DELILAH merenung wajah uminya. Sekali matanya berkelip-kelip bagaikan sinaran cahaya. Puan Rohana menggeleng kepala, serius. Entah hendak kata apa lagi. Makin pelik perangai anak sulung perempuannya ini. Memang lain sangat perangai daripada adik-beradiknya yang lain. Jauh perbezaan. Kalau bab menang, memang dialah yang selalu nak win.
"Umi tak sukalah kamu post macam tu kat media sosial. Habis fikiran orang lain terpengaruh dengan posting tu. Kamu bukannya bertunang pun," getus Puan Rohana, lantas menjeling tajam ke arah anak perempuannya.
Delilah mencebik muka. Ingatkan ajak datang ke rumah nak buat makan-makan tapi dimarahi pula. Baiklah, ditadahkan telinga mendengar walaupun menyakitkan hati. Sedangkan hari itu dia ada bertandang ke rumah keluarganya, tetapi masa itu dia berdepan dengan si Tengku Dzafri. Memang tidaklah dia mahu bercakap perihal itu dengan umi kesayangannya.
"Umi bukan apa. Cara kamu ni salah tahu tak. Dahlah kamu tu bekerja sebagai fesyen designer biarlah otak tu profesional sikit. Bak kata pepatah zaman dulu-dulu, manis jangan terus ditelan, pahit jangan terus dibuang. Faham?" Puan Rohana sudah menunjuk sifat aslinya sebagai seorang ibu. Delilah angguk pun tidak apatah lagi bersuara. Diam membisu saja. Naik geram hati uminya.
"Hari tu, ada seorang lelaki datang sini cari kamu. Siapa budak tu? Umi tengok orangnya segak dan berbudi bahasa. Elok orangnya." Sempat Puan Rohana memuji tingkah-laku seorang anak muda yang bertandang ke rumahnya tempoh hari. Delilah tergamam seketika. Siapa?
"Tengku Dzafri ke umi?" soal Delilah, laju. Puan Rohana geleng kepala. Habis itu siapa? Setahunya hanya si Tengku sahaja yang mengetahui rumah keluarganya. Orang lain manalah tahu. Kerana si Tengku itu bermain kotor. Habis disiasat ke akar umbi latar belakangnya. Mana adil!
"Edy?" teka Delilah, lagi. Puan Rohana menggeleng kepala tanda bukan.
"Bos restoran?" Berkerut wajah Puan Rohana mendengarkan panggilan itu disebut. Delilah abaikan sahaja.
"Ezhar?" Jika betul si jejaka tampan itu datang ke rumahnya. Agaknya kenapa ya? Datang merisik ke? Eh, jangan. Dia tidak mahu berkahwin lagi. Masih muda.
"Leron?" Puan Rohana menghela keluhan berat. Delilah masih lagi ingin meneka tetapi tersekat dengan kata-kata uminya.
"Berapa ramai lelaki kamu ada?" soal Puan Rohana, sinis. Delilah tersengih seperti kerang busuk. Aduhai, terkantoi. Boleh mampus dia kali ini. Janganlah uminya berkata yang bukan-bukan pulak.
"Anak umi yang seorang ni dah jadi playgirl ke? Ramainya lelaki yang kenal belum lagi ditambah dengan yang tak kenal," perli Puan Rohana, sinis.
Delilah hanya mendiamkan diri seketika. Kata-kata itu sedikit pun tidak menyentuh hatinya. Dia lebih tertarik dengan lelaki misteri itu. Siapakah dia? Adakah dia mengenali lelaki misteri itu? Atau sebaliknya.
♡ ♡ ♡
KLIK! Klik!
Berderu kamera menangkap gambarnya di segenap penjuru. Pelbagai posisi ditayangkan tetapi tiadalah teruk sangat sehingga menimbulkan sesuatu yang kurang memuaskan. Ezhar yang berada disampingnya dipandang sekilas. Segak orangnya apabila mengenakan sut berwarna hitam yang bermanik kristal malahan bercorak geometri yang dijahit menggunakan benang emas. Tampak elegan. Sesuai dengan orangnya yang berkulit cerah.
"You're the most gorgeous tonight (Awaklah yang paling cantik malam ini)," bisik Ezhar di telinga Delilah sambil menghadiahkan senyuman manis kepada gadis itu. Delilah turut sama membalas senyuman itu.
