_____________Kaki yang sudah dilunjur masuk ke dalam pinggir air tasik yang cetek Milan mengocak perlahan air yang tenang.
Aku memerhatikan orang-orang yang sedang berjalan di laluan tepi tasik. Ada segelintir yang sedang berjoging juga..
Kenapa semua nampak gembira?
Aih..
Entah kenapa semakin lama, rasa sesak di dada semakin menghimpit.
Tarik nafas.
Fuh,
Hembus...
Mata aku turun memandang kaki yang sedang mengocak air tasik. Kosong, perasaan aku kosong..
Ini semua.. salah AQIL!
Rasa seperti hendak meraung pun ada. Argh!! Sial!
****** Flashback*****
"Abang! Sakit!"
Aku memukul-mukul kuat tangan Aqil yang mencengkam lenganku.
Lelaki itu menarik aku masuk ke dalam tandas yang berada di belakang restoran.
Eh? Wait?! Aku sempat mencuri pandang papan tanda yang tertampal di depan pintu.
Eh?! Tandas lelaki?!
Apa benda sial mamat ni fikir? Tempat public macam ni dia tarik aku macam penculik. Dahlah masuk dalam tandas lelaki!
"Let me go! This is men restroom Aqil!" Aku meronta lebih kuat. Menarik tangan sendiri yang sudah terasa seperti hendak patah kerana dicengkam.
"Shut the fuck up!" Aqil menjeling tajam wajah aku. Merah mata lelaki itu seperti hendak ditelan aku hidup-hidup.
Dang!
Pintu tandas di tendang kuat. Berdenting kuat bunyi pintu besi itu berlaga dengan dinding.
"Argh!" Terangkat kecil bahu aku. Terkejut aku dibuatnya.
"You know what?" Aqil menarik wajahku rapat ke wajahnya.
"You're lucky cause we're in public place. Otherwise, aku tak tahu apa aku akan buat dekat kau sekarang ni" Mata lelaki itu mencerlung tajam ke dalam anak mataku. Terasa deruan nafas panas lelaki itu menerpa pipi aku.
Dia..
Aku menelan air liur. Badan aku mula menggeletar kecil, tak pernah seumur hidup aku tengok Aqil marah sampai macam ni...
Seram..
"Apa yang kau nak sebenarnya? Kau dah setuju nak tinggal dengan orang tua tu ke? Hah? Hah?!" Aqil menjerit di hujung ayat.
Sekali lagi bahu aku terangkat kecil kerana dijerkah. Ya tuhan, please help me..
"Sekarang kau makan berdua dengan dia, lepas ni apa? Hm? Lepas ni apa Ain Maisarah?!" Lelaki itu menggelengkan kepalanya. Memerah wajah putih lelaki itu menahan emosi yang bergelodak di dalam dadanya.
"Sumpah, Ain tak ada niat apa pun. Ain nak makan and kebetulan daddy ajak keluar" perlahan sahaja aku membalas, kepala aku tundukkan ke lantai.
Sungguh situasi seperti ini yang cuba aku elakkan. Aku trauma dengan kejadian di bilik tempoh hari. Aqil seolah-olah lupa yang aku ini adiknya sendiri. Tak kisahlah adik kandung atau bukan..
Aqil mula meraup wajah dengan kedua tapak tangannya. Nampak sungguh perasaan tidak puas hati terpancar di wajahnya.
"Daddy? Huh? How many times do I have to tell you? He's not your fucking daddy. Kau tahu tak? Kau nampak murah guna panggilan macam tu depan aku"
Zap! Seperti satu tusukan tajam tepat menusuk ke dalam hati aku apabila mendengar perkataan yang keluar dari mulut Aqil.
Again? Sekali lagi dia cuba samakan aku seperti perempuan murah?
Mata aku mulai merah. Sakit...
"Itu.. itu je ke yang abang boleh samakan Ain? Perempuan murahan? Pelacur? Hm apa lagi? " aku mengigit bibir bawah kuat.
Perasaan geram dan kecewa bercampur baur. Kepala aku mula menggeleng perlahan.
Selama ini, aku ingat Aqil yang akan bela aku, lindungi aku tapi? Dia sama macam mama. Macam jantan lain. Macam Jimmy!!
Empangan air mata yang ditahan dari tadi mula meluncur laju.
Jimmy..."You know what Aqil. Call me everything you want, cause at the end hanya DADDY Fattah yang sentiasa ada untuk Ain. Not mama, not papa and not YOU." Sengaja aku menekan kuat perkataan daddy. Biar dia rasa sakitnya perasaan aku tika ni.
Ha puas hati aku.
Aku tersenyum sinis memandang reaksi wajah Aqil yang berkerut. Terdiam terus dia.
Tanpa menunggu balasan, segera kaki aku menapak keluar dari tandas. Kang tak pasal-pasal aku dituduh jadi perempuan jalang lagi.
******* end flashback******
Sekarang, selepas lima hari dari hari kejadian Aqil tarik aku masuk tandas tu. Aku dah duduk rumah Daddy Fattah and yes aku setuju nak tinggal dengan dia. Berdua.
I mean, sekarang ni aku berada di taman permainan perumahan Daddy Fattah. It's quite nice, mestilah perumahan orang kaya kan?
Yasmeen pun dah tiga hari tak balik, tak tahu lah. Busy persiapan kahwin kut..
Mama.. hm mungkin dah bencinsangat dengan anak perempuan dia.
Papa? Ada juga tanya khabar. Tapi itu dua hari yang lepas lah. Sibuk kut.
Hm Aqil. Sejak kejadian tu, he's never call or messages me.
Luckily aku ada Daddy. Dia yang selalu tanya tentang hidup mati aku.
Hari sudah mulai sedikit gelap menandakan waktu maghrib akan tiba tak lama lagi.
Tapi masih lagi riuh rendah taman tu dengan suara budak dan orang tua. Seronok sangat nampaknya.
Rambut yang sudah sedikit panjang aku sanggulkan ke atas. Panas dan rimas.
Perlahan aku bangkit dari duduk. Shit, basah pulak kaki aku ni. Tak selesa nak pakai kasut.
Aku memandang kasut dan kaki silih berganti. Argh, pegang jela kasut ni, rumah aku dekat je.
Kasut converse berwarna putih hitam aku angkat sebelah tangan. Maka dengan berkaki ayam aku pulang ke rumah yang hanya selang beberapa biji rumah.
YOU ARE READING
ADIK
Short StorySalah ke kalau minat abang sendiri? well dia abang aku kan? abang.. adik? kalau ikutkan.. akulah adik. Tu nama panggilan aku sejak dulu. Aku anak tunggal tau, mak dan abah anugerah yang paling hebat aku pernah ada. Sepanjang aku hidup, setiap hari a...