ENJIN motosikal Ducati Panigale 1199R dimatikan. Tengku Dzafri mengeluarkan telefon pintarnya daripada kocek seluar. Sebaik meneliti sekali lagi alamat yang dihantar oleh Delilah. Dia semakin tidak sabar. Penutup helmet ditanggalkan, dan pandangan matanya terhala pada sebuah rumah di atas bukit. Sekali pandang seperti sebuah vila.
Tengku Dzafri melangkah turun daripada motosikal. Dia mengorak langkah menuju ke rumah itu yang berada tidak jauh daripadanya. Sebaik sahaja berdiri di hadapan pintu pagar rumah itu, matanya mulai melilau-lilau melihat keadaan di dalam kawasan rumah itu.
"Kau cari siapa?" Tiba-tiba sahaja, seorang lelaki berbadan tegap muncul dan menyoalnya disebalik pintu pagar.
"Tiada apa-apa," balas Tengku Dzafri, serius. Khuatir juga dia ketika ini. Tetapi betulkah alamat ini? Lelaki itu masih lagi memerhati dirinya melalui pintu pagar kayu itu. Seram. Barangkali mencurigai kedatangannya ke mari agaknya. Tengku Dzafri membelakangi lelaki itu dan berpura-pura untuk beredar pergi. Firasatnya mengatakan sesuatu.
♡ ♡ ♡
"MANA handbag perempuan tu?" soal Leron sambil melabuh duduk di atas kerusi pejabat rumahnya. Seorang lelaki berbadan tegap mulai menghampiri dirinya dan menyerahkan sebuah handbag berjenama Dior kepadanya.
Dia tersenyum sinis. Digeledah handbag itu dan mencari sesuatu. Tetapi tidak ketemu. Habis di mana? Tiba-tiba sahaja dia mulai berang. Matanya mencerlung tajam ke arah anak buahnya.
"Mana barang tu? Mana?" soal Leron, serius.
"Ba... barang apa, bos? Aku tak faham," balas anak buahnya, cuak. Dia mulai gementar. Leron menyumpah seranah kepada lelaki itu.
"Baranglah! Telefon. Aku cari telefon dia. Mana? Kau letak kat mana?" Telapak tangannya mulai mendarat di atas meja dengan kuat. Dum! Tersentak anak buahnya.
"Aku tak tahu bos. Lagipun, handbag tu memang berada kat tangan kita orang masa culik dia semalam," balas anak buahnya, jujur. Leron bangkit berdiri dan terus mengorak langkah beredar dari situ. Dikepal penumbuk. Dia ingin ke suatu tempat.
♡ ♡ ♡
"KENAPA kau tak pergi lagi, hah?" soal lelaki berbadan tegap itu dan mulai menyeringai kedatangannya di situ.
"Siapa pemilik rumah ni?" Tengku Dzafri enggan pergi dari situ. Dia mahu menyiasat mengenai rumah itu. Lelaki berbadan tegap itu membuka pintu pagar dan mara menghampiri Tengku Dzafri yang kelihatan cuak.
"Siapa kau sebenarnya? Apa sebab kau datang sini?" soal lelaki itu lagi. Tiba-tiba sahaja, idea mulai muncul di kotak fikiran Tengku Dzafri ketika ini.
"Ak... aku datang sini sebab nak cari rumah sewa. Sebab tu aku tanya nama pemilik rumah ni," ujar Tengku Dzafri dengan yakinnya seperti sedang bermesyuarat di hadapan para penyumbang kewangan kepada syarikatnya.
"Dah, kat sini mana ada rumah sewa. Berambus. Tempat ni bukan untuk kau," halau lelaki itu, serius. Tengku Dzafri menghela nafas lega apabila kata-katanya dapat meraih kepercayaan lelaki itu.
