KEPALA Delilah terasa pening saat terbangun daripada tidur. Kelopak mata dibuka perlahan-lahan. Matanya terasa perit tatkala terkena panahan cahaya lampu. Silau. Baru sahaja dia ingin menggenyeh mata tetapi perbuatannya terbantut apabila kulitnya merasai sesuatu yang kasar pada kedua-dua belah tangannya. Terus diangkat kedua-dua belah tangannya ke atas. Tali? Kenapa dia diikat?
Pandangan matanya terhala pula ke sekeliling bilik. Sekejap! Sekejap! Ini bukan biliknya, sudah tentu dia kini berada di tempat lain. Baru dia teringat akan sesuatu. Bukankah dia diculik oleh sekumpulan lelaki bertopeng? Apa yang mereka mahukan daripadanya?
"Tolong! Tolong! Tolong aku! Ada sesiapa tak? Tolong!" jerit Delilah, sekuat hatinya. Dia ingin bergerak tetapi malangnya kedua-dua belah kakinya juga turut diikat sama menggunakan tali.
Delilah tidak mahu cetek akal. Dia berusaha sehabis mungkin untuk melepaskan diri. Sambil-sambil itu matanya turut memandang ke arah muka pintu khuatir jikalau ada seseorang yang melangkah masuk ke dalam bilik itu. Isy... susahnya!
Ikatan pada kedua-dua belah tangannya begitu ketat sehingga membuatkan pergelangan tangannya sakit dan mulai kemerahan. Dia mendengus kasar. Jika begini, esok lusa boleh arwah dia di sini. Siapa yang menculiknya dan apa motif mereka berbuat demikian semuanya ingin tolak ke tepi. Sekarang, yang paling penting adalah dia perlu melepaskan diri sendiri.
Usaha punya usaha. Akhirnya dia berjaya juga melepaskan ikatan sehingga air matanya menitis akibat terlampau sakit. Mana tidaknya, ikatan tali itu tebal dan cara mereka mengikat tali itu secara mati. Delilah menggosok beberapa kali kedua-dua belah pergelangan tangannya. Sakitnya.
Tanpa menunggu masa yang lama. Terus dia membuka ikatan tali pada kedua-dua belah kakinya pula. Berjaya. Delilah bangkit berdiri sambil mengangkat dress labuhnya ke paras bawah lutut agar memudahkan pergerakannya. Dia berjalan mengelilingi kawasan bilik itu berulang kali untuk mencari jalan keluar.
Pintu bilik dipulas tetapi malangnya ia berkunci. Berkali-kali dia menggoncang pintu itu tetapi tetap juga tidak terbuka. Selepas itu, dia bergerak pula ke bilik mandi dan cuba mencari sisip angin tetapi tetap sama tidak dapat dibuka. Usah dikata tingkap bagaimana, tetap juga sama. Tidak dapat dibuka. Bilik ini tidak memberi kerjasama langsung kepadanya untuk melepaskan diri. Seakan-akan bilik ini telah diubah suai untuk memanipulasi dirinya.
Klip!
Secara tiba-tiba, pintu bilik dipulas dari luar membuatkan Delilah sedikit kaget. Dia berlari semula ke sofa dan mencapai kembali tali-tali yang berada di atas lantai. Dengan lajunya dia mengikat kembali kedua-dua belah tangan dan kakinya. Akhirnya, Delilah berpura-pura tidak sedarkan diri seperti tadi. Matanya terpejam rapat dan dadanya berdebar sakan ketika ini memikirkan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.
♡ ♡ ♡
SEBAIK sahaja tiba di hadapan rumah sewa Delilah. Dia segera menekan butang loceng beberapa kali. Sejurus kemudian, keluarlah Syafiqa yang mamai selepas bangun tidur sambil menatap wajahnya dengan penuh tanda tanya akan kedatangannya ke mari.
"Fiqa, Del dah balik ke?" soal Tengku Dzafri, risau. Syafiqa mengerutkan dahi serta-merta. Matanya kembali segar tatkala lelaki itu menyebut nama rakan baiknya.
"Eh, taklah. Dia belum balik lagi. Aik, bukan ke dia kata awak yang ambik dia? Sebab dia bagitahu saya macam tu," ujar Syafiqa tanpa berselindung. Apa hal pula ini?
"Ya ke? Ya Allah, mana dia pergi agaknya," getus Tengku Dzafri, risau. Syafiqa masih lagi keliru dengan keadaan sekarang.
