B A B 6

25 6 0
                                    

"WHAT you mean?"

Ezhar membetulkan posisi duduknya seketika sebelum memulakan bicara seterusnya. Anak matanya menangkap sepasang mata berwarna brown di hadapannya kini. Mereka berdua bertentang mata.

"Awak sendiri tahu yang ramai lelaki mahu dekati awak mahupun perempuan. Ada yang dengki dengan kerjaya awak, ada yang sukakan awak. Tapi, awak masih boleh santai dengan semua benda ni. I think tak semua orang boleh hadap benda ni," jelas Ezhar, kasual. Delilah cepat-cepat mengalihkan anak matanya ke arah lain. Dia tidak dapat menahan gelonjak hatinya saat merenung anak mata itu. Masha-Allah, lawa sangat.

"Bagi saya benda tu sangat remeh. Insya-Allah, ia boleh diselesaikan dengan bantuan Allah SWT," balas Delilah, yakin.

Dia cukup tahu dengan perkara itu. Jika bukan kerana Allah SWT dan doa kedua ibu bapanya sudah tentu dia tidak akan berada di tahap ini. Pernah suatu ketika dahulu, dia mahu menjadi model atau pelakon tetapi maklumlah dia seorang gadis yang berhijab. Masakan ibu bapanya bersetuju dengan cadangannya. Katanya takut-takut terikut dengan budaya barat. Jauh fikirannya...

"But, what about love? (Tapi, macam mana pula dengan cinta?)" soal Ezhar, serius. Tiba-tiba sahaja, reaksi Delilah mulai berubah. Senyuman gadis itu mulai kelat. Apa yang disembunyikan oleh gadis itu sebenarnya? Dia ingin tahu sangat-sangat.

"Tu, makanan dah sampai." Cepat-cepat Delilah mengubah topik perbualan mereka selepas anak matanya menangkap kelibat pelayan perempuan tadi sambil membawa sedulang makanan ke arah mereka berdua. Nasib baik dapat mengelak. Kenapa soalan itu mahu ditanya? Why?

Kisah lampaunya mulai mengetuk kotak fikirannya kembali. Sangat menyakitkan dan menyedihkan. Jika bukan kerana dulu, dia tidak bangkit seperti ini. Dia tidak akan menjadi Delilah yang sekarang. Ezhar pula hanya mendiamkan diri tetapi tidak bermakna dia akan berhenti ingin tahu begitu sahaja.

♡ ♡ ♡

  "BABE!"

Seorang gadis berlari anak mendekati Delilah lantas dipeluk erat tubuh itu. Rindunya, Ya Allah. Delilah membalas pelukan itu sambil berkata.

"Welcome back to Malaysian, Fiqa!"

"Aku rindukan kau sangat-sangat tau! Auu... sweetnya kau!" ujar Syafiqa sambil menayang sengih. Terharu dia seketika apabila rakan baiknya sanggup menjemput kepulangannya di lapangan terbang. Delilah meleraikan pelukan lantas menghadiahkan senyuman paling mesra buat rakan baiknya itu.

Siapa yang tidak rindu? Semenjak Syafiqa tiada di sampingnya banyak perkara yang berlaku kepadanya. Macam-macam hal dia perlu hadap. Antaranya berdepan dengan para-para lelaki yang gila bayang terhadapnya. Siapa lagi kalau bukan Tengku Dzafri?

Ezhar tiada pula mendesaknya untuk dicintai. Tetapi, kadangkala sikap prihatin yang ditonjolkan oleh lelaki itu membuatkan dia rasa tidak selesa. Lelaki itu terlalu baik dan jujur untuknya. Dia tidak mahu menyakiti hati lelaki itu. Apatah lagi ingin buat hubungan persahabatan mereka berdua berantakan.

"Hey, jom! Kita balik lepas tu kita bergosip pasal engaged kau," putus Syafiqa lantas menarik tangan Delilah menuju ke muka pintu lapangan terbang. Sudah lama mereka berdua tidak bergosip apatah lagi bersua muka semenjak dia dinaiki pangkat. Sibuk memanjang!

