B A B 2

36 8 0
                                    

     KERETA Honda yang dipandu diberhentikan tepat di hadapan pintu pagar rumah keluarganya. Cermin mata hitam diturunkan ke hidung. Siapa pula ni? Drama apa pula selepas ini? Keluhan dilepaskan. Sudahlah tayangan tadi masih hangat diingati ditambah pula yang ini. Boleh gila jadinya. Nanti, silap hari bulan boleh tempah masuk ke dalam hospital sakit jiwa gara-gara masalah ini.

Enjin kereta terus dimatikan. Kunci dicabut daripada sarungnya. Bagaimana dia hendak lalu menggunakan kereta sekiranya laluannya disekat oleh kenderaan di hadapannya kini? Buat semak. Pintu kereta dibuka, Delilah melangkah keluar dari perut kereta. Wajahnya masam mencuka seperti masamnya buah limau dipamerkan. Dia mengorak langkah ke hadapan kereta sambil menyilang kedua-dua belah tangannya di dada. Berlagak seperti biasa.

Seorang lelaki berbaju kot hitam melangkah keluar dari dalam kereta. Membulat anak mata Delilah saat melihat lelaki itu. Sekejap! Bukankah ini? Dia rasa ingin melarikan diri sekarang. Apalah nasib badan hari ini. Banyak dugaan yang perlu ditempuhi.

"Kenapa tak jawab call saya?" Tanpa bertanya khabar terus disoal begitu. Delilah menundukkan pandangan ke bawah. Kepalanya ligat memikirkan cara untuk mengelak daripada berhadapan dengan lelaki itu. Aduhai!

"Ermmm... saya rasa, saya perlu masuk rumah sebab... maybe umi saya perlukan saya." Entah idea apa yang meluncur keluar daripada kotak fikirannya. Masuk akal ke dengan jawapan itu? Lelaki itu mengecilkan matanya. Sukar mempercayai kata-katanya.

"Tipu. Saya tahulah awak nak mengelak daripada saya," pintas lelaki itu sambil bercekak pinggang memandang tepat pada wajah Delilah. Cantik orangnya seperti hati nuraninya. Siapa yang tidak jatuh hati kepada gadis itu? Dia yang berpangkat CEO boleh terpikat hati kepada gadis itu hampir lamanya.

"Ouh, ya?" Delilah menggaru kepalanya yang berlapikkan shawl. Habislah dia kali ini. Hendak diberi alasan apa. Kenapa dia seringkali gagal jika berhadapan dengan lelaki itu? Ilmu apa yang dipakainya?

"Delilah, saya ada sesuatu nak tanya awak. Saya berharap sangat-sangat awak jujur dengan saya. Boleh?" ujar lelaki itu, lembut. Delilah menunggu dengan penuh sabar.

"Betul ke awak dah bertunang? Betul ke apa yang awak post kat media sosial pagi tadi?" soal lelaki itu, serius. Suaranya seakan bergetar saat menutur perkataan 'bertunang'. Delilah seakan serba salah. Apa ini?

"Ermmm... macam ni Dzafri. Sebenarnya..." Delilah berkira-kira ingin memberi jawapan. Dalam hati, dirinya terseksa yang amat sangat. Soalan ini mengalahkan soalan KBAT di sekolah lamanya.

"Sebenarnya apa?" soal Tengku Dzafri, tidak sabar. Delilah semakin cuak. Hendak diberitahu perkara sebenar atau tidak?

"Sebenarnya?" Ulang Tengku Dzafri, sekali lagi. Delilah akhirnya mengalah. Dia malas ingin berdebat dengan lelaki berpangkat Tengku ini. Sudahlah tergolong dalam keluarga diraja. Mana sekufu dengannya.

"Sebenarnya saya dah bertunang!" Laju Delilah memberi jawapan. Tergamam Tengku Dzafri mendengar jawapan itu. Eh, kata tidak mahu berdebat? Sekarang lain pula yang dicakapnya.

"No! No! No! It's not true." Sukar untuk dipercayai sama sekali. Sebelum ini belum pernah dia ternampak gadis yang disukainya itu keluar dengan mana-mana lelaki apatah lagi dengannya. Susah benar nak keluar berdua. Pasti ada saja alasan yang diberikan.

