KEESOKAN HARINYA
TABLET yang berada di atas meja kerjanya dibiarkan terpasang begitu sahaja. Hangat berita pagi ini diperkatakan. 'HUBUNGAN MESRA PEREKA FESYEN EZHAR & DELILAH.' Tumbukan dikepal. Api cemburu mulai menjalar naik di segenap tubuhnya. Hatinya terlampau sakit. Seperti tiada gosip lain yang ingin disampaikan oleh pihak paparazi di Malaysia ini. Suka sangat menjaja cerita yang tidak benar.
"Ezhar, Delilah, Ezhar, Delilah. Tak matching langsung. Aku lagi sesuai dengan Delilah," getus Tengku Dzafri lantas menolak jauh tablet itu daripadanya. Sakit hati apabila memandang.
Semalam, dia hadir dalam diam. Sengaja dia tidak mahu munculkan diri di hadapan gadis itu. Kalau tidak sudah tentu lain jadinya. Tetapi, disebabkan hal itu juga matanya sakit memandang kemesraan mereka berdua. Adakah mereka berdua sengaja menonjolkan kemesraan itu di hadapan khalayak ramai kerana ingin populariti? Sedangkan pada malam itu bukannya mereka berdua sahaja yang hadir. Golongan VVIP dan VIP turut hadir bersama.
Tok! Tok! Tok!
Pintu biliknya diketuk beberapa kali oleh seseorang. Matanya beralih memandang ke arah muka pintu. Kelihatan setiausahanya memberi senyuman lantas melangkah masuk ke dalam pejabatnya.
"Bos, selepas ni dalam pukul sembilan ada meeting dengan syarikat Endra Holding. Lepas tu, pukul dua pula lawatan ke tapak projek," ujar gadis berpakaian sopan itu. Tengku Dzafri angguk kepala perlahan. Sebenarnya, sejak tadi lagi anginnya kurang baik semenjak berita itu dibacanya.
"Bos?" panggil gadis itu, lembut. Tengku Dzafri tidak mendengar apa yang dikatakan oleh setiausahanya.
"Bos. Bos okey tak ni?" panggil gadis itu sekali lagi. Tetapi kali ini sedikit kuat.
Tok! Tok!
Diketuk meja pejabat beberapa kali serta-merta menyentak lamunan Tengku Dzafri.
"Hah? Apa?" soal Tengku Dzafri, kebingungan. Gadis di hadapannya itu tersenyum sumbing. Agaknya apalah yang ada dalam fikiran bosnya itu. Benar-benar dia ingin tahu.
"Takdelah, saya tengok bos mengelamun. Bos sakit ke? Kalau bos tak sihat kita boleh cancel meeting lepas ni," ujar gadis itu, lembut lantas ingin melangkah keluar dari situ. Tengku Dzafri tergamam.
"Eh, jangan-jangan! Saya okey, cuma tertekan sikit," balas Tengku Dzafri, serius. Gadis itu mengangguk kepala dan meminta izin untuk beredar pergi dari situ.
Tengku Dzafri melepaskan keluhan berat. Apa hal ini? Kenapa bayangan Delilah seringkali muncul di kotak fikirannya. Tolonglah pergi. Sukar dia ingin melaksanakan kerja jika begini jadinya. Go away, Delilah!
♡ ♡ ♡
DELILAH menyisip air kopi panas dengan penuh sopan. Senyuman mulai melakar di bibirnya sebaik sahaja selesai membaca dada akhbar baru sebentar tadi. Agak lucu tajuknya. Hubungan mesra? Jika Ezhar yang melihatnya, tidak tahulah dia apa reaksi lelaki itu. Gembira agaknya.
Matanya beralih pula memandang pada seseorang yang sedari tadi lagi memandang dirinya. Pandangan dibalas dengan senyuman. Apa lagi? Sudah tentu lelaki itu bagaikan terkena renjatan asmara. Delilah ketawa sinis di dalam hati. 'Mudah sangat cair. Lemah...' bisik hati kecilnya. Matanya melilau-lilau melihat keadaan sekeliling restoran.
Pelik. Tiada pula dia nampak kelibat si pemilik restoran ini. Siapa lagi kalau bukan Adiel. Barangkali kecewa agaknya dengan pertunangan palsunya. Senyuman semakin lebar tatkala terkenang betapa kecewanya lelaki itu tempoh hari dengan pertunangannya. Aduhai, ramai yang percaya. Lawak betullah. Sudahlah ramai mengucapkan tahniah kepadanya. Tetapi penipuan itu juga tidak akan kekal lama. Anggaplah ia sebagai prank!
