"MAKAN!"
Sebuah pinggan berisi nasi goreng Pattaya diletakkan di hadapan Delilah. Delilah menjeling sekejap ke dalam pinggan lantas matanya beralih pula ke arah lain. Tidak berselera dia ingin menjamu makan. Leron tidak berpuas hati dengan tindakan Delilah. Bila disuruh makan tidak mahu. Ini yang dia tidak suka.
"Kau dah kenapa, hah?" Leron berjalan ke arah Delilah. Automatik Delilah terbangun dari duduk dan menjauhi lelaki itu. Leron tersenyum sinis sambil menyelak rambutnya ke belakang.
"Kau nak aku suapkan kau ke?" soal Leron sambil bercekak pinggang. Delilah mencerlung tajam ke arah Leron. Dia mencapai pinggan tadi yang berada di atas meja kopi dan dibawa ke katil. Usai melabuh duduk di atas katil. Dengan terpaksa disuap juga nasi goreng itu ke dalam mulutnya. Puas hati?
"Bagus. Makan pun kau. Aku bukan apa Del... aku cuma nak kau ikut apa yang aku nak, sebab selalunya lelaki yang ikut kehendak kau. Kali ni lain sikit," ujar Leron, serius. Delilah berhenti menyuap nasi ke dalam mulutnya. Dikunyah dan ditelan sisa makanan itu sebelum memulakan bicara.
"Kau tak puas hati dengan aku pasal apa sebenarnya?" soal Delilah, perlahan tetapi dapat didengari oleh Leron. Langkah kakinya mendekati Delilah dan melabuh punggung di sebelah gadis itu. Laju gadis itu bangkit berdiri semula. Benci.
"Aku tak puas hati dengan kau sebab kau tak pernah layan aku. Kau bercinta dengan mana-mana lelaki yang kau suka, tapi bukan aku. Kenapa kau tak pilih aku, hah? Aku boleh bagi semua benda yang kau nak. Kau cakap aje apa yang kau nak, aku bagi." Leron turut sama berdiri dan mendekati Delilah. Seperti biasa, gadis itu tetap mengelak daripadanya.
"Aku nak kau lepaskan aku!" jerit Delilah lantas menolak kuat tubuh Leron sehingga lelaki itu terdorong ke belakang.
"Jangan haraplah!" Leron segera menggapai lengan Delilah.
Pang!
Satu tamparan hinggap pada wajah Leron sehingga kepalanya terteleng ke tepi. Perit. Terasa wajahnya membahang panas.
"Aku dah cakap sebelum ni jangan berani sentuh aku!" marah Delilah lantas menarik kasar tangannya. Dia melabuh duduk di atas sofa berjauhan daripada lelaki itu. Leron angguk kepala sambil menyeringai ke arah Delilah.
'Kau memang nak kena, Del!' bisik hati jahatnya.
Semalam nasib baik dia melepaskan sahaja gadis itu jika tidak sudah lama gadis itu menjadi habuannya. Cuma, sempat dia bergelut dengan Delilah sebelum mengambil keputusan untuk melepaskan.
"Delilah Raihanah. Aku takkan biarkan kau terlepas daripada pandangan aku. I'm always watching you!" Leron segera berlalu keluar dari bilik itu sebelum amarahnya melonjak-lonjak naik sehingga tidak dapat dikawal. Jika boleh dia mahu berlembut dengan gadis itu walaupun itu bukan caranya.
♡ ♡ ♡
TING!
Ringstones mesej mulai berbunyi. Segera jari-jemarinya mencapai telefon yang berada di atas meja bersebelahan katil. Matanya digenyeh perlahan. Saat membaca mesej yang terpapar pada skrin telefon terus dia bangkit dari tidur.
"Del?" Laju dia berlari ke almari pakaian dan mencapai pakaiannya. Telefon dicampak ke atas katil. Usai memakai baju t-shirt dan berseluar slack hitam. Terus dicapai kunci motosikal berkuasa tinggi dan telefon pintarnya.
"Kau tunggu aku datang, Del," ujarnya, perlahan. Dia mengorak langkah keluar dari rumah. Motosikal Ducati Panigale 1199 R terus dinaiki lantas dihidupkan enjin motor. Vroom! Vroom!
♡ ♡ ♡
CEPAT-CEPAT Delilah menyorokkan semula barang kepunyaannya bawah katil selepas menyedari ada seseorang melangkah masuk ke dalam bilik itu. Apabila dilihat, dia sangkakan Leron si lelaki tidak guna itu tetapi orang lain. Seorang wanita lewat 40-an datang ke arahnya sambil membawa pakaian yang diisi di dalam plastik lut sinar.
Delilah mencebik muka. Usah dikata siapa yang suruh sudah tentu si Leron yang beria-ria mengarah untuk membawa pakaian itu ke mari.
"Cik, ini bajunya. Bos minta tukar pakaian," ujar wanita itu sambil menghulurkan pakaian itu kepada gadis di hadapannya sekarang. Cantik. Tidak dinafikan rupa paras gadis itu benar-benar jelita. Mungkin kerana itu juga bosnya tergila bayang terhadap gadis itu.
Delilah lambat-lambat mencapai huluran pakaian itu. Sempat ditilik isi di dalamnya. Pakaian berwarna merah darah. Hatinya tiba-tiba digigit perasaan galau. Entah bila lagi dia boleh bebas daripada cengkaman si Leron. Hidupnya selalu susah kalau berdepan lelaki itu. Dasar samseng! Sekali pandang tak tumpas seperti seorang gengster.
"Saya tak nak pakai baju ni," ujar Delilah, lembut. Dihulurkan kembali plastik pakaian tadi kepada wanita itu.
"Eh, jangan macam tu. Saya diamanahkan untuk serahkan baju ni kepada cik. Tolonglah, jangan susahkan saya. Nanti bos marah kat saya nanti," rayu wanita itu kepada Delilah. Lama Delilah berdiam diri sebelum memulakan bicaranya.
"Saya akan pakai kalau baju ni tak seksi macam otak dia," balas Delilah, serius. Sejurus kemudian, dia mengarahkan supaya wanita itu pergi dari situ dengan kadar segera.
Usai menutup pintu bilik. Delilah segera mencapai kembali plastik itu. Dia tidak sabar ingin melihat isi di dalamnya. Pakaian itu dikeluarkan. Delilah berdecit geram.
"Gila!"
Dicampak dress labuh separa paha itu ke atas lantai simen. Sudah agak memang lelaki itu sengaja berbuat demikian terhadapnya. Ada ke patut bagi dia pakai pakaian sebegitu? Dia gadis berhijab masakan pula mahu pakai dress sebegitu. Dia bertekad tidak akan bertukar pakaian walaupun dipaksa beribu kali sekalipun. Hendak mandi, khuatir jikalau lelaki itu masuk tanpa disedarinya.
Susah!
B E R S A M B U N G ♡
YOU ARE READING
CERPEN - CRUEL DELILAH (✓)
ChickLit♡ 𝐒𝐞𝐜𝐨𝐧𝐝 𝐛𝐨𝐨𝐤 : 𝟐𝟎𝟐𝟏 ♡ 𝘿𝙀𝙇𝙄𝙇𝘼𝙃, Seorang gadis yang berkerjaya. Malahan, seorang yang obses terhadap kehidupan peribadinya. Kadangkala, di sisi lainnya dia seorang yang kejam. Begitu ramai para lelaki yang menaruh hati terh...