"Betul," bohong Delilah, sebohong-bohongnya.

Dia terpaksa kerana dia bukanlah seorang gadis yang layak untuk dicintai oleh si Tengku. Walaupun benar dia berminat dengan golongan diraja tetapi... bila difikirkan kembali, cukup mustahil untuk dibawa hubungan itu sehingga ke jinjang pelamin.

Tengku Dzafri melabuhkan punggung di atas bonnet kereta. Dia masih lagi tidak percaya dengan apa yang baru sahaja didengari sebentar tadi. Mustahil jika benar gadis itu sudah bertunang. Kenapa tidak diberitahu awal-awal lagi? Kenapa perlu rahsiakan?

"I don't know why it's so hard for you to accept me. Come on, Del. Awak tahu yang saya sukakan awak. Please, accept me!" luluh hati lelakinya saat mengetahui berita ini awal pagi tadi semasa dia membuka Instagram. Lagi sakit apabila, gadis itu memberitahu hal sebenar kepadanya.

"Hah? Habis tu macam mana dengan tunang saya kalau saya terima awak? Kasihan dia." Delilah tetap dengan pendiriannya. Gunakan taktik manipulasi untuk diri sendiri. Tengku Dzafri mengurut kepalanya. Tiba-tiba sahaja, sakit kepala mulai menyerang.

"Cukuplah berbohong, Del. Saya tahu awak tipu saya. I can smell it. (Saya boleh hidunya)." Tengku Dzafri mulai bertegas. Kecut perut Delilah kali ini. Sampai bila dia ingin begini? Rasa seperti terikat dengan mana-mana lelaki walaupun hakikatnya dia masih lagi belum bertunang apatah lagi berkahwin.

"Tak, mana ada saya tipu. Betullah saya dah bertunang Tengku," tegas Delilah sambil mengangkat jari manisnya yang terhias oleh sebentuk cincin bertakhta berlian. Belum pernah gadis di hadapannya ini memanggilnya dengan gelaran nama Tengku. Inilah pertama kali dia mendengarnya. Berang dipanggil begitu apatah lagi dibohongi.

"Delilah, jangan sampai saya upah orang siasat pasal hal ni. Saya boleh buat macam tu, macam dulu," ugut Tengku Dzafri, serius. Delilah tergamam. Siasat seperti dulu? Janganlah! Sungguh dia tidak mahu. Mentang-mentang berduit, sanggup main kotor.

Sebenarnya, itulah punca awal perkenalan mereka berdua. Sungguh unik kisahnya. Tengku Dzafri terikat hati kepadanya semenjak mereka berdua berkenalan tanpa sengaja di sebuah pameran seni di Kuala Lumpur. Akibat perkenalan tanpa sengaja itulah membuatkan Tengku Dzafri mengambil langkah dengan mengupah beberapa orang bodyguard untuk menyiasat latar belakangnya. Sungguh sadis.

"Cukuplah, Tengku. Awak tak penat ke? Esok lusa saya dah nak kahwin. Tak baik tau kalau awak ada niat nak rampas tunang orang. Berdosa. Awak nak tambah dosa?" Delilah tetap dengan penipuannya. Dia sengaja berkata begitu. Sengaja mahu melihat reaksi daripada jejaka itu. Tengku Dzafri laju mendekatinya. Mata mereka berdua bertembung antara satu sama lain.

"Habis? Tak berdosa ke kalau awak menipu dengan cara macam ni?" duga Tengku Dzafri. Jangan ingat dia tidak tahu betapa banyaknya taktik gadis itu gunakan selama ini. Jika ikutkan akal tidak warasnya, mahu sahaja dia mengheret gadis itu mengahwininya sekarang. Nasib baik dia bersabar.

"Awak memang playgirl." Tambah Tengku Dzafri lagi.

"I'm not a playgirl but I'm a death angel," balas Delilah, serius.

Delilah menelan air liur kelat. Tidak tahu ingin berkata apa lagi. Serius dia katakan. Akalnya mati idea. Adakah begitu tulus cinta Tengku Dzafri kepadanya sehingga dia dapat melihat betapa kecewanya lelaki itu sekarang?


B E R S A M B U N G ♡

CERPEN - CRUEL DELILAH (✓)Where stories live. Discover now