B A B 1

58 9 0
                                    

RESTORAN FRANCE E'LIO

     HAMPIR dua jam lamanya dia menunggu seseorang di situ tetapi tidak pula nampak batang hidungnya. Keluhan hampa dilepaskan. Jika dia tahu awal-awal yang lelaki itu tidak berkunjung tiba. Sudah tentu dia beredar pergi daripada menunggu ketibaan seorang lelaki yang tidak rapat dengannya. Buat penat saja!

Walaupun hampa, perasaan malu tiada pula dirasai semenjak dia datang awal pagi tadi. Sekarang usah dikata pukul berapa. Sangat lama! Lelaki memang sama. Suka menyusahkan. Ada mata-mata yang memandang ke arahnya. Siapa lagi kalau bukan pekerja restoran ini? Lelaki dan perempuan semua sama. Pasti ada yang mahu bergosip. Tak boleh tengok orang senang ke? Tahulah dia cantik.

Jari-jemarinya ingin meraih gelas air mineral di atas meja tetapi ada seseorang yang terlebih dahulu mencapainya. Baru sahaja dia ingin menoleh ke arah gerangan itu. Semuanya sudah terlambat. Splash!

"Apa ni?" marah Delilah lantas menjeling tajam ke arah seorang gadis yang berdiri di hadapannya sekarang. Heroin mana pula ni?

Habis bajunya dibasahi oleh air. Nasib baik air mineral. Jika air manis sudah lama dipukul gadis itu sehingga lunyai. Dia ada ilmu seni mempertahankan diri ya. Jangan dibuat main dengannya walaupun sekali. Nanti habis! Dengan kasar Delilah mengelap wajahnya menggunakan lengan baju.

Gadis di hadapannya mulai bercekak pinggang lantas menghempas gelas itu di atas meja semula. Kini mereka berdua menjadi pusat perhatian semua orang. Yeah! Ada lakonan secara langsung di sini. 'Apa pulak masalah sekarang ni?' getus Delilah di dalam hati.

"Kau Delilah, kan?"

Delilah mengangkat wajah melihat gadis itu. Jelingan tajam dihadiahkan olehnya. Oh, begini cara moden nak berkenalan dengan orang? Mula-mula, buat hal baru tanya nama. Sangat moden. Secara tiba-tiba, senyuman mulai terlakar di bibirnya. Wajahnya yang tadi mempamerkan marah kini santai seperti tiada apa-apa yang berlaku walaupun bajunya dibasahi dek air.

"Yes, It's me. (Ya, itu saya)." Jawapannya membuatkan gadis itu tergelak kecil. Sinis ketawanya menyapa gegendang telinga Delilah. Tetapi, tidak mengapa. Dia tidak makan hati.

"Patutlah. Nama pun dah macam sampah apatah lagi tuannya. Aku datang sini sebab nak warning kau supaya jangan dekati Edy lagi," sinis tutur bicara gadis itu pada permulaan ayat. Delilah menjeling dan agak terasa hati dengan perkataan yang disebutkan oleh gadis itu.

"Apa? Sampah?" Ulang Delilah apa yang dikatakan oleh gadis itu sebentar tadi. Hanya ayat itu sahaja menjadi fokusnya sekarang bukannya soal perihal lelaki yang disebut nama sebentar tadi.

"Hah?" Tiba-tiba, gadis itu melihatnya dalam keadaan kehairanan. Pelik barangkali dengan cara dirinya bercakap. Lain yang dicakap, lain pula yang dimaksudkan.

"Kau cakap nama aku macam sampah? Ouh... I see. Habis tu, perangai kau sekarang ni tak macam sampah?" sindir Delilah sambil menyilang kedua-dua belah tangannya di dada. Badannya disandarkan pada kerusi restoran. Gadis itu berang dengan kata-katanya.

'Tahu pun sakit hati. Habis? Hati aku tak sakitlah dengan kata-kata kau?' bisik hati kecil Delilah.

"Eh, kau jangan nak cakap pasal perangai aku. Sekarang ni, kita bercakap pasal Edy. Bukannya siapa berperangai sampah!" bentak gadis itu dan ingin melayangkan tamparan kepada Delilah.

Zurp!

