DIA menghadap kertas lukisan yang bertaburan di atas meja. Hampir tiga jam lamanya dia menghadap kertas lukisan itu. Tetapi, tetap hasil lukisannya tidak memuaskan hati. Fikirannya terganggu. Kerana ugutan daripada Tengku Dzafri membuatkan dia begini. Sudahlah, minggu hadapan dia perlu menghadiri pertunjukan fesyen yang bertempat di Venue, Pavilion Kuala Lumpur. Boleh musnah kerjayanya sebagai pereka fesyen jika dia begini.
"Come on Del. You tak boleh macam ni selalu. Abaikan si Tengku tu. Sepatutnya you tak perlu pun rasa terancam dengan ugutan dia. Okey!" Delilah bercakap dengan dirinya sendiri. Sengaja diberi motivasi sebegitu. Prinsipnya cuma satu, jangan sesekali campurkan kehidupan peribadi dengan kerjaya. Never and ever do that!
Kring!
Loceng pintu biliknya berbunyi menandakan ada seseorang melangkah masuk ke dalam bilik kerjanya. Dia malas memandang gerangan itu. Sudah tentu dia tahu siapakah gerangan itu. Siapa lagi kalau bukan Ezhar. Jejaka pujaan ramai wanita di tempat perindustrian fesyen di mana tempat dirinya bekerja sekarang.
"Assalamualaikum, hai!" sapa Ezhar, mesra. Delilah masih tidak mengangkat wajah memandang dirinya.
"Waalaikumussalam, hai," balas Delilah, bersahaja. Kepalanya diurut perlahan. Sakit kepala. Ezhar melabuhkan duduk di atas meja kerjanya tanpa dipinta. Selalu begitulah dia.
"Kenapa ni? Sakit ke?" soal Ezhar, khuatir. Delilah mengukir senyuman apabila soalan itu ditanya. Laju kepalanya digeleng. Sengaja dia mengelak daripada memberitahu keadaan asalnya. Nanti mulalah cakap begitu selepas itu begini. Terlebih prihatin.
Secawan air coffee Mocha diletakkan di atas meja berhadapan dengan gadis itu. Dia menghadiahkan senyuman paling manis kepada gadis itu. Siapa tidak tersuka dengan Delilah? Gadis berkacukan Melayu-Thailand-Arab. Usah dikata cantiknya bagaimana. Bukan sahaja cantik malahan baik pula orangnya. Sudah tentu ramai yang terpikat hati dengannya. Tetapi, sayang sehingga kini dia tidak tahu status sebenar gadis itu bagaimana.
"Terima kasih." Cawan coffee Mocha diambilnya lantas disisip perlahan. Ezhar hanya memerhati. Matanya tiba-tiba sahaja terpaku pada jari manis milik gadis itu. Hatinya bagaikan direntap sesuatu yang menyakitkan.
'Eh, cincin?' telah hati lelakinya. Sudah berpunya ke?
Usai menyisip minuman kegemarannya, terus Delilah berkata. "Best. Thanks."
Ezhar mengukir senyuman tetapi sekelip mata senyumannya mulai luntur daripada pandangan mata Delilah. Kening Delilah ternaik. Hairan melihat perubahan drastik daripada jejaka tampan itu. Tadi datang dengan wajah gembira tetapi sekarang masam mencuka pula. Apa puncanya?
"Kenapa ni, Ezhar? You tak sihat ke?" soal Delilah, ramah. Ezhar seakan serba-salah. Antara hendak bertanya atau tidak. Dia sendiri kurang pasti. Jika bertanya, dan tahu jawapannya takut pula hatinya tersakiti. Abaikan? Tidak boleh! Hatinya benar-benar ingin tahu.
"Del..." Lembut suaranya memanggil. Delilah menunggu kata-kata seterusnya.
"Hermmm..."
"Cincin tu. Awak sudah berpunya ke? Ma... maaflah kalau saya tanya. Takut..." Belum sempat Ezhar habis berkata-kata terus dipotong oleh Delilah.
"Tak. Saya masih lagi belum berpunya," ujar Delilah dengan yakinnya. Ezhar kembali lega apabila jawapan yang diberikan cukup membuatkan hatinya kembali tenang. Nasib baik!
"Dah kenapa you tanya? Takut I ni tunangan orang atau isteri orang ke?" teka Delilah, santai. Ezhar tersenyum malu.
"Ya. Takutlah jugak. Tapi, kalau awak tunang orang sekalipun saya rasa, saya masih belum terlambat lagi nak rampas awak daripada si dia." Dengan yakinnya Ezhar berkata. Terkejut Delilah dengan jawapan itu. Mak aii! Sama perangai dengan si Tengku. Boleh buat geng agaknya.
"Mana boleh. Tak baiklah buat macam tu," tegas Delilah walaupun dia kekadang agak suka dengan jawapan itu. Jika terkena kepada dirinya sendiri bagaimana? Kekasih pujaan hatinya sudah bertunang, maka... mungkin idea ini berguna untuknya kelak. Sangat cruel!