Dalam keadaan mereka berdua begitu. Para jurugambar mengambil kesempatan menangkap gambar mereka berdua. Lagi bagus jika dibuat dada akhbar atau majalah. Ada yang memandang mereka seperti bagai pinang dibelah dua. Secocok sangat. Ada juga yang tidak menyukai perbuatan mesra yang dipamerkan oleh mereka berdua.
Hampir 10 minit berada di atas pentas untuk menangkap gambar. Mereka berdua melangkah turun ke bawah dan mengambil tempat duduk di salah sebuah kerusi berhadapan dengan pentas pertunjukan fesyen. Sempat Ezhar memimpin tangan gadis itu yang berlapik dengan sarung tangan yang direka khas oleh gadis itu. Eksklusif.
Keadaan di situ agak bingit ditambah pula dengan musik rancak nyanyian artis luar negara. Apatah lagi, tema pertunjukan fesyen di sini bertemakan Old English Orchids yang dibawa khas oleh syarikat fesyen tempatan dengan nama Brew & Skittles. Malahan, turut hadir juga beberapa artis terkemuka di tanah air bagi melengkapkan lagi pertunjukan kali ini.
Amyra Rosli dan Elvina Mohamad turut hadir sebagai duta bagi pertunjukan ini. Delilah dan Ezhar hanya memerhati, sekejap-sekejap mereka berdua berbual antara satu sama lain berkaitan fesyen dan pemakaian yang dikenakan pada malam ini. Sangat wow! Delilah kagum melihatnya apatah lagi Ezhar. Mereka berdua rambang mata melihatnya. Sangat memukau pandangan mata.
"Ladies and gentleman. Dear audience, I'm the host of your fashion show, would like to introduce some special clothes designed by our fashion designers. Mempersilakan... (Tuan tuan dan puan puan. Hadirin yang dihormati, saya hos pertunjukan fesyen anda, ingin memperkenalkan beberapa pakaian istimewa yang direka oleh pereka fesyen kami. Mempersilakan...)," Tepukan gemuruh mulai bergema satu dewan berserta musik rancak yang tidak sunyi menghiasi ruangan dewan.
Semasa pertunjukan fesyen berjalan. Anak matanya mulai terpandang pada sesosok tubuh seseorang lelaki di hadapan sana. Delilah mengintai disebalik para model yang kini menggayakan busana yang dipakainya di atas pentas. Di seberang sana pula, dia dapat rasakan seperti dia mengenali lelaki itu.
"Delilah, are you alright?" soal Ezhar, sebaik sahaja melihat keadaan Delilah yang seakan kurang fokus dengan pertunjukan fesyen itu. Delilah angguk kepala tanda ya. Cepat-cepat anak matanya beralih pula kepada model yang memperagakan busana itu di atas pentas.
Tanpa disedari olehnya. Ada mata yang sedang memerhati dari jauh. Ada yang termakan hati dengan kemesraan mereka berdua. Kemesraan itu harus dirampas sebelum terlambat. Matanya tidak dapat menghadam kemesraan yang ditonjolkan oleh mereka berdua di khalayak ramai. Apatah lagi, ada yang mengatakan mereka berdua sepadan. Habis, bagaimana pula dengan dirinya?
"You're like a snake sometimes, Delilah. (Awak seperti ular kadangkala, Delilah)," bisiknya, perlahan. Matanya tidak lepas memandang wajah jelita itu dari jauh. Wajah itu juga membuatkan keangkuhan gadis itu sukar untuk dilunturkan. Hati gadis itu sekeras batu. Sangat sukar untuk dijentik.
B E R S A M B U N G ♡
ANDA SEDANG MEMBACA
CERPEN - CRUEL DELILAH (✓)
ChickLit♡ 𝐒𝐞𝐜𝐨𝐧𝐝 𝐛𝐨𝐨𝐤 : 𝟐𝟎𝟐𝟏 ♡ 𝘿𝙀𝙇𝙄𝙇𝘼𝙃, Seorang gadis yang berkerjaya. Malahan, seorang yang obses terhadap kehidupan peribadinya. Kadangkala, di sisi lainnya dia seorang yang kejam. Begitu ramai para lelaki yang menaruh hati terh...
