Di Rumah Zee
Tepat pukul 5:30 petang Zee dan abang dia sampai rumah. Tapi Abang hanya hantar sampai depan pagar sahaja disebabkan dia ada kerja yang perlu dibuatnya. Jadi Zee jalan masuk ke dalam rumah.
Zee memberi salam "Assalamualaikum mama. Adik dah balik" ucap Zee sambil menanggal sneakers yang dipakainya.
"Waalaikumusalam. Anak mama dah balik. Macam mana kawan adik tu? Sapa nama dia Rain ke apatah namanya. Dia baik tak dengan adik?" soal mama seperti polis menyiasat penjenayah. Bertalu-talu soalan keluar dari mulut mama. Tapi dalam soalan tu ada lawaknya, bila mama panggil Rian dengan panggilan Rain.
"Bukan Rain ma but Rian. Nama penuh dia Adrian Bryan, tapi adik panggil dia Rian je" terang Zee ke mama supaya tidak silap lagi.
"Haaa...Rian. Macam mana dia? Okay ke orang ye" soal mama sekali lagi.
Setiap kali bila aku keluar dengan kawan mesti balik dari jalan aku akan cerita dekat mama. Walaupun aku tidak cerita dekat mama, mesti mama akan tanya punya. Jadi sebelum mama jadi polis dan siasat aku, so better aku cerita terlbih dahulu.
"Mama tahu...Rian tu baik, pandai hormat girl. Paling pentingkan ma, dia hensem sangat-sangat" ujar Zee mengambarkan Rian ke mama.
"Aip...mama dah cakapkan jangan kawan dengan orang sebab rupa sahaja. Kita kene tengok hati budi dia" pesan mama mengingatkan Zee.
Bagi gadis itu, dia takkan lupa pesan mama dia pasal dalam memilih kawan. Bak kata mama, apa guna muka hensem tapi perangai ke laut. Rupa hensem, cantik mahupun comel itu semua hanya pinjaman dari Allah. Tak kisah lah apa pun rupa kita, yang penting adab dan hati kita.
"Adik gurau je ma. Adik kawan dengan Rian sebab dia baik. Dia banyak tolong adik dan Rian pandai hormat orang" ulas Zee.
"Jap...asal adik puji Rian lebih-lebih ni. Adik suka dia kan?" soal mama dalam nada mengusik.
"Mana adalahh ma. Adik cuma cakap bende betul je. Nanti adik bawa mama jumpa dia. Adik yakin mesti mama suka" nafi Zee dengan apa yang mama cakap.
Mama pandang Zee pelik. "Adik nak kenalkan bakal menantu ke dekat mama. So tak lama lagi mama akan dapat menantu lah" ucap mama teruja.
"Bukanlah mama. Dia kan bestfriend adik, so kenalah kenalkan dekat mama" balas Zee yang sudah cuak dengan apa yang mama dia cakap.
"Yelah mama saje je usik adik" kata mama.
"Mama ni suka usik adik kan" ucap Zee dengan nada seperti merajuk.
"Yelah sapa lagi mama nak usik. Kakak kamu busy je, abang kamu dua-dua kerja dan adik kamu sekolahh. Tinggal adik jelah" ujar mama.
Zee rasa sedih bila mama kata begitu. Hidup mama sunyi selepas papa pergi tinggalkan kami buat selama-lamanya. Gadis itu kehilangan kasih sayang seorang ayah dari umur dia 15 tahun lagi. Tiada siapa pun yang bisa menggantikan tempat papa.
"Dah lah, adik pergi naik sekarang. Mandi dan solat. Lewat dah ni" arah mama.
"Baiklah mama. Adik naik dulu tau. Assalamualaikum mama...byee" ucap Zee sambil kakinya melangkah menaiki tangga.
"Waalaikumusalam. Jangan lewatkan solat" pesan mama lagi sekali.
"Baiklah mama. Adik tahu" balas Zee.
Mama akan bertegas dengan anak-anaknya tentang solat. Bagi mama solat tulah kunci utama untuk melahirkan keluarga yang bahagia. Walau sejahat pun diri kita, walau terlalu banyak dosa yang kita buat, ingat solat itu penting. Jangan sesekali kita meninggalkan solat. Solat itu merupakan tiang agama, kalau kita tidak solat seperti kita merobohkan tiang rumah kita sendiri.
ANDA SEDANG MEMBACA
Best Friend Forever
CasualeCerita ini berdasarkan kisah benar dari pengalaman saya sendiri. Thank you for reading my story even a lot of weakness. I will improve my work and thank you for support that i recieve from you guys. Zee Arissa berkenalan dengan seorang lelaki yang b...
