"Panggilkan aku Aqil"
Mama menyuruh tanpa memandang ke arah aku. Sup ayam yang masih berwap panas di atas meja tepi katil langsung tidak di jamah.
"Mama taknak rasa sup yang Ain masak ke? Makanlah sikit" Aku memujuk lembut. Cuba untuk tidak menghiraukan perasaan tersinggung yang muncul.
Mangkuk besi yang berisi sup itu aku angkat perlahan. Panas..
Aku suakan sudu kearah mama yang sedang terbaring memandang ke arah dinding wad.
Apa mama jijik sangat ke nak tengok muka aku?
"Ma.."
Tidak beriak perilaku mama, langsung tidak mahu menoleh walau sedikit ke arah aku."Mama, makan sikit je. Mama tak lapa-"
Belum sempat aku menghabiskan ayat, mama sudah menolak tangan aku yang sedang memegang sudu.
"Kau keluar. Aku nak anak aku" Kasar mama membidas percakapan aku.
Terdiam aku seketika. Perlahan- lahan kepala aku mengangguk. Sudu aku letakkan semula ke dalam tray. Terus aku bangkit, menapak keluar tanpa menoleh ke arah mama lagi.
Sakit...
Tangan aku naik mengurut dada, cuba untuk
mengurangkan sedikit rasa sakit yang menerpa.Is it so hard to accept me? Kenapa boleh sampai macam ni hubungan kita, mama?
Aku menghela nafas panjang. Keluar sahaja dari pintu sudah kelihatan wajah gusar daddy yang sedang berdiri sambil menyandar pada dinding berhadapan pintu.
"Ain, mama okey?" Soal daddy dengan suara sedikit serak. Jelas riak gelisah di wajah lelaki itu meskipun tidak ditunjukkan. Mungkin sebab terlalu fikirkan Yasmeen..
Aku hanya mengangguk dan tersenyum kecil.
"Mana Aqil?" Soal aku pula."Kat wad papa. Ain okey?" Tanya lelaki itu semula. Nampak sangat kut muka aku yang tengah makan hati.
Aku berjalan mendekati daddy. Tangannya yang berada di dalam poket, aku keluarkan dan aku genggam.
Berubah terus raut wajah daddy. Nampak sangat terkejut dengan tindakan berani mati aku.
Tidak pula daddy menolak. Lelaki itu hanya diam membiarkan.
Hmm, aku tersenyum hambar. Kepala aku sandarkan ke lengan daddy.
Setidaknya dapat mengubat sedikit rasa sakit hati aku walaupun daddy tidak membalas genggaman tangan aku.
"Mama betul-betul dah buang Ain" Perlahan sahaja aku membalas. Kepala seakan memberat, dada aku mulai sesak. Empangan mata terasa mahu melimpah.
"Mama langsung taknak pandang Ain. All she said is 'mana aqil' and dia nak Aqil sekarang jugak. Jijik sangat dia nak pandang muka Ain ni, Sup yang Ain bawak pun dia taknak rasa langsung"Aku mengigit bibir bawah kuat, serentak itu juga empangan air mataku pecah. Laju tangan aku menyeka air mata yang mengalir di pipi.
Daddy di sebelah seakan menjadi patung. Genggaman tangan yang tidak bereaksi sedari tadi tiba-tiba menjadi erat.
Aku mengangkat wajah memandang ke arah daddy. Terdiam sejenak aku. Rupanya sedari tadi Daddy memandang ke arah aku. Satu renungan tajam dan dalam membalas pandangan mata aku.
Daddy marah ke?
"Err sorry" Segera aku melepaskan semula genggaman tangan tadi. Dengan cepat aku menyeka kedua mata yang masih menampung air mata.
"Hee" Aku sengih sambil menayang gigi. Fucking idiot Ain..
"Jom pergi makan. Ain tak makan lagi kan? Saya pun lapar" Tanpa menunggu balasan dari aku, laju sahaja tangan daddy menyambar semula tangan aku, menarik aku mengikuti langkahnya.
