B A B 14

49 9 2
                                    

     "IZINKAN saya jadi suami awak yang sah." Akhirnya terluah juga isi hatinya yang selama ini sulit sekali untuk diluahkan. Itulah perkataan yang susah disebut semenjak dia mengenali Delilah.

Dia mahu menjaga gadis itu sepenuh hatinya. Biarlah nyawa yang akan memisahkan mereka berdua. Dia tidak kisah latar belakang gadis itu bagaimana. Asalkan cintanya dapat dibawa sehingga ke jinjang pelamin. Dia tidak rela melihat mana-mana lelaki mendekati gadis itu lagi. Dia cemburu!

Delilah menundukkan pandangan matanya ke bawah. Air matanya semakin kuat mengalir sehingga membuatkan Tengku Dzafri menggelabah. Adakah dia tersilap bercakap?

"Del, saya..." Belum sempat Tengku Dzafri habis bercakap terus dipotong oleh Delilah.

"Saya setuju." Terpana Tengku Dzafri mendengar persetujuan daripada gadis itu. Betulkah apa yang didengarinya sekarang atau ia cuma khayalan?

"Saya setuju awak jadi suami saya." Tambah Delilah, lagi. Tengku Dzafri seakan tidak percaya.

"Sebenarnya, saya dah lama sukakan awak. Cuma, saya..." Kata-kata Delilah tersekat di situ. Lama dia berdiam diri bagi menghabiskan esakan tangisnya. Usai reda, dia kembali menyambung percakapannya.

"Saya hindari perasaan saya terhadap awak. Saya buat macam-macam supaya awak benci kat saya tapi tak. Awak selalu tak makan hati dengan saya apatah lagi benci saya." Tengku Dzafri terharu mendengarkan pengakuan itu. Inilah yang ditunggu selama ini. Akhirnya, ia tiba juga tanpa disangka.

"Del, saya tak pernah sekalipun benci awak. Saya sentiasa cintai awak walaupun kadang-kadang hati saya tersakiti," luah Tengku Dzafri, jujur.

"Sebelum ni saya ada datang rumah keluarga awak dan meluahkan isi hati saya untuk memperisterikan awak. Umi awak setuju. Sebab tulah saya nak dia rahsiakan perkara ni. Saya cuma tak nak sesiapa sakiti awak lagi. Cukuplah awak menderita disebabkan lelaki selama ni. Cukuplah..." Pandangan mata mereka berdua bertaut antara satu sama lain.

Delilah mengangguk kepala. Dia akur. Selama ini, dia yang kecewa kerana lelaki. Hancur hatinya juga kerana lelaki. Jadi, dia mengambil keputusan untuk membenci lelaki semenjak daripada itu. Tetapi, dendamnya seakan pudar tatkala munculnya Tengku Dzafri dalam hidupnya. Mengapa jejaka sebaik itu mampu tertawan dengannya yang sedia kejam ini?

"I love you so much." Tanpa disedari sebaris senyuman manis mulai melakar di bibirnya.

T A M A T ♡

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 11, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CERPEN - CRUEL DELILAH (✓)Where stories live. Discover now