"Jap! Jap! Cuba jelaskan saya tak faham sekarang ni. Awak dengan Del bergaduh ke apa?" telah Syafiqa. Tengku Dzafri geleng kepala sambil berkata.
"Tak, mana ada. Sebenarnya, saya terlewat sangat-sangat nak ambik dia. Bila saya pergi sana cari dia. Tapi dia takde. Saya tanya pengawal tapi dia cakap yang dia tak nampak pun kelibat Del kat situ. Sebab tulah saya datang sini, ingatkan dia dah balik," cerita Tengku Dzafri bersungguh-sungguh kepada Syafiqa. Kelihatan gadis itu mengangguk kepala dan air mukanya benar-benar berubah. Ke mana perginya Delilah?
"Macam ni, cuba awak call dia. Kalau dia tak angkat jugak saya rasa kita perlu report polis esok pagi tapi sebelum tu kita kena cari dia," cadang Tengku Dzafri dengan idea bernasnya. Syafiqa bersetuju lantas berlari masuk ke dalam rumah semula dan mendail nombor Delilah.
♡ ♡ ♡
"KAU sepatutnya tak perlu sombong dengan aku, Del. Sebab aku... tak nak kau layan aku macam ni," bisik lelaki itu, perlahan. Dia melabuh duduk di salah sebuah kerusi berhadapan dengan gadis itu. Wajah jelita milik gadis itu ditatap lama.
"Aku tak berniat ingin khianati persahabatan kita, cuma..." Lelaki itu bangkit berdiri dari kerusi lantas dia melabuh duduk di sebelah Delilah pula. Jari-jemarinya mengelus lembut kepala gadis itu yang ditutupi oleh shawl.
Delilah terasa geli apabila diperlakukan sebegitu. Dadanya tidak berhenti berdegup kencang. Dub dab! Dub dab! Terasa pipinya dikucup lembut oleh lelaki itu. Ya Rabbi, tiada seorang pun lelaki yang bukan mahramnya berani menyentuhnya selama ini. Delilah terkedu dengan tindakan lelaki itu. Beraninya dia!
'Ya Allah, tolonglah jauhkan aku daripada kemaksiatan,' rintih Delilah di dalam hati. Dia menahan pelbagai rasa ketika ini.
"Cuma kau aje anggap aku jahat. Samseng." Dia mengukirkan senyuman sengit apabila gadis itu kini berada dalam genggamannya. Ingat senang ke nak dapatkan Delilah? Susah! Tangannya mengelus lembut pipi mulus gadis itu.
Delilah tidak dapat menahannya lagi. Sungguh dia tidak selesa dengan perlakuan lelaki itu terhadapnya. Lama-kelamaan, dia tidak lagi merasai sentuhan daripada lelaki itu. Syukur. Delilah berkira-kira ingin membuka mata. Tetapi hatinya benar-benar ingin mengetahui siapakah gerangan lelaki yang kurang ajar itu.
Lelaki itu mulai ingin beredar pergi dari situ. Delilah segera meleraikan ikatannya dan meraih sebuah pasu bunga kaca yang berada di atas meja kopi di hadapannya. Dia meluru ke arah lelaki itu.
Prang!
Cecair berwarna merah pekat mulai menitis laju dari belakang kepala. Lelaki itu segera menoleh ke belakang. Terasa belakang kepalanya terasa perit. Serta-merta basu bunga kaca terlepas daripada tangan Delilah. Dia tersentak. Pasu bunga itu pecah berkecai di atas lantai simen. Manakala lelaki itu menyeringai terhadapnya. Tubuh Delilah mulai menggigil. Perlahan-lahan dia mengundurkan diri ke belakang.
"Ka... kau..."
B E R S A M B U N G ♡
YOU ARE READING
CERPEN - CRUEL DELILAH (✓)
ChickLit♡ 𝐒𝐞𝐜𝐨𝐧𝐝 𝐛𝐨𝐨𝐤 : 𝟐𝟎𝟐𝟏 ♡ 𝘿𝙀𝙇𝙄𝙇𝘼𝙃, Seorang gadis yang berkerjaya. Malahan, seorang yang obses terhadap kehidupan peribadinya. Kadangkala, di sisi lainnya dia seorang yang kejam. Begitu ramai para lelaki yang menaruh hati terh...