DELILAH meletakkan sejambak bunga mawar merah di atas meja pejabatnya tanpa sempat menilik bunga itu terlebih dahulu. Kata-kata yang dilemparkan oleh Tengku Dzafri membuatkan hatinya sedikit tersentuh.
"Cinta hadir kerana perkenalan. Cinta juga boleh hadir kerana tertariknya seseorang itu ingin mendekati si dia. Awak tak rasa ke yang saya tertarik ingin dekati awak, Del? Ya, saya tahu awak tahu pasal tu tapi awak buat-buat tak tahu sebab..."
Delilah meraup wajahnya seketika. Tengku Dzafri memang seorang lelaki yang menguji kesabaran dan kepintarannya selama ini. Bukan itu sahaja, si Tengku itu juga mampu bermain dengan hatinya. Cair? Sudah tentu tidak. Hatinya sekeras batu ya. Jika diketuk dengan tukul belum tentu pecah tau.
"Lawa bunga. Siapa yang bagi?" tegur seseorang di muka pintu bilik kerjanya.
Delilah tersentak dengan kedatangan Ezhar di situ. Senyuman dilemparkan kepada lelaki itu. Segak Ezhar pada hari ini apabila mengenakan baju kot bersulamkan benang emas yang diukir corak naga. Seperti orang cina.
"Ouh... yang tu." Anak mata Delilah teralih ke arah jambangan bunga mawar merah itu tadi. Teragak-agak dia ingin memberi jawapan. Takut salah faham pula.
"Kawan saya bagi," sambung Delilah, jujur. Kawan? Ya kawan, takkanlah pula mahu disebut tunang, bukan? Dia belum lagi bertunang. Post di media sosial berkaitan pertunangan palsunya masih lagi belum dipadam apatah lagi diberi keterangan berkaitan hal itu.
"Oh ya? I see... ingatkan buah hati tadi yang bagi," usik Ezhar walaupun hatinya sedikit tersakiti. Boleh percayakah dengan kata-kata Delilah? Seseorang itu tidak akan bagi jambangan bunga jika tiada maksud disebaliknya. Delilah tergelak hambar.
"Eh, lambat lagi. Lambat lagi saya nak ada buah hati. Jauhlah Ezhar fikirkan," nafi Delilah lantas menghidupkan komputer kerjanya di atas meja kerja. Ezhar tersenyum sumbing. Kata-kata itu seperti ada makna yang tersembunyi disebaliknya.
"Tak apalah kalau macam tu. Have a nice day ya! Saya keluar dulu," ujar Ezhar, berpura-pura gembira. Sebaik sahaja melangkah keluar dari pejabat terus dia menuju ke pejabatnya.
♡ ♡ ♡
BEBERAPA keping gambar yang ditangkapnya dari pelbagai tempat berbeza direnung lama. Matanya lebih mengfokuskan gadis yang berada dalam gambar itu. Sudah lama dia menjejaki gadis itu tetapi apakan daya, layanan gadis itu terhadapnya benar-benar dingin. Sudah dipohon maaf tetapi tetap benci. Apa lagi harus dilakukan?
"Sombongnya kau dengan aku. Tak apa. Tak apa. Nanti aku akan bawa kau kenali diri aku yang sebenarnya," ujar lelaki itu, sinis. Senyuman sengit mulai melakar di bibir.
Kotak rokok dicapai di atas meja kopi. Sebatang puntung rokok dikeluarkan daripada kotak. Segera disumbat puntung rokok ke dalam mulutnya. Hujung puntung dinyalakan menggunakan pantik api. Disedut sedalam-dalamnya lantas dihembus perlahan berserta senyuman sinis. Otaknya ligat memikirkan sesuatu.
'Kau yang main-main dengan aku. Aku akan buat kau kenal aku lebih dekat lagi,' bisik hati jahatnya.
♡ ♡ ♡
DELILAH mengerling jam di pergelangan tangannya. Angka menunjukkan pukul 11 malam. Ya Rabbi, Tengku Dzafri kata ingin mengambilnya tetapi batang hidung pun tidak nampak apatah lagi bayang. Ke mana hilangnya lelaki itu? Sudah lupakah dengan janjinya awal pagi tadi? Ini yang dia tidak suka. Kalaulah dia pergi dengan keretanya sendiri, sudah tentu dia tidak perlu menunggu lama.
Bateri telefonnya pula mati. Ini masalah jugak. Pengawal bangunan juga tidak kelihatan, entah ke mana perginya. Dia sendiri tidak tahu. Kalaulah ada seseorang yang boleh tolong lagi bagus. Tetapi sesiapa pun tiada di sini hanya dia keseorangan sahaja.
Kakinya mulai lenguh tatkala berdiri lama di situ. Delilah mencabut kedua-dua belah kasut tumit tingginya. Buku lalinya mulai kemerahan. Sakitnya. Baru sahaja dia ingin melangkah pergi ke pondok pengawal tiba-tiba sahaja muncul sebuah kenderaan berwarna hitam bercermin gelap. Dahinya mulai berkerut.
Kereta itu diberhentikan tepat di hadapannya. Selepas itu, keluarlah dua orang lelaki bertopeng dan menerkam dirinya. Delilah tidak dapat mengelak. Tangannya diheret masuk ke dalam kereta oleh mereka berdua.
"Tolong! Tolong! Tolong!" Jeritannya seakan tidak didengari oleh sesiapa melainkan hanya mereka bertiga sahaja.
Mulutnya ditekup oleh sehelai kain. Delilah meronta-ronta ingin dilepaskan. Habis diusahakan untuk melepaskan diri tetapi gagal. Lama-kelamaan, pandangan matanya mulai kabur. Keadaan di sekelilingnya menjadi gelap-gelita.
Pada masa yang sama, Tengku Dzafri baru sahaja bertolak dari rumah ke tempat kerja gadis itu. Aduhai, dia terlupa. Adakah gadis itu akan memarahinya disebabkan kelewatannya?
B E R S A M B U N G ♡
YOU ARE READING
CERPEN - CRUEL DELILAH (✓)
ChickLit♡ 𝐒𝐞𝐜𝐨𝐧𝐝 𝐛𝐨𝐨𝐤 : 𝟐𝟎𝟐𝟏 ♡ 𝘿𝙀𝙇𝙄𝙇𝘼𝙃, Seorang gadis yang berkerjaya. Malahan, seorang yang obses terhadap kehidupan peribadinya. Kadangkala, di sisi lainnya dia seorang yang kejam. Begitu ramai para lelaki yang menaruh hati terh...