B A B 13

31 7 0
                                    

     TENGKU DZAFRI menangkap suara seseorang yang amat dikenalinya sewaktu hendak berlalu dari situ. Dari jauh, dia dapat melihat si gadis itu diheret pergi oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Tengku Dzafri tidak dapat bertahan lagi apabila mengenali si empunya badan. Sanggup mereka memperlakukan begitu terhadap cinta hatinya.

"Eh, kau nak pergi mana?" Belum sempat lelaki berbadan tegap itu menghalang laluannya terus kakinya mendarat tepat terkena pada wajah lelaki itu. Buk!

"Delilah!" jerit Tengku Dzafri dari jauh lantas mengejutkan beberapa orang bodyguard yang turut sama berada di situ. Mereka terus berlari mendapatkan Tengku Dzafri.

Delilah terus terpana saat melihat gerangan yang menjerit menyebut namanya. Terus dia menarik tangan secara kasar dan menolak tubuh lelaki itu agar menjauhinya. Leron terkesima melihat tindakannya. Delilah tidak lepas memandang ke arah Tengku Dzafri yang berada jauh di sana. Dia berlari menuju ke arah lelaki itu tetapi malangnya tubuhnya dirangkul dari belakang.

"Lepas! Tolonglah..." Air matanya mulai menitis laju membasahi pipi. Tengku Dzafri yang melihatkan agenda itu rasa terbakar. Dia mengetap gigi dan tumbukan mulai dikepal. Ketat.

"Kau nak lari mana, hah? Siapa tu sayang? Boyfriend baru ke?" Leron mencengkam pipi Delilah walaupun gadis itu kuat meronta-ronta. Apa dia peduli?

"Dzafri..." Teresak-esak Delilah menahan tangis. Leron ketawa melihat mereka berdua seperti hero yang mahu menyelamatkan si heroinnya. Leron benci melihatkan perkara itu. Baginya, tiada sesiapa pun layak memiliki Delilah kerana gadis itu hanya miliknya seorang.

"Del!" Tengku Dzafri melayangkan penumbuk kepada beberapa orang bodyguard yang cuba menghalang laluannya. Ditumbuk, ditendang, diteranjang orang itu sehingga lunyai. Halangan satu persatu dia harus tempuhi demi menyelamatkan gadis itu.

"Sial!" sumpah Leron lantas berdecit geram. Habis bodyguardnya dapat dikalahkan begitu sahaja. Lemah! Rangkulan pada tubuh Delilah semakin dieratkan.

"Tengok sayang. Dia datang sebab nak selamatkan kau. So sweet!" sindir Leron, sinis pada telinga gadis itu. Delilah tetap berkeras mahu melepaskan diri tetapi tetap juga gagal. Dia benci diperlakukan sebegitu. Rasa terhina.

"Kau lepaskan dia!" Tengku Dzafri berjalan mendekati mereka berdua. Leron semakin galak mengusik Delilah. Baginya, drama ini memang wow!

"Kalau aku cakap tak nak macam mana?" Leron sengaja mahu menguji kesabaran lelaki itu. Delilah tidak henti-henti menangis.

Pandangan mata Tengku Dzafri mulai jatuh ke arah Delilah. Sakit matanya melihat gadis itu dipeluk sebarangan. Ini melampau! Tumbukan diangkat dan ingin melayangkan penumbuk kepada lelaki itu. Zurp!

Pantas Leron mengeluarkan sepucuk pistol dari sisi pinggangnya. Dia mengukirkan senyuman sengit kepada Tengku Dzafri. Nak bermain ke? Muncung pistol tersebut dihalakan tepat pada dahi si lelaki keparat di hadapannya kini. Berlagak!

"Bersedialah sayang tengok dia mati." Leron menghadiahkan ciuman pada sebelah pipi Delilah. Tengku Dzafri berang. Celaka punya jantan!

"Tolonglah... jangan bunuh dia," rintih Delilah berserta esakan tangis. Leron pura-pura tidak mendengar rintihan itu. Picu mulai ditarik.

Satu.

Dua.

Tiga.

Delilah memejamkan matanya. Dia tidak sanggup melihat sekujur tubuh lelaki yang rapat dengannya terkulai layu di hadapannya kelak. Jantungnya bagaikan direntap kasar. Dub dab! Dub dab! Dub dab!

Bang!

