"KAU, Leron?" Langkah kaki Delilah mulai terundur ke belakang akibat terlampau terkejut. Leron mencerlung tajam ke arahnya, sempat dia menyentuh lukanya akibat perbuatan gadis itu. Sakit tetapi tetap ditahan.
"Ya, aku. Kau nak lari daripada aku ke, Del?" Leron mara ke hadapan.
"Kau dah kenapa culik aku, hah? Apa kau nak daripada aku?" marah Delilah lantas meraih sebuah lagi pasu jenis seramik yang elok terletak di atas almari kaca. Leron ketawa sinis.
"Hahahaha! Soalan apa tu, Del? Aku culik kau sebab tak nak kau larikan diri daripada aku lagi. Cukuplah, kau seksa aku!" Leron segera merampas pasu bunga dalam tangan Delilah. Pasu kini bertukar tangan. Delilah memandangnya dengan wajah tidak berpuas hati.
"Kau merepek apa ni, Leron? Kau dah gila ke? Kau dah kurang siuman ke? Kau sedar tak apa yang kau dah buat sekarang ni, hah?" marah Delilah. Dia segera berlari menjauhi lelaki itu. Silap hari bulan Leron akan mengapa-apakan dirinya.
"Aku sedar apa yang aku buat. Cuma, kau yang tak sedar apa yang kau dah buat kepada semua lelaki dalam hidup kau. Kau sakiti dia orang dengan cinta palsu kau. Aku kenal kau dah lamalah Del. Aku kenal kau lebih daripada orang lain kenal kau." Leron tetap dengan senyuman sinisnya. Semakin Delilah ingin menjauhinya, semakin dia ingin mendekati.
"Jadi... disebabkan sifat playgirl yang ada dalam diri kau membuatkan aku sendiri tergila-gilakan kau, Del. Cukuplah kau lari daripada aku," rayu Leron lantas menghalang laluan gadis itu. Delilah tidak dapat mengelak lagi.
Pang!
Satu tamparan hinggap pada wajah Leron serta-merta. Delilah benci melihat wajah itu. Dasar pengkhianat! Masakan dia mahu percaya kepada kata-kata lelaki itu lagi. Mana tahu Leron masih lagi dengan dirinya yang dahulu. Dasar penipu azali. Tetapi, dia hairan bagaimana lelaki itu boleh sampai ke tahap ini. Maksudnya kaya. Setahunya, Leron bukan dalam keluarga berada.
Leron menolak lidahnya ke tepi mulut. Perit. Tetapi tetap ditahannya sahaja. Kedegilan gadis di hadapannya ini sukar dilenturkan.
"Aku tak sukakan kaulah! Aku jijik tengok muka kau tahu tak!" Ditolak tubuh Leron agar menjauhi dirinya. Dalam kesempatan yang dia ada, Delilah segera meluru ke arah pintu. Tombol segera dicapai.
"Kau nak lari mana, hah?" Tubuh Delilah dirangkul dari belakang. Gadis itu kuat meronta-ronta mahu dilepaskan tetapi tidak berjaya. Serta-merta, Leron membawanya ke atas katil. Dihempas tubuh itu secara kasar.
"Jangan kau sentuh aku! Pergi!" Linangan air mata mulai turun membasahi pipi mulusnya. Leron menggeleng kepala sambil berkata.
"No! No! No! Aku sepatutnya ajar kau macam mana cara untuk menghormati perasaan lelaki." Leron mencengkam pipi Delilah sambil tersenyum sinis. Tangisan gadis itu semakin pecah. Delilah tidak tahu nasibnya selepas ini bagaimana.
♡ ♡ ♡
KEESOKAN HARINYA
"Habis macam mana ni, Tengku?" Syafiqa mulai keresahan. Dia sedari semalam lagi cuba menghubungi Delilah tetapi gagal. Risaunya tidak berkunjung henti.
"Saya pun buntu. Dia hilang dah melebihi tempoh 24 jam. Memang betul dia hilang. Entah-entah dia diculik?" duga Tengku Dzafri, serius. Syafiqa geleng kepala.
"Janganlah cakap macam tu, Tengku," marah Syafiqa. Usah dikata betapa risaunya dia ketika ini. Semalam, dia tunggu punya tunggu kepulangan Delilah tetapi tetap tidak balik. Hendak telefon orang tua Delilah takut mengganggu pula malam-malam buta.
"Kita report polis. Saya dah risau sangat-sangat dah ni. Entah apa yang jadi kat dia pun kita tak tahu sekarang ni. Tapi... andai kata dia call awak cepat-cepat awak bagitahu saya tau!" Sempat Tengku Dzafri menitip pesan sebelum hilang dari pandangan mata. Syafiqa setuju dengan idea itu. Baginya jika seseorang itu ingin menolong, kita turut sama bekerjasama.
♡ ♡ ♡
DELILAH menentang pandangan mata Leron di hadapannya. Sudah berjam-jam lamanya dia terkurung di dalam bilik dalam pengawasan lelaki tidak guna itu. Sehingga air matanya kering. Semalam, dia menangis teresak-esak dalam kesakitan.
"Why? Sakit?" Leron ketawa sinis. Push! Delilah meludah tepat terkena pada wajah lelaki itu. Leron mengesat air liur menggunakan lengan bajunya.
"Kau tetap tak boleh lari daripada aku, Del." Tambah Leron lantas mencapai baju kemejanya yang dicampak di atas sofa semalam. Disandarkan baju itu di sebelah bahunya. Delilah menjeling tajam. Sakit di hatinya masih lagi terasa.
"Aku benci kau, binatang!" Delilah ingin melayangkan penampar pada wajah Leron tetapi tidak kesampaian. Tangkas, Leron menangkap tangannya. Digenggam begitu erat sehingga Delilah mulai terasa sakit.
"Benci? Kau rasa layakkah aku dibenci? Nasib baik aku sedar apa yang aku buat semalam. Kalau tak..." Pandangan matanya jatuh ke seluruh badan gadis itu. Delilah mencebik geram.
"Dah lama aku..." Belum sempat Leron menghabiskan kata-katanya terus sebelah lagi tangan gadis itu naik ke atas dan ingin melayangkan penampar. Sekali lagi, dia berjaya menghalang.
"Berhenti, Del!" jerkah Leron membuatkan Delilah terpaku. Kedua-dua belah tangan gadis itu direntap kasar. Lantas dia mengorak langkah keluar dari situ meninggalkan Delilah keseorangan.
"Ahhhhh!" jerit Delilah sekuat hati. Dia mencampakkan beberapa jenis barang yang berada hampir dengannya. Kesal. Dia kesal dengan dirinya sendiri. Semalam, baginya kejadian itu melampau. Perbuatan itu bercanggah dengan agama. Dosa. Usah dikata lagi.
B E R S A M B U N G ♡

YOU ARE READING
CERPEN - CRUEL DELILAH (✓)
ChickLit♡ 𝐒𝐞𝐜𝐨𝐧𝐝 𝐛𝐨𝐨𝐤 : 𝟐𝟎𝟐𝟏 ♡ 𝘿𝙀𝙇𝙄𝙇𝘼𝙃, Seorang gadis yang berkerjaya. Malahan, seorang yang obses terhadap kehidupan peribadinya. Kadangkala, di sisi lainnya dia seorang yang kejam. Begitu ramai para lelaki yang menaruh hati terh...