"Delilah? Lama ke tunggu?" sapa seseorang dari belakang. Delilah segera memusingkan badannya ke belakang. Hatinya berbunga-bunga saat melihat gerangan yang ditunggunya akhirnya tiba jua.
"Eh, taklah. Tak sampai sejam pun," balas Delilah, lembut.
Ezhar mengukir senyuman dan segera melabuh duduk di atas kerusi berhadapan Delilah. Senyuman Delilah tidak luntur daripada bibirnya. Asyik tersenyum sahaja sehingga membuat dada Ezhar gementar. Dia rasakan seperti mereka berdua sedang berjanji temu sedangkan mereka hanya makan-makan sahaja. Jarang sekali boleh keluar dengan gadis itu.
"Nak makan apa? Saya order," pelawa Delilah lantas mengangkat tanda sambil menjerit memanggil waiter. Selepas itu, seorang pelayan perempuan datang mendekati mereka berdua.
"Saya ikutkan aje. Tak kisah pun. Apa awak makan saya akan makan," balas Ezhar, sedikit gugup. 'Janganlah macam ni, Ezhar. Jangan nervous, selalunya kau okey aje,' getus hati lelakinya.
"Good. Kalau macam tu saya order Beef Burguignon dua and one Ratatouille. Itu aje. Thanks," pesan Delilah kepada pelayan perempuan itu. Selepas mengambil pesanan makanan, pelayan perempuan itu segera beredar pergi dengan wajah girangnya. Apa tidaknya, gosip mereka berdua masih lagi hangat. Siapa yang tidak ambil peduli?
Pelayan perempuan itu bercakap-cakap di meja kaunter bersama beberapa orang rakan sekerjanya dengan girang. Mereka sangkakan, berita itu benar padahal tidak pun. Kenapalah semua orang sukakan gosip? Best sangat ke dengar? Delilah melepaskan keluhan. Inilah manusia, sibuk saja jaga tepi kain orang. Jika bergosip itu menimbulkan perkara faedah, tak apalah juga. Ini tidak, memang tidak berfaedah apatah lagi akan mendapat dosa free.
"Ermmm... you tak kisah ke berkaitan gosip terbaru pasal kita?" Tiba-tiba sahaja Ezhar menyoalnya begitu sudah kenapa? Macamlah tiada soalan lain ingin diperkatakan oleh lelaki itu.
"Ermmm... I don't know. Tak kisah kut. Because... ada faedah jugak kalau gosip tu tersebar, barulah tiada jantan miang ganggu saya," balas Delilah, bersahaja. Ezhar sedikit terkejut dengan kata-kata Delilah. Faedah?
"Kenapa awak cakap macam tu? Saya tak faham." Ezhar perlukan penjelasan. Dia bukannya pandai sangat pun ingin meneka maksud disebalik kata-kata itu. Nanti lain yang difahami pula.
"You know I'm the gorgeous women. (Awak tahu saya wanita cantik). Maybe... entah berapa ramai lagi para-para lelaki ingin dekati saya. Sebab tulah, dengan cara gosip ni saya rasa boleh tutup mulut dia orang sikit pasal saya ni seorang playgirl." Dengan yakinnya Delilah bersuara. Ezhar angguk kepala tanda faham. Tidak sangka sejauh ini pemikiran gadis ini. Patutlah ramai yang terpikat hati. Bukan sahaja pandai tapi licik orangnya.
"Tapi... awak seriusly tak fikir ke yang gosip ni akan menimbulkan fitnah di antara kita berdua? Macam..." Kata-kata Ezhar terus dipotong oleh Delilah.
"Come on Ezhar! Jangan takut. Insya-Allah, tiada apa-apa yang berlaku selepas ni. Tengok, tiada pun wartawan or paparazi kat sini datang kacau date kita," balas Delilah, selamba dan cuba menyakinkan Ezhar. Senyuman tidak lekang di bibir mungilnya. Ezhar hanya mengangguk kepala dan cuba bersabar.
"Sometimes... saya tak faham dengan awak, Del. Awak berbeza daripada gadis-gadis lain yang saya kenal," luah Ezhar, serius. Delilah terpaku dengan kata-kata lelaki itu.
"What you mean?"
B E R S A M B U N G ♡
ANDA SEDANG MEMBACA
CERPEN - CRUEL DELILAH (✓)
Chick-Lit♡ 𝐒𝐞𝐜𝐨𝐧𝐝 𝐛𝐨𝐨𝐤 : 𝟐𝟎𝟐𝟏 ♡ 𝘿𝙀𝙇𝙄𝙇𝘼𝙃, Seorang gadis yang berkerjaya. Malahan, seorang yang obses terhadap kehidupan peribadinya. Kadangkala, di sisi lainnya dia seorang yang kejam. Begitu ramai para lelaki yang menaruh hati terh...
