+. +.
Aku duduk bersandar sambil merenung ke luar tingkap kereta. Tangan kanan aku naik mengusap perut yang sudah membuncit sedikit.
HAHA, banyak sia aku makan.
Bibir bawah aku gigit, oh shet. Asal rasa sunyi dia lain macam dalam kereta ni?
Aku jeling sesaat ke arah pemandu. Sumpah, serius gila muka Aqil do..
"Ehem.." aku urut tekak. Konon-konon gatal la tu..
Sekali lagi aku jeling Aqil di sebelah. Pergh, tak ada reaksi..
"Em.. Aqil..." Allah rasa nak tergelak aku ni!
....
Diam tanpa sahutan.
Aik? Mamat ni pekak ke?
"Aqil.." aku panggil lagi. Kalini lebih lembut dan lunak.
Ceceh..
.....
Haih, ni aku geram ni.
Badan aku berpaling dari depan berpusing 180° ke tepi, memandang tepat ke arah Aqil yang kelihatan langsung tidak terusik dengan panggilan aku.
"Aqil Islander!" Ha kau. Amik! Menjerit aku dalam kereta.
"Woi! Kau ingat aku pekak ke?!" Sekilas mamat tu pandang ke arah dengan jelingan setajam pisau.
Amboi marah sangat.. dahi aku berkerut.
"Abang marah Ain ke?" Muka aku bertukar monyok, mata aku turun memandang tangan sendiri yang sudah menggenggam baju sendiri.
Sayu..
Allah, pandai sungguh aku ni berpura-pura.
"Really? Ain tanya abang?Ain tak ingat apa salah Ain kat restoran tadi?"
Eh? " Bukan salah abang ke? Abang nak kawin tak bagitau Ain. Abang ingat ni Ain ni siapa?" Sial.
Asal aku jadi emosi?! Shit Ain. Tubuh aku palingkan semula ke depan, lantas aku memeluk tubuh.
Tiba-tiba Aqil mengeluarkan signal ke kiri.
Eh apasal pulak ni? Berdebor jantung aku wei.
Kereta Audi hitam milik Aqil mula berhenti di pinggir jalan raya.
Shit Aqil, kau nak buat apa?
"Ain nak gaduh dengan abang ke?" Suara mamat mata kuyu itu mula kedengaran tegas.
Aku diam. Maleh aku nak layan orang gila.
"Abang nak kawin pun tak ada kaitan dengan Ain. Ain nak sibuk tentang abang kenapa? Habistu, yang papa Yasmeen suruh Ain panggil dia daddy tu dah apahal?"
Wat de hel mamat ni.
"Kalau Ain tak boleh sibuk pasal abang, so abang pun tak payah sibuk pasal Ain lah. Baru fair and square" Aku membalas antara dengar atau tidak.
Sebenarnya tangan aku menggeletar sedikit kerana Aqil macam menakutkan sekarang ni.
"Ain tu di bawah tanggungjawab abang tau tak! Mama dan papa tak ambil kisah langsung pasal Ain, all of this time abang yang jaga Ain. Ain masih nak melawan lagi?!" Suara Aqil meninggi.
Terus panas tubir mata aku apabila perkataan mama dan papa keluar dari mulut lelaki itu. Fuck!
Betul ke? Betul ke dorang dah tak peduli pasal aku?
"It's just a word la Aqil. Daddy doesn't bring any meaning, it's just a word" Suara aku kedengaran bergetar menahan rasa.
Takkan kerana sepatah perkataan, Aqil dah marah gila?
"No it's not. I know much more about orang tua tu than you know, Ain panggil dia daddy instead of papa or uncle. It's seems like you're calling your sugardaddy"
What?!
Okay..aku terkedu.
"Jangan murah sangat Ain"
Zapp! Seperti satu tamparan hinggap di pipi aku.
"Hey! Apa yang Abang cakap ni ha?!" Aku berpaling memandang tepat ke arah anak mata Aqil. Lantaklah mata aku merah ke apa, mampos!
Timbul kerutan di dahi Aqil apabila mata kami bertembung. Entah macam mana, senyuman kecil muncul di bibir mamat tu.
"Abang cakap, Ain jangan tunjuk yang keluarga kita ni terlalu murah especially yourself. Jangan bagi abang fikir apa yang mama pernah cakap dulu tu sebenarnya perkara yang betul tentang Ain" tenang sungguh lelaki itu saat menuturkan kata-kata sinis.
Ouch.. that's... Hurt.. Aku menyentuh dada aku.
Allah.. hinaan mama tak sesakit hinaan si mamat gila ni.
"Itu yang Aqil fikir pasal Ain selama ni? Ain murah?" Tak sangka aku. Biadap sungguh!
Mata kuyu Aqil merenung lama ke arah aku. Bibir lelaki itu seakan terkunci rapat tidak mahu menjawab.
Tanpa amaran, tangan kirinya menolak gear masuk ke 'D'. Signal ke arah kanan dipasang.
Teranjak badan aku ke depan apabila kereta bergerak secara tiba-tiba memasuki lebuh raya.
Aqil tak jawab pun soalan aku. Aku mengeluh perlahan. Tak sangka sebab perkara ni kami boleh gaduh..
Oh shit!
Aku menelan air liur apabila kereta Aqil semakin laju memotong kereta kereta lain.
Berpeluh dahi aku tengok cara mamat ni bawak kereta, macam menuju ke jalan rahmatullah.
Ya Allah, tolonglah selamat kan kami. Aku taknak mati lagi, banyak dosa!
"Aq-aqil perlahan, Ain takut" aku memegang dada yang berdebar-debar. Trauma sebab pernah lihat kemalangan di depan mata.
Aqil! Nafas aku laju menderu. Makin disuruh perlahan, makin laju pulak kereta ni bergerak.
"Aqil!" Spontan tangan aku memegang lengan kirinya.
Mata Aqil mengerling ke arah tangan aku yang menggengam kuat lengannya.
Meter kereta yang naik mencanak dari tadi mulai turun perlahan-lahan.
Berkelip kelip mata aku memandang jalan raya di hadapan. Bersandar rapat badan aku ke kerusi.
Eh-
"Ops, sorry" aku melepaskan genggaman tangan. Tak perasan masih pegang tangan Aqil.
Allah merah tangan mamat tu, dahlah kulit dia putih.
"Sorry Ain tak sengaja"
Aqil tidak beriak sebaliknya dia hanya meneruskan pemanduan tanpa menghiraukan aku.
Okay, it's seems like we really have a problem. A big one.
YOU ARE READING
ADIK
Short StorySalah ke kalau minat abang sendiri? well dia abang aku kan? abang.. adik? kalau ikutkan.. akulah adik. Tu nama panggilan aku sejak dulu. Aku anak tunggal tau, mak dan abah anugerah yang paling hebat aku pernah ada. Sepanjang aku hidup, setiap hari a...