"Dah kenapa awak tersenyum?" soal Ezhar sekali gus menyentak lamunan Delilah sebentar tadi.
"Ouh... saya terfikir baju apa yang nak pakai masa pertunjukan nanti. Itu je," bohong Delilah sekali lagi. Berapa banyak dia berbohong kepada lelaki sebenarnya? Tidak mengapa, bohong begitu dibolehkan kerana mengelak daripada menimbulkan masalah.
"Ya ke? Kalau macam tu biar saya tolong awak lakarkan design yang sesuai untuk awak. Ya, sayang..." Sengaja Ezhar mengusik Delilah dengan panggilan sayang. Dia mahu lihat reaksi daripada gadis itu. Berkerut seribu wajah Delilah menahan malu apabila dipanggil sebegitu. Sayang? Isy...
♡ ♡ ♡
"ASALAMUALAIKUM, umi. Ya umi, nanti angah balik ya. Don't worry. Okey, bye." Panggilan segera ditamatkan. Delilah mengeluh perlahan. Penat. Penat jika begini selalu. Telefon terus diletakkan ke dalam handbag Dior. Kunci kereta dicapainya pula.
Belum sempat dia menekan butang kunci kereta tiba-tiba sahaja bahunya direntap kasar oleh seseorang. Sakitnya! Ingat dia apa? Patung buatan besi ke? Ini manusia ya bukan patung. Dia masih lagi belum mati deria. Saat anak matanya mengerling ke arah gerangan itu. Dadanya berombak kencang.
"Kau?"
Lelaki berbaju kemeja putih itu tiba-tiba mengukir senyuman sinis kepadanya. Dia mendekati gadis itu sehingga langkah kaki gadis itu terkunci dek dihalang oleh kereta di belakangnya. Delilah menggelabah. Khuatir jika lelaki itu berani bertindak di luar kawalan kelak.
"Ya akulah ni, Leron. Kenapa? Terkejut macam mana aku boleh jejaki kau sampai sini? Ini akulah." Kedua-dua belah tangan sasanya disandarkan pada cermin kereta sekali gus mengunci pergerakan gadis itu.
"Kenapa dengan kau sebenarnya? Jangan nak jadi samseng dekat sinilah," marah Delilah, berang dengan tindakan melampau lelaki itu.
"Memang aku samseng pun. Tak sangka kau lari daripada aku ya. Jauh mana kau nak lari sebenarnya?" Leron merenung wajahnya dengan serius. Delilah melarikan anak matanya ke arah lain. Malas bertentang mata dengan pengkhianat itu.
"Bila masa aku lari? Bukan ke kau yang lari bersama assignment aku masa dulu? Habis dikaut oleh kau. Lepas tu, kau dah dapat apa yang kau nak. Aku pulak? Macam orang bodoh percayakan kau dulu masa zaman universiti." Tubuh Leron ditolak kasar olehnya. Lelaki di hadapannya ini jenis lelaki tidak berperikemanusiaan. Sanggup bermain kotor demi kepentingan diri sendiri. Cruel!
Leron terundur ke belakang dan menarik nafas menahan gelora jiwanya. Dia benci apabila kisah itu dipetik kembali. Benci benar Delilah terhadapnya. Sebenarnya sebelum ini sudah lama dia menjejaki gadis itu tetapi hampa. Sudah berbulan-bulan lamanya dia mencari pasti tidak diketemui. Tetapi, akhirnya dia berjaya juga menjumpai gadis itu.
"Delilah. Aku mintak maaf pasal hal dulu. Tak boleh ke kau maafkan aku? Tak boleh ke kita rapat seperti dulu?" Leron cuba memujuk hati gadis itu.
Delilah tersenyum sinis. Dia bercekak pinggang. Hatinya terlampau sakit apabila terkenangkan peristiwa itu kembali. Kejam. Masih diingati lagi yang dia bersungguh siang malam menyiapkan assignment sehingga tidak lena tidur malam tetapi malangnya dicuri oleh penyangak ini. Nampak tak siapa yang kejam di sini? Sudah tentulah bukan dia.
"No way! Kau khianati persahabatan kita dan kau tiba-tiba munculkan diri sebab nak raih kepercayaan aku balik ke? Memang taklah jawapannya," bentak Delilah, keras. Leron rasa serba-salah. Rasa tidak berguna juga.
B E R S A M B U N G ♡

YOU ARE READING
CERPEN - CRUEL DELILAH (✓)
Chick-Lit♡ 𝐒𝐞𝐜𝐨𝐧𝐝 𝐛𝐨𝐨𝐤 : 𝟐𝟎𝟐𝟏 ♡ 𝘿𝙀𝙇𝙄𝙇𝘼𝙃, Seorang gadis yang berkerjaya. Malahan, seorang yang obses terhadap kehidupan peribadinya. Kadangkala, di sisi lainnya dia seorang yang kejam. Begitu ramai para lelaki yang menaruh hati terh...