♡ ♡ ♡
TERKEJUT Delilah melihat Leron meredah masuk ke dalam biliknya secara tiba-tiba. Entah mengapa lelaki itu bertindak demikian. Leron mendekati almari lantas digeledah setiap laci tetapi barang yang dicarinya tetap tidak dijumpai. Delilah sedari tadi lagi mengeras seperti patung.
"Mana benda tu? Mana Del?" Leron masih lagi meneruskan pencariannya. Delilah semakin tidak faham tetapi rasanya dia mengesyaki lelaki itu sedang mencari telefonnya.
"Apa dia, hah?" marah Delilah lantas bergerak ke katil. Sudahlah telefonnya disorokkan di bawah katil.
Almari, bilik mandi, sofa, habis digeledah tetapi tetap dijumpai juga. Kini Leron berhenti meneruskan pencariannya dan mendekati Delilah. Dia bercekak pinggang sambil menatap seraut wajah itu. Lama.
"Aku tak tahu mana kau sorokkan benda tu. Tapi aku nak kau pulangkan juga kepada aku," pinta Leron sambil menghulurkan tangan tanda meminta. Delilah mencebik geram.
"Barang apa yang kau nak? Mana ada dengan akulah!" dalih Delilah sambil mengalihkan pandangan ke arah lain. Meluat.
"Aku cari telefon kau Del. Mana telefon tu? Mana, hah?" marah Leron secara tiba-tiba. Delilah terkejut tetapi dia tetap bertahan.
"Mana aku tahu," balas Delilah, lambat-lambat. Leron tersenyum sinis. Masih lagi nak main-main dengan dirinya.
Anak matanya mulai tertancap pada bawah katil. Entah mengapa dia mahu sangat melihat di bawah itu. Leron mencangkung lantas kepalanya ditundukkan ke bawah sambil tangannya meraba-raba di bawah katil. Tiba-tiba tangannya menyentuh sesuatu permukaan yang keras. Senyuman semakin melebar tatkala tangannya mencapai objek tersebut.
"Kau masih lagi nak menipu aku, Del?" Leron bangkit berdiri dan menunjukkan telefon itu di hadapan muka Delilah.
"Bak sini telefon tu. Bagi aku balik!" Delilah meluru ke arah Leron dan ingin merampas kembali telefonnya tetapi gagal. Leron dengan laju menolak tubuh Delilah sehingga terjatuh di atas katil.
Tanpa membuang masa yang lama. Leron menghidupkan kembali telefon itu tetapi tidak berjaya. Sudah berkali-kali telefon itu dihidupkan tetapi gagal. Rupa-rupanya tiada bateri. Leron tersenyum puas. Nasib baik tiada bateri bermakna gadis itu gagal juga membuat panggilan atau apa-apa.
"Nasib baik telefon ni takde bateri kalau tak nahas aku kerjakan kau nanti," ugut Leron sambil menarik tangan gadis itu supaya mengikutinya. Delilah meronta-ronta mahu dilepaskan.
"Lepas! Sakitlah Leron. Sakit!"
Tetapi Leron silap. Sebenarnya, dia sudah pun menghantar lokasi keberadaannya kepada seseorang. Tunggu lihatlah nanti apa yang berlaku. Nasib baik dia dapat memujuk wanita tua itu tempoh hari untuk memberikan pengecas bateri kepadanya. Dapatlah juga dia menghidupkan kembali telefonnya walaupun sementara.
B E R S A M B U N G ♡

YOU ARE READING
CERPEN - CRUEL DELILAH (✓)
Chick-Lit♡ 𝐒𝐞𝐜𝐨𝐧𝐝 𝐛𝐨𝐨𝐤 : 𝟐𝟎𝟐𝟏 ♡ 𝘿𝙀𝙇𝙄𝙇𝘼𝙃, Seorang gadis yang berkerjaya. Malahan, seorang yang obses terhadap kehidupan peribadinya. Kadangkala, di sisi lainnya dia seorang yang kejam. Begitu ramai para lelaki yang menaruh hati terh...