Satu das tembakan berjaya dilepaskan tepat mengenai sasaran. Tubuh Delilah mulai kejang dan otot lututnya mulai bergetar. Dadanya berombak kencang menahan gelora. Adakah? Matanya masih lagi terpejam rapat. Dia tidak berani membuka mata.

'Ya Allah, ujian apakah ini?' rintih hatinya, sayu.

"Del..."

Telinganya mulai menangkap suara garau yang amat dikenalinya. Tengku Dzafri? Ketika ini dia rasakan seperti dunianya berputar. Kelam. Lama-kelamaan, dia pitam dan tidak sedarkan diri.

♡ ♡ ♡

TIT! Tit! Tit!

   Telinga Delilah menangkap bunyi alat bantuan pernafasan yang berada di tepi kepala katil. Matanya dibuka secara perlahan-lahan. Siling dipandang kosong. Sudah diagak dia berada di mana. Sudah tentu di hospital, masakan pula di rumah sedangkan siling rumahnya berwarna lain. Bahkan, rumahnya tidak pernah pula ada alat bantuan pernafasan.

Delilah memusingkan kepalanya ke arah kanan, matanya menangkap sekujur tubuh seseorang sedang tidur lena di situ. Sekejap! Delilah bangkit dari tidur dan mencabut alat pernafasan yang melekat pada wajahnya. Anak matanya tidak lepas memandang tubuh itu. Siapa lelaki itu?

"Jangan tenung saya macam tu," ujar si empunya badan itu lantas mengalihkan cap yang menutupi wajahnya. Dia bangkit berdiri tegak di atas sofa sambil menguap perlahan.

Terlopong Delilah. Terkejut yang teramat sangat. Air matanya merembes keluar kerana terlampau terkejut.

"Awak hidup lagi?" soal Delilah, sebak.

Tengku Dzafri mengukirkan senyuman saat mendengarkan soalan itu. Dia teringat kembali kejadian itu. Kalaulah, bukan kerana pihak polis yang datang tepat pada masanya sudah tentu nyawanya akan berakhir di tangan lelaki jahanam itu. Ya, sebelum dia putuskan untuk bergerak ke lokasi tersebut. Awal-awal lagi dia menghubungi pihak polis.

"Kenapa?" Tengku Dzafri bangkit dari duduk dan berjalan ke arah Delilah yang kini berada di atas katil wad.

"Takut saya mati ke?" Tambah Tengku Dzafri sambil tersengih. Sayang juga ya gadis ini terhadapnya.

Semakin kuat air mata Delilah merembes keluar di tubir mata saat mendengarkan soalan itu. Takkanlah dia suka pula? Janganlah buat dia bersedih macam ni lagi.

"Okey! Okey! Maaf. Tak mungkinlah saya mati, saya kan hero. Tak mati punya," ujar Tengku Dzafri, selamba. Delilah sempat ketawa dalam tangisan. Ada saja nak mengusik.

"Tapi... bukan ke awak yang kena tembak?" soal Delilah ingin tahu. Dia masih lagi keliru dengan situasi sekarang. Bagaimana kemungkinan ini boleh terjadi?

"Ouh, pasal tu? Bukan saya tapi lelaki tu yang kena tembak. Polis sempat tembak dia sebelum dia melepaskan tembakan ke arah saya." Tengku Dzafri menarik sebuah kerusi ke arah Delilah lantas dia melabuh duduk di atas kerusi tersebut. Delilah hanya mendengar sahaja tanpa berbicara. Hanya air mata sahaja yang memberi respon terhadap jawapan itu.

"Hshshshsk... say... saya ingatkan awak tinggalkan saya..." Teresak-esak Delilah menahan tangis. Air matanya membasahi pipi sedari tadi lagi.

Pandangan mata Tengku Dzafri mulai jatuh pada wajah Delilah. Dia merenung wajah itu sepuas-puas hatinya. Dia juga takut. Takut jikalau kehilangan orang yang dicintainya selama ini. Sungguh gila dia dibuatnya saat melihat perbuatan melampau lelaki itu di hadapannya terhadap Delilah. Makin dikenang, makin sakit hati. Nasib baik dah arwah.

"Del..." panggil Tengku Dzafri, lembut. Delilah menumpukan perhatian sepenuhnya kepada lelaki itu.

B E R S A M B U N G ♡

CERPEN - CRUEL DELILAH (✓)Where stories live. Discover now