Ha? Aku berkerut. What? Keliru sekejap aku jadinya.
Tapi aku memang tengah lapar sebenarnya. Nak dekat pukul 1 pagi dah ni..
—————————————
"Sedap?"Aku mengangkat wajah memandang lelaki yang sedang duduk di depan aku. Laju kepala aku mengangguk.
"Sedap.. tapi panas hehe" aku mengigit bibir bawah, menunjuk ke arah bihun tomyam ni yang masih berasap.
Senyuman tipis terukir di bibir merah daddy. Lelaki itu hanya mengangguk dan meneruskan suapan bihun sup ke dalam mulutnya.
''Daddy..'' aku memanggil.
Mata lelaki itu bergerak memandang aku dihadapan. Tiada sepatah kata yang dilontarkan, dia masih menunggu aku untuk bersuara.
''Would you.. keep me? if nobody going to accept and trust me anymore?'' aku menelan air liur.
this fucking feeling is so bad, i hate the feeling of being abandon.
''and who's going to do that to you?'' Daddy Fattah bersuara seraya itu meneruskan suapannya seperti tidak terkesan dengan permintaan aku tadi.
'mama.., aqil, maybe.. maybe papa jugak'' aku tersenyum hambar. Papa pun busy dengan anak lelaki dia, tak tanya pun khabar aku.
''Ain patut percaya pada orang tua ain sendiri.'' ringkas sahaja jawapan lelaki itu. Dia mengcapai sehelai tisu di atas meja sebelum bangkit dari duduk.
''makan dulu, nanti daddy datang semula'' ujar lelaki itu dan terus berlalu pergi masuk semula ke dalam bangunan hospital.
Aku masih diam tercongok kat meja makan dengan sisa bihun tomyam yang seakan tidak terusik. Shit daddy, why you left me?
Nak dekat 10 minit ni..
Aku memandang jam di dinding kantin hospital. Nasib baik ada jugak pelawat dan kakitangan staff yang masih tengah duduk walaupun tak ramai. Dahla seram pagi buta ni..
Mana daddy ni...
Aku mula menggosok-gosok mata, ngantuk.. ugh!
Aku meletakkan kepala yang dilapik dengan tangan sendiri di atas meja. Pening sebab dah ngantuk sangat..
''don't sleep yet girl''
Spontan tegak badan aku. Laju aku menoleh ke belakang mencari empunya suara.
''daddy!'' aku separuh menjerit. Geram dan gembira bercampur.
''Sorry, i went out to get you this'' lelaki itu menghulurkan sehelai baju sejuk berwarna hijau tua.
''eh?''
''daddy tahu Ain sejuk, nasib baik daddy memang ada spare baju sejuk dalam kereta''
aw.. aku tahan senyuman. sweet gile orang tua ni..
''daddy ni, comel.'' aku tertawa kecil. Pantas aku sarungkan baju tu ke badan aku. Baggy..
''suit you well'' daddy tersenyum.
''daddy ni kalau sweet macam ni dengan Ain selalu, lebih baik kita kawen je.'' ujar aku sambil tertawa bergurau, memeluk tubuh sendiri yang terasa hangat pakai baju 'bekas' daddy.
Terus mati bunyi ketawa aku apabila terpandang dahi berkerut daddy.
''shoot, sorry i'm just kidding'' aku menelan air liur.
''jom pergi tengok dorang. Daddy nak tengok Yasmeen.'' pantas sahaja lelaki itu berdiri. Telefon di poket kiri seluar dikeluarkan dan dia mula menaip sesuatu.
''daddy.. it's just a joke. please don't be mad'' aku bangun, membontoti langkah lelaki itu yang semakin jauh.
YOU ARE READING
ADIK
Short StorySalah ke kalau minat abang sendiri? well dia abang aku kan? abang.. adik? kalau ikutkan.. akulah adik. Tu nama panggilan aku sejak dulu. Aku anak tunggal tau, mak dan abah anugerah yang paling hebat aku pernah ada. Sepanjang aku hidup, setiap hari a...