CHAPTER 6

21 3 0
                                    

Jam di dinding menunjukkan pukul 6 pagi. Zee bangun untuk bersedia menunaikan solat subuh. 

Selepas selesai semua rutin, Zee mencapai telefon yang berada di atas meja makeup. Dia membuka internet untuk melihat chat dari Rian. Tapi harapannya musnah sebab chat Rian still one tick. Zee terus call Rian. Tapi tiada siapa yang jawab. Hatinya mula rasa tidak tenang. 

"Rian awak kenapa sebenarnya. Kenapa lama sangat awak tak online. Saya risaukan awak Rian" kata hati Zee. 

"Nak pergi rumah Rian aku tak tau dekat mana. Kenapa aku tak pernah terfikir nak minta Rian alamat rumah dia. Tengok sekarang kau nak buat apa" Zee mula rasa menyesal. 

Tanpa membuang masa Zee turun ke bawah, mencari mamanya. 

"Mama ohhh mama. Mama dekat mana" Zee panggil mamanya dari ruang tamu sehingga ke belakang rumah. Matanya melilau mencari keberadaan mama. 

"Ye adik mama dekat belakang rumah ni " sahut mama dari arah belakang rumah.

Zee berjalan ke arah belakang rumah untuk mendapatkan mamanya. "Jumpa pun mama. Puas adik cari mama satu rumah. Dekat sini rupanya mama"

Zee menghampiri mama yang sedang sibuk menanam bunga-bunganya. Mama dengan bunganya tidak dapat dipisahkan lagi. Ni lah hobi mama ketika dirinya bosan. Bak kata mama tanam bunga dapat buat dirinya tenang dan ada juga kebaikan menanam bunga. Tapi cuma satu benda yang mama larang Zee buat, iaitu sentuh bunga-bunga mama.

"Cari mama ni mesti ada benda nak cerita" kata mama seperti sudah tahu akan perangai anaknya.

"Eeee mama ni tahu je kan" 

"Yelah anak mama, semua benda mama tahu. Adik nak cakap tentang apa?" soal mama. 

"Hmmm...Mama kenal kan Rian" tanya Zee.

"Yes of course mama kenal Rian. Kenapa dengan dia?

"Dia dah 2 hari tak online. Balik dari mall sampai sekarang dia tak on" luah Zee ke mama.

"Adik dah chat dia ke?

Dengan laju Zee jawab "Dah mama but still one tick until today" kata Zee sambil membuat muka sedih.

"Hmmm...mungkin internet dia habis atau Rian busy ke sampai lupa nak online" mama cuba menenangkan anaknya yang risau akan sahabat baiknya. 

"Tapi takkan lah selama ini dia busy. Adik risau lah mama dekat Rian" tiada rasa lain yang dia rasa selain perasaan risau dalam diri gadis itu.

"Adik jangan lah fikir yang bukan-bukan dulu. Maybe petang ni dia online ke. Adik sabar tau" mama cuba untuk mengelakkan anaknya dari fikir yang tidak sepatutnya.

"Tapi mama kenapa dia tiba-tiba macam ni"

"Adik kene lah faham dia. Mungkin ada perkara yang dia tak boleh nak cakap dekat adik. Mungkin dia tak online ada sebab yang di rahsiakan" ujar mama.

Zee diam seketika. Dia terfikir akan apa yang mama dia cakap sebentar tadi. 

"Hmmm.. tapi ma..." Zee sudah hilang kata-kata. Fikiran dia telah dipenuhi dengan macam-macam perkara. Dia terasa ingin menangis, tapi gadis itu cuba tahan air matanya dari mengalir depan mamanya.

"Adik kena lah sabar. Mana tahu nanti dia online. Lepastu adik tanya Rian kenapa dia tak online lama" cadang mama.

"Baiklah mama. Adik akan tunggu Rian" jawab Zee tiada semangat.

"Mama adik pergi buat sarapan dulu lah" Zee minta izin mamanya untuk masuk ke dapur untuk  menyediakan sarapan untuk keluarganya.

"Pergi adik. Hati-hati tau jangan fikir sangat pasal Rian" pesan mama. Mama risau akan anak perempuannya.

"Baiklah mama" Zee melangkah masuk ke dalam rumah. 

Sampai di dapur, Zee mengeluarkan semua bahan yang ingin dia gunakan dan mula memasak.