Tangan gadis itu terus disambar. Mereka berdua bertentang mata. Bahan api cemburu yang dilihat dalam mata gadis itu dapat dirasai. Panas! Dia tahu betapa sayangnya gadis itu kepada pemilik nama jejaka yang disebutkan tadi. Sebenarnya, lelaki itu jugalah yang ditunggunya sedari tadi. Zaidi, atau lebih tepat dipanggil Edy. Delilah tidak tahu ingin berkata apa.

Hendak dihalang sudah terlambat. Lagipun dia tahu siapa gadis itu, bekas tunangan Edy. Setahunya mereka berdua putuskan hubungan sebulan yang lalu. Tetapi, tidak disangka pula gadis itu masih lagi menyimpan perasaan terhadap Edy walaupun cinta tulus Edy dikhianati oleh gadis itu sendiri. Pelik, tetapi itulah hakikatnya. Adakah ianya dipanggil cinta kalau curang?

Delilah merentap kasar tangan gadis itu. Dia bangkit berdiri sambil menatap wajah gadis itu. Lama.

"Kau tak perlu tampar aku sebab nak lepaskan amarah kau kepada aku. Cuba kau renung dan muhasabah diri kau. Apa silap kau sehingga Edy putuskan hubungan dengan kau?" ujar Delilah, serius. Kata-katanya memberi pengaruh besar kepada gadis itu. Gadis itu terpana seketika. Barangkali terkejut bagaimana kisah cintanya dapat diketahui oleh Delilah. Gadis itu bungkam seketika.

"Aku." Jari telunjuk ditunding kepada dirinya sendiri. Delilah menyambung kembali percakapannya.

"Kalau akulah. Aku takkan sesekali khianati cinta tulus yang diberikan oleh mana-mana lelaki. Bagi aku, mereka patut mendapat kebahagiaan walaupun mereka menjengkelkan," pesan Delilah, lembut. Tetapi, kata-kata itu juga mempengaruhi dirinya sekarang. Tidak khianati cinta lelaki? Bukankah dia selalu begitu, menolak semua lelaki yang gila bayang terhadapnya?

"Jauhkan diri kau daripada Edy!" Gadis itu segera melangkah pergi dari situ dengan perasaan galau.

Barangkali kata-katanya memberi kesan yang mendalam terhadap gadis itu. Delilah melepaskan keluhan berat. Sakit kepala mulai terasa. Janganlah migrain tiba-tiba menyerang waktu ini. Sudahlah dia tidak menyediakan ubat. Dahi diurut perlahan dengan hujung jari.

♡ ♡ ♡

     "CIK Delilah, okey?" Tiba-tiba sahaja, ada suara garau menyapa gegendang telinganya. Laju Delilah mengalihkan pandangan ke arah pemilik suara itu. Oh, dia ni.

"Okey. Jangan risau," balas Delilah, lembut.

Siapa yang tidak kenal dengan lelaki di hadapannya ini? Dialah pemilik restoran ini. Aduhai. Masalah juga. Kenapalah dia boleh bersabar hendak ke restoran ini setiap hari sedangkan dia tahu, dengan siapa dia berhadapan selepas ini.

"Saya nampak macam tak okey aje. Sakit ke? Nak saya hantarkan awak ke hospital atau klinik?"

Laju Delilah menggeleng kepala tanda tidak mahu. Sakitnya sikit sahaja. Bukannya melarat. Kenapalah lelaki ini begitu prihatin terhadapnya? Janganlah begini, kalau menyimpan perasaan terhadapnya dalam diam nanti teraniaya. Siapa susah?

Handbag segera dicapai di atas kerusi sebelah. Delilah mengorak langkah ingin beredar pergi dari situ dalam keadaan haru-biru. Jiwanya sedikit kacau. Tetapi tetap diukir senyuman. Itu cuma lakonan semata-mata. Biarlah semua orang nampak dirinya dalam keadaan baik walaupun hakikatnya tidak.

"Boleh saya tahu. Betul ke awak dah bertunang?"

Langkah Delilah terhenti seketika. Dia memusingkan badan menghadap lelaki itu semula. Wajah tampan milik lelaki itu ditilik sekejap. Hanya senyuman mulai terukir di wajah jelitanya saat ini. Sudah tentu sudah ramai yang tahu status dirinya sekarang.

"Cubalah teka."

Delilah segera beredar pergi meninggalkan lelaki itu dalam keadaan hampa. Hatinya hancur berkecai saat mengetahui status sebenar gadis didambanya selama ini. Tunangan orang?

B E R S A M B U N G ♡

CERPEN - CRUEL DELILAH (✓)Where stories live. Discover now