CHAPTER 5

25 4 2
                                        

Zee turun ke dapur untuk menolong mama masak. "Hai mama" tegur Zee dari arah pintu dapur.

"Ehhh...adik buat apa kat dapur? Adik lapar ke?" soal mama.

"Taklah mama. Adik nak tolong mama masak" ucap Zee sambil tangannya mencapai bawang dan pisau yang berada di atas meja. 

"Adik pergilah rehat. Mama boleh je masak sorang-sorang" kata mama.

Zee hanya pekakkan sahaja telinga dia. Dia sudah jangka yang mama dia akan kata begitu.

"Adik dengar tak mama cakap. Haihhh...budak ni" sambung mama lagi yang seperti sudah masak dengan perangai anak dia yang sorang ini.

"It's okay ma. Biarlah adik tolong, nanti dah siap adik pergi rehat" balas Zee sambil tangannya cekap memotong bahan-bahan yang perlu digunakan untuk memasak.

Hampir setengah jam Zee dan mama masak, akhirnya mereka siap masak lauk makan malam. Gadis itu meminta izin untuk masuk ke dalam bilik. Dia tidak makan malam untuk hari ini disebabkan dia sudah kenyang lepas balik dari mall petang tadi.

"Mama adik masuk bilik dulu tau. Adik nak study lepastu rehat" cakap Zee ke mama, meminta izin untuk berehat.

"Pergilah adik. Jangan study sampai lewat malam tak elok untuk kesihatan" pesan mama.

"Baiklah mama. Goodnight dan Assalamualaikum mama" ucap Zee sebelum kakinya melangkah naik tangga.

"Waalaikumusalam...goodnight jugak adik. Jangan lupa basuh kaki sebelum tidur" pesan mama lagi dengan nada sedikit kuat. 

"Baiklah mama adik tau!!!" jerit Zee dari arah tangga.

Sampai sahaja dalam bilik tidurnya, Zee mencapai telefonya. Dia hendak chat Rian untuk bertanya khabar sahabat baiknya. Dia membuka chat Rian dan membuatkan dia tergelak kecil dengan apa yang dibaca.


WhatsApp Chat

Rian 

Awak panggil saya apa

baby boo

mana awak tahu panggilan tu

setahu saya keluarga saya je tahu

macam mana awak boleh tau jugak 

ini tidak adil 

kok diam, gak balas apa-apa

faham faham

dia tak nak balas ye tak pe

siap awak nanti Zee

Zee

HAHAHAHAHAHAHAHAHA

saya gelarkan awak baby boo 

sebab awak comel 

awak pun panggil saya cutie pie

boleh pulak

so adil lah

By the way awak tengah buat apa

wait kenapa one tick

tak pelah


Zee berasa pelik tiba-tiba one tick bila dia chat Rian. "Mungkin phone dia habis bateri kot atau internet dia dah habis" ucap Zee kepada dirinya sendiri.

Tanpa membuang masa dia terus ke meja belajar. Dia kene fokus kerana tidak lama lagi gadis itu akan menghadapi final exam sebelum dia tamat zaman diploma. Tahun ini merupakan semester terakhir buat dia. Tidak dinafikan semakin di hujung sem, semakin banyak assigment dan test yang perlu dihadap. Belum lagi dengan ulang kaji subjek lagi, dia perlu bijak dalam menyusun waktu bagi melakukan semua itu. 

Semakin hari semakin sukar assignment yang diberi oleh pensyarah. Tiada pilihan lain, Zee terpaksa siapkan jugak. Kini dia hanya tumpukan perhatian pada assignment. 

Disebabkan terlalu fokus membuat kerja, dia tidak sedar bahawa sudah hampir 3 jam dia duduk di meja belajarnya. Jam menunjukkan pukul 11:15 p.m. Dia membuat sedikit senaman bagi menghilangkan rasa sakit badan dan lenguh. 

Selepas senaman dia mencapai telefon di sebelahnya. Zee membuka phone untuk lihat ada notifikasi atau tidak. Dia berasa sedih bila tiada satu mesej pun daripada Rian. Gadis itu terus buka aplikasi WhatssApp dan dia terkejut. 

"Aik!!! kenapa masih one tick. Rian tak pernah lagi macam ni" kata Zee seperti tidak percaya.

"Kenapa dengan Rian. Dekat mall tadi okay je. Kenapa tiba-tiba sekarang dia tak on. Selalunya dia fast reply. Ni dah dekat 3 jam dia masih tak on. Kalau nak cakap habis bateri, mesti dia dah cas" sambung Zee lagi. Dia tertanya-tanya kenapa Rian tiba macam ni. 


WhatsApp Chat

Zee

Rian awak okay ke?

kenapa tiba-tiba one tick ni

setahu saya awak tak pernah nak one tick 

lama macam ni

awak kalo ada apa-apa masalah bagitau saya tau

Tak pelah esok bila awak open ws 

awak chat saya tau

Goodnight Rian...Take care

sweet dreams(❁'◡'❁)


Dia terus meletak phone di tepi katil. Zee bergerak ke bilik air untuk basuh kaki sebelum tidur.

Setelah selesai dia naik ke katil, bersedia untuk tidur. Selalunya sebelum tidur dia akan scroll instagram atau tiktok. Tapi hari ni dia buka gallery dan tengok gambar yang dia ambik waktu keluar dengan Rian. Walaupun sudah banyak kali dia melihat gambar tersebut, Zee masih tersenyum sorang-sorang. Senyumannya hingga ke telinga.

Gambar itu menunjukkan betapa mesranya dia dengan Rian. Kami terlihat seperti adik beradik. Jujur dia rindukan Rian. Hati dia masih gelisah sehingga sukar untuk melelapkan mata. 

Dia tutup telefon dan cuba melelapkan mata. Tapi masih sama, mata masih terasa segar. Jadi dia buat keputusan untuk membuka surah Al-mulk. Dia sentiasa ingat akan pesan mama tentang kelebihan membaca atau mendengar surah Al-mulk sebelum tidur.

Mama pernah berkata, siapa yang membaca atau mendengar surah Al-mulk sebelum tidur, ianya akan menjadi pelindung dan penyelamat kita bila meninggal nanti. In Shaa Allah kita akan terhindar dari seksa kubur. Jadi amalkan lah surah Al-mulk dalam hidup kalian. 

Semakin lama mata Zee menjadi layu. Sudah berapa banyak kali dia menguap. Tidak lama kemudian, dirinya sudah di bawa mimpi. Gadis itu sudah melelapkan mata dia. Berakhirlah hari dia dengan tanda tanya. 

"Selamat malam sahabat sejatiku, sesungguhnya aku sentiasa merindui dirimu"



Best Friend ForeverTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang