau ada yang tidak kena dengan pakaian atau wajahnya yang dioles dengan sedikit solekan. Tiada. Setelah berpuas hati dengan penampilannya segera tangannya mencapai telefon pintar berjenama Iphone 12 Pro di atas meja solek.
Dia membuka camera lantas menangkap sekeping gambar jari-jemarinya yang memfokuskan cincin tersebut. Klik! Usai menangkap gambar tersebut, dia putuskan untuk berbuat sesuatu yang menyeronokkan. Semakin lebar senyumannya sebaik terfikir idea yang tiba-tiba sahaja muncul di kotak fikirannya.
"Ini Delilah. No one can play me. (Tiada sesiapa boleh permainkan aku)," bisik hati jahatnya.
Aplikasi Instagram terus dibuka. Dia menekan pada bahagian post. Apa lagi? Terus dimuat naik gambar tadi di laman media sosial dengan membuat kapsyen yang menarik.
Alhamdulilah, engaged with my fiance.
Sempat dia berkira-kira seketika. Agaknya berapa ramai yang melihatnya? Pengikutnya di laman media sosial seperti Instagram dan Twitter sudahlah banyak sehingga mencecah ribuan. Angan-angan mat jenin mahukan lebih ramai followers tapi sabarlah duhai hati. Akan ada nanti, insya-Allah.
Telefon pintar terus dimasukkan ke dalam handbag berjenama Dior. Baginya Dior is D and D for Delilah. So sweet. Jam ditilik pada pergelangan tangan kanannya, tepat menunjukkan pukul sembilan pagi. Aduhai, dia terlewat ingin ke suatu tempat. Ini Delilah okay! Tiada sesiapa berani marah kalau dia datang lambat sekalipun. Tetapi, dia tidak sukakan dirinya yang sekarang. Bukankah masa itu emas?
"Ya Allah, come on Del. What're you doing right now? Just go. (Ya Allah, cepat Del. Apa yang awak buat sekarang ni? Pergi ajelah)."
Kelam-kabut Delilah melangkah keluar dari bilik. Dia berlari menuruni anak tangga dan segera menapak diri ke garaj kereta. Punat kunci kereta ditekan, automatik keretanya unlock. Cepat-cepat gadis berketinggian 170 cm itu melangkah masuk ke dalam perut kereta Honda yang dibeli tiga tahun lepas. Enjin kereta dihidupkan, lantas beberapa minit kemudian kereta Honda itu bergerak keluar dari perkarangan rumah sewanya.
B E R S A M B U N G ♡

YOU ARE READING
CERPEN - CRUEL DELILAH (✓)
ChickLit♡ 𝐒𝐞𝐜𝐨𝐧𝐝 𝐛𝐨𝐨𝐤 : 𝟐𝟎𝟐𝟏 ♡ 𝘿𝙀𝙇𝙄𝙇𝘼𝙃, Seorang gadis yang berkerjaya. Malahan, seorang yang obses terhadap kehidupan peribadinya. Kadangkala, di sisi lainnya dia seorang yang kejam. Begitu ramai para lelaki yang menaruh hati terh...