Zee membuka matanya perlahan-lahan. Dia tengok sekeliling dan dirinya masih lagi dalam biliknya sendiri. Tapi dia berasa pelik kenapa ada mama dan kakak sekali dekat sini. Dia betul-betul tidak ingat akan apa yang terjadi pada dirinya.
Zee memandang mama dan kakaknya silih ganti dengan pandangan yang pelik. Tapi dirinya seperti ingat akan sesuatu, jadi dia terus meminta mama telefon.
"Mama mana telefon adik. Tadi adik tengah baca chat dari Rian, tapi lepastu tiba-tiba je adik terus terlelap. Mungkin adik penat sangat kot. Jadi ma, mana telefon adik, adik nak balas chat Rian" jelas Zee sambil matanya melilau mencari keberadaan telefonnya.
Tiba-tiba mama datang menghampiri Zee. Mama memegang kedua-dua bahu anak perempuannya.
"Adik tenangkan diri dulu. Adik baru sedar dari pengsan. Sabar dulu" ucap mama sambil mengusap belakang badan anaknya. Jujur mama jugak ingin mengalirkan air mata ketika itu, tapi dia tahan supaya anaknya tenang. Sungguh dia faham akan perasaan itu.
Zee berasa pelik ketika mama kata begitu kepadanya. Yang dia tahu, dirinya hanya terlelap sedang dia membaca chat dari Rian. Itu sahaja yang dia ingat ketika ini.
"Adik okaylah ma. Cuma adik terlelap time baca chat Rian. Jadi sekarang adik cari telefon. Ma mana telefon adik, adik nak balas chat Rian"
Dia pandang mama dengan penuh harapan yang mama akan bagi telefonnya kembali. Dia nak sangat balas chat Rian cepat-cepat. Sebab sudah cukup lama dia tunggu waktu ini untuk tiba.
"Sabar dik. Mama nak cakap something dekat adik ni. Mama harap lepas apa yang akan mama bagitahu ni, adik tabahkan diri. Sebenarnya adik, Rian dah takde, dia dah meninggal dunia" ucap mama dengan sayu.
Zee menjadi blur. Matanya terkebil-kebil mendengar apa yang mama cakap. Sungguh dia tak faham apa yang mama cakap ketika itu.
"Apa mama cakap ni? Rian hidup lagi. Betul tadi Rian yang chat adik. Cuma tulah adik terlelap sekejap dan tak sempat nak balas chat dia" kata Zee bersungguh-sungguh.
"Tak adik! Tadi adik pengsan bukannya terlelap. Adik pengsan lepas baca chat dari Sarah. Itu bukan Rian yang chat tapi Sarah. Sarah bagitahu adik yang Rian dah meninggal dunia" kata mama sambil memegang kedua belah bahu anak gadisnya.
"TAKLAH MAMA! NO NO NO" Zee jerit sekuat hatinya.
"Semua ni tak betul. Rian masih hidup lagi. Rian takkan tinggalkan adik. Mama tipu adik. Mama mana telefon adik. Adik nak call Rian" Zee memberontak. Dia menafikan semua kata-kata mamanya.
"Nah kalau adik tak percaya. Baca ni" ucap mama sambil menghulurkan telefon Zee yang masih tetara chat Sarah yang tadi.
Zee terus merampas telefon yang berada di tangan mama. Dia baca satu-persatu chat itu. Dirinya terkedu selepas membaca chat tersebut. Dia terus menjerit.
"Tak! semua ni tak betul. Rian masih hidup lagi. Dia takkan tinggalkan adik dekat sini. Adik tunggu dia hari-hari" Zee terus ulang perkataan yang sama. Dia terus berkata yang Rian masih hidup.
"Adik sabar. Mama tahu adik masih tak percaya, tapi adik Rian memang dah takde. Dia dah pergi bertemu dengan Sang Penciptanya. Sarah cakap dia minta maaf sebab tak sempat nak bagitahu adik pagi tadi. Rian pun dah selamat dikebumikan" terang mama sambil menenangkan Zee yang masih dalam fasa terkejut.
"Takkk! semua ni tak betul. Rian takkan tinggalkan adik sorang-sorang dekat sini. Dia dah janji nak buat adik happy" Zee masih menafikan kenyataan itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Best Friend Forever
RandomCerita ini berdasarkan kisah benar dari pengalaman saya sendiri. Thank you for reading my story even a lot of weakness. I will improve my work and thank you for support that i recieve from you guys. Zee Arissa berkenalan dengan seorang lelaki yang b...