TENGKU DZAFRI tersenyum puas apabila ternampak kelibat Delilah di situ. Tidak sia-sia usahanya mengambil perhatian daripada gadis itu walaupun sudah acap kali diherdik dan dimarahi oleh jiran tetangga di situ. Tetapi tetap teguh pendiriannya untuk menambat hati gadis pujaan itu walhal Delilah tidak layan sangat pun dirinya. It's okey!
"Ada apa datang sini, hah?" marah Delilah sambil bercekak pinggang. Wajahnya masam mencuka.
"Amboi, marah dia! Comel. Takdelah, saja. Rindu," balas Tengku Dzafri, selamba. Delilah mencebik muka. Rindu? Ya Tuhan, alasan apakah ini? Datang sini semata-mata ingin menyatakan rindu kepadanya?
"Kalau sebab rindu. Awak boleh aje call atau messages saya. Dah, pergi balik!" halau Delilah sambil membuat gaya mengusir. Tengku Dzafri tergelak kecil mendengarkan jawapan itu.
"Call or messages? Sejak bila awak izinkan saya buat macam tu? Setahu saya walaupun beribu kali saya call, ada ke awak nak angkat apatah lagi nak balas messages saya. Lebih baik datang sini terus, lagi bagus," balas Tengku Dzafri dengan selamba.
Delilah menahan gelora amarahnya. Kenapalah susah sangat nak faham, hah? Semasa kecil, didikan apa yang diterima oleh lelaki itu agaknya sehingga susah sangat nak faham kehendak hatinya. Selalu sahaja ingin menyakiti hatinya. Kau lagi kejamlah daripada aku, Tengku Dzafri! Devilish!
"Eeee... geramnya! Baliklah Tengku. Tak manislah orang pandang nanti. Boleh timbulkan fitnah tau," pujuk Delilah sambil membuat gaya merayu. Tengku Dzafri geleng kepala sambil ketawa halus.
"Eeee... comel! Tak perlulah pujuk macam tu. Nanti hati saya akan cair tau!" balas Tengku Dzafri, jujur. Delilah tidak tahu ingin kata apa lagi. Ya Tuhan, apa yang perlu dia lakukan lagi untuk mengusir lelaki itu pergi agaknya? Pujuk pun tak berjalan. Dia nak apa sebenarnya?
"Awak nak apa sebenarnya, hah? Nak saya call polis ke baru awak nak balik, hah?" marah Delilah sambil merenung tajam ke arah Tengku Dzafri. Dia benar-benar marah ni! Jangan buat main tau, Tengku.
"Okey! Okey! Chillah baby. Saja nak mengusik pun tak boleh ke? Saya akan balik tapi..." Sengaja Tengku Dzafri meleret perkataan terakhir. Delilah tidak sabar ingin mengusir lelaki itu pergi.
"Tapi apa? Cepatlah!" berang Delilah dengan sikap main-main yang ada pada lelaki itu.
"Tapi dengan satu syarat!" Membulat anak mata Delilah. Ya Tuhan, bersyarat pulak! Tak boleh ke pergi macam tu aje?
"Apa?" Boleh naik darah dia melayan manusia jenis tidak faham bahasa ini. Perempuan manalah yang mahukan si Tengku ini kelak pasti rugi besar bersuamikan dia. Tak matang langsung.
"Esok pagi, saya datang ambik awak pergi kerja," ujar Tengku Dzafri sambil mengangkat kedua-dua belah keningnya.
Delilah menggeleng kepala. Tak faham. Sungguh tak faham dengan perangai si Tengku ini. Lama dia berdiam diri. Antara mahu atau tidak. Jika dia menolak barang kali lelaki ini tidak mahu beredar pergi pula. Baik dia bersetuju sahaja dengan kata-kata daripada Tengku Dzafri itu.
"Ermmm... tengoklah macam mana esok," balas Delilah, acuh tak acuh. Tengku Dzafri menguntum senyum. Berbunga-bunga hatinya saat ini apabila Delilah bersetuju dengan pelawaannya.
"Jadi awak bersetuju nak keluar dengan saya?" Tengku Dzafri seakan tidak percaya. Delilah angguk kepala tanda ya. Hooray! Yes! Yes!
♡ ♡ ♡
EZHAR membuat lakaran busana baru. Tangannya sedari tadi lagi melakar bentuk badan, pakaian, dan mewarnakan mengikut ton warna yang sesuai dengan si pemakai kelak. Senyuman semakin melebar tatkala terbayang wajah jelita milik gadis yang didambanya selama ini. Andai kata si gadis itu memakainya sudah tentu lebih cantik. Rasa dihargai pula.
Vroom! Vroom!
Deruman enjin kereta membantutkan kerjanya. Ezhar mengalihkan pandangan ke arah bawah di mana sebuah kereta mewah berjenama Lamborghini diparkir di situ. Seorang gadis melangkah keluar dari kereta itu berserta seorang lelaki. Mata Ezhar terpaku seketika ke arah gadis itu. Bukankah?
Sementara di bawah, usai menutup pintu kereta. Delilah ingin melangkah pergi tetapi langkahnya terhenti apabila Tengku Dzafri menghalang laluannya. Sejambak bunga mawar merah dihulurkan kepadanya. Lambat-lambat Delilah mengambilnya. Sudahlah ada beberapa kakitangan di situ memerhati mereka berdua. Malulah nanti.
"Jaga hati awak untuk saya tau! Bunga ni melambangkan betapa kuatnya cinta saya kepada awak," ujar Tengku Dzafri dengan wajah menggoda. Delilah sekadar mengangguk. Dia sudah terbiasa dengan segala godaan begitu. Maaf, dia tidak berperasaan.
"Thanks." Sepatah sahaja Delilah menjawab. Lantas, dia berjalan dengan penuh bergaya melangkah masuk ke dalam bangunan syarikat di mana tempatnya bekerja.
Tengku Dzafri hanya menghantar pemergian gadis itu dengan pandangan mata. Betapa gembiranya dia ketika ini apabila buat pertama kalinya Delilah bersetuju dengan dirinya. Selalu pelbagai alasan yang diberikan oleh gadis itu sehingga dia tidak tahu bagaimana cara lagi untuk meraih hati gadis itu yang sekeras batu selama ini.
Tengku Dzafri berlari semula ke arah kereta dan melangkah masuk ke dalam. Tidak lama kemudian, kereta Lamborghini berenjin besar itu mulai bergerak laju meninggalkan kawasan itu.
B E R S A M B U N G ♡
YOU ARE READING
CERPEN - CRUEL DELILAH (✓)
ChickLit♡ 𝐒𝐞𝐜𝐨𝐧𝐝 𝐛𝐨𝐨𝐤 : 𝟐𝟎𝟐𝟏 ♡ 𝘿𝙀𝙇𝙄𝙇𝘼𝙃, Seorang gadis yang berkerjaya. Malahan, seorang yang obses terhadap kehidupan peribadinya. Kadangkala, di sisi lainnya dia seorang yang kejam. Begitu ramai para lelaki yang menaruh hati terh...