Setelah hampir setengah jam Zee memasak, dia menghidang makan di atas meja makan. Sambil itu dia memanggil semua ahli keluarganya untuk bersarapan.

"Abang, kakak, adik jom sarapan" panggil Zee dari arah dapur.

Dia menuju ke belakang rumah untuk memanggil mamanya. "Mama jom makan. Adik dah siapkan sarapan"

Mama bangun dan masuk ke dalam rumah.

Kini semua telah berada di meja makan. Gadis itu menyenduk makanan ke dalam pinggan semua orang. 

"Dah siap jom lah makan" ajak Zee.

"Jomlah. Along baca doa" ucap mama.

"Baiklah ma" along menada tangan untuk membaca doa. 

Setelah selesai along membaca doa kami semua mula makan. Tapi tidak bagi Zee, dia hanya tenung sarapan yang berada di hadapannya. Fikiran ye masih memikirkan Rian, dia terlalu risau tentang Rian. 

"Adik kenapa tak makan lagi. Jangan lah risau sangat, In Shaa Allah dia okay. Adik kene makan nanti sakit" kata mama cuba memujuk Zee yang dalam kerisauan.

Adik-beradik yang lain semua memandang ke arah Zee. Tanpa melennggahkan masa dia terus menyuap makanan ke dalam mulutnya.

Alhamdulillah akhirnya semua selesai makan. Tapi makanan Zee tidak habis dimakan olehnya. Dia tiada selera langsung untuk makan tapi untuk tidak buatkan mama risau Zee tetap makan walaupun sedikit. 

Kali ni giliran kakak pulak yang mengemas dapur. kedua-dua abang sudah sedia untuk pergi kerja, manakala adik pergi tuisyen. Kakak pulak cuti untuk hari ini, jadi adalah mama kawan dekat rumah, kalau tak hanya mama dan Zee yang akan berada di rumah waktu begini. 

Zee meminta izin ke mama untuk masuk ke dalam bilik. "Mama! adik masuk bilik dulu tau. Adik nak siapkan assigment" gadis itu terus mengorak langkah menaiki tangga menuju ke biliknya. 

Di dalam bilik dia mencapai telefonnya yang berada di tepi katil. Zee menghidupkan telefon dan membuka aplikasi WhatssAp. Masih sama, chat Rian masih one tick. Dia tak nak fikir yang bukan-bukan jadi Zee terus ke meja belajar. "Mungkin betul apa yang mama cakap. Rian sibuk kot" pujuk hatinya. Tanpa membuang masa Zee terus fokuskan dirinya ke assignment yang perlu dihantar dalam masa yang terdekat. 

Hampir 1 jam lebih Zee meluangkan masanya membuat assignment. Dia mengambil keputusan untuk berhenti. Dia turun ke bawah dan pergi ke dapur untuk menolong mama dan kakak masak lauk.

"Mama nak masak apa hari ni" soal Zee sebelum menolong mereka. 

"Mama nak masak ayam masak lemak dengan tumis sayur. Lepastu goreng ikan" ujar mama sambil tangan ye ligat mengacau kuah lemak.

"Adik potong bahan untuk tumis sayur ye" tanya Zee sambil mengeluarkan sayur di peti aizes.

Dia terus membuat kerja dengan memotong bahan yang perlu digunakkan untuk masak. Gadis itu hanya diam, tiada kata yang keluar dari mulutnya. Mood dia tidak baik. 

Akhirnya siap jugak kami masak. Semua lauk telah siap tinggal untuk dihidangkan sahaja. Zee dan kakaknya mula mengemas dapur, manakal mama mengemas ruang tamu. 

"Adik kenapa kakak tengok time sarapan sehingga sekarang adik macam takde mood" soal kakak tiba-tiba. 

Zee tersentak seketika. Dia terkejut yang kakaknya tahu tentang keadaan dia. 

"Lepas kemas dapur nanti adik cerita dekat akak" Zee selalunya akan cerita masalahnya dekat kakak tersayangnya. Kakak bagai kawan bagi diriku. 

"Baiklah adik. Jom kemas sampai bersih" balas kakak. 

Mereka berdua sambung mengemas dapur tanpa berkata antara satu sama lain. 

Setelah selesai Zee mengajak kakaknya ke belakang rumah. Mereka duduk di gazebo, dimana tempat selalu menjadi tempat mereka melepak dan meluahkan perasaan masing-masing.


Best Friend ForeverWhere stories live. Discover now