Delilah membututi langkah Syafiqa  sambil mengheret bagasi yang ditinggalkan di tepi bangku tadi. Selalu begitu. Ingat dia kuli ke apa? Nasib baik BFF. Jika tidak, dibiarkan begitu sahaja. Baru padan muka.

"Eh, sejak bila kau ada masa tengok Instagram ni?" soal Delilah, kehairanan. Selalunya, kesibukan rakan baiknya itu lain macam mengalahkan dia sebagai seorang pereka fesyen. Maklumlah, memegang jawatan sebagai personal assistant di sebuah syarikat perkapalan yang gah di Malaysia.

"Siapa cakap aku tengok Instagram? Kau tahu tak, semasa aku kat sana. Banyak desas-desus aku dengar pasal kau. Nakal kau eh, sejak aku takde kat sini," usik Syafiqa lantas memeluk lengan Delilah dengan erat. Sempat dia menyanyi kecil. Barangkali seronok dapat meluangkan masa dengannya.

♡ ♡ ♡

  TING TONG! Ting tong!

Loceng pintu rumah sewanya berdering beberapa kali menandakan ada seseorang yang datang bertandang ke rumahnya. Jam dikerling sebentar. Tepat menunjukkan pukul 11 malam. Delilah mulai keresahan seketika. Antara ingin menjengah keluar atau membiarkan sahaja. Tetapi jika dia keluar, masalah lain pula yang akan timbul kelak.

"Keluarlah Del. Kasihan kat Tengku tu," pujuk Syafiqa yang kini berada di ruang tamu sambil melayan movie kegemarannya. Delilah mengeluh hampa.

"Tak mahu aku! Dia selalu kacau aku. Rimas tahu tak. Dalam banyak-banyak lelaki yang aku kenal. Aku rasa, dialah paling susah... sekali nak faham apa yang aku cakap. Yang lain mudah aje faham." Menyempat Delilah membebel walaupun di luar sana sudah bingit dengan teriakan yang memanggil namanya berulang kali.

Syafiqa beralih memandang ke arah Delilah yang berada di tepi langsir jendela. Dia berkira-kira ingin menyatakan hasratnya atau tidak. Tetapi, lebih baik dia cakap sahaja. Lantaklah rakan baiknya itu ingin dengar atau tidak.

"Lebih baik kau keluar jumpa dia. Better takdelah dia terpekik-terlolong macam orang gila. Nak buat macam mana dia dah tergilakan kau. Terima ajelah," putus Syafiqa dan beralih semula memandang ke kaca televisyen. Delilah laju menggeleng kepala tanda tidak. Eh! Eh! Bukannya dia tidak kenal si Tengku itu bagaimana perangainya.

Apalah perangai. Datang rumah anak dara orang lewat malam. Bagaimana jika ada paparazi yang menyorok disebalik pokok atau apa-apa. Nanti keesokan hari, boleh viral pula dengan berita ini. Selepas itu, keluarlah gosip terbaru mengenainya kelak. Aduhai!

"At least, kalau kau tak kasihan dekat dia, kasihanlah dekat jiran tetangga kita. Susah dia orang nak tidur nanti," pujuk Syafiqa, lagi. Eh, macam nak back up si Tengku aje. Ini yang dia tidak suka!

"Yelah! Yelah! Aku jumpa dia. Tapi bukan sebab aku nak sangat eh, tapi sebab kaulah ni." Delilah mengorak langkah ke muka pintu. Terketar-ketar tangannya ingin memulas tombol pintu. Syafiqa tersenyum meleret.

"Yalah tu, padahal suka jugak," bisik Syafiqa, perlahan. Anak matanya tidak lepas memandang ke arah kaca televisyen.

B E R S A M B U N G ♡

CERPEN - CRUEL DELILAH (✓)Where stories live. Discover now