Gadis itu hanya termenung melihat tasik. Dia tiada kata-kata yang dapat diluahkan selepas mengetahui keadaan sebenar Rian. Dia tidak sangka dugaan yang Rian lalui sangat berat untuk seseorang manusia biasa.
Disaat dirinya dibawa khayalannya sendiri, Rian menegur Zee.
"Ohhh yeah Zee. By the way saya nak minta maaf dekat awak" tiada angin, tiada ribut tiba-tiba Rian memohon maaf dekat Zee.
"Untuk apa? Awak takde buat salah pun dengan saya" Zee berasa pelik dengan tindakan Rian yang secara tiba-tiba itu.
"Saya minta maaf sebab sepanjang awak exam saya takde dengan awak. Sepatutnya saya sebagai sahabat awak kenalah ada time hari penting awak. Sebenarnya sepanjang awak exam saya dekat hospital" Rian berasa serba salah sebab takde dengan Zee ketika hari genting bagi gadis itu.
Zee tidak tahu untuk memberi respon apa. Jujur dia terkejut selepas mendengar perkara itu. Dia ingin menangis tapi, Zee cuba untuk menahan air mata itu. Mungkin pada hari mereka balik dari mall, Rian masuk hospital juga. Sebab lepas diorang keluar bersama Rian lama tak online. Zee mula berasa curiga.
"Jadi waktu kita dua balik dari mall tu pun awak masuk hospital?" soal Zee ingin tahu.
"Hurmmm yesss. Saya dah dua hari tak sedarkan diri. Balik dari mall tu saya demam dan lepas chat awak, saya try bangun dari katil but suddenly saya pengsan. Family saya terus bawak saya pergi hospital" jelas Rian.
"Patutlah saya chat awak one tick. Saya risau sangat time awak tak online selama 2 hari tu" Zee berasa sedikit lega bila tahu sebab sebenar kenapa Rian tak online lama.
"Sorry Zee. That why bila saya sedarkan diri, saya terus chat awak. Saya tahu awak akan risaukan pasal saya. Tapi saya tak boleh nak chat awak lama-lama time tu. Demam saya belum kebah jadi, saya kene banyak rehat. Sorry tau Zee sebab buat awak risau"
"It's okay benda dah jadi. Kita lupakan je"
Jujur bagi Zee semua ni hanya mimpi buruk sahaja. Mimpi yang dia tak nak ulang dalam hidupnya. Tapi hakikatnya semua ni adalah nyata. Apa yang jadi sekarang semuanya betul tiada cuma khayalan atau mimpi semata-mata. Sungguh berat hatinya untuk menerima semua ini.
"Apa yang patut aku buat sekarang. Apa yang patut aku rasa sekarang" semua soalan itu bermain difikiran Zee.
Apa yang dia nak sekarang cuma balik ke rumah. Dia tak larat nak dengar semua derita yang selama ini Rian tanggung. Gadis itu tidak sanggup lagi, hatinya hancur bila Rian cerita tentang penyakit dia. Dia nak balik dan nangis dalam biliknya. Zee sudah berjanji pada dirinya yang start hari ini dia takkan nangis depan Rian. Rian kene tengok Zee happy dan dia kene kuat demi Rian.
"Rian jom balik nak. Jap lagi kakak saya sampai"
Padahal semua itu hanya alasan Zee sahaja. Zee terpaksa tipu Rian kerana dia takut dirinya tidak dapat menahan air matanya dari mengalir. Sungguh apa yang dia nak sekarang cuma menangis sepuasnya.
"Jomlah kita balik, saya tengok awak pun macam dah penat" ucap Rian melihat Zee yang kelihatan penat sangat. Zee sudah tidak semangat seperti waktu dia datang tadi. Matanya bengkak kerana terlalu lama dan banyak menangis. Fizikal dan mentalnya pun sudah letih.
"Saya tak penat. Cuma saya kene balik awal sebab ada hal penting"
Untuk kali kedua gadis itu terpaksa berbohong. Hatinya sedih bila melihat Rian. Dia tahan air matanya dari mengalir.
"Ohhh okay jomlah saya hantar awak sampai ke pintu gerbang sana" ajak Rian sambil mengemas begnya.
Zee tak nak berjalan dengan Rian buat masa ni. Dia nak jalan bersendirian. Dia takut kalau jalan bersama Rian, dia tak dapat nak tahan dirinya dari menangis. Setiap kali dia melihat wajah Rian, hadir perasaan sebak yang sukar untuk diungkapkan.
"Ehhh tak pelah Rian. Saya boleh balik sendiri" tanpa membuang masa Zee terus ambil beg dia dan bangun dari kerusi itu. Dia tinggalkan Rian bersendirian. Gadis itu tidak dapat lagi menahan air matanya. Perjalanannya hanya ditemani dengan air mata sahaja. Tiada kata yang dapat dia luahkan ketika itu.
sebenarnya Zee kena balik naik grab. Kakak dia ada hal dan tak dapat nak ambik Zee.
Zee berhenti di sebuah pohon. Dia cangkung sambil memeluk kakinya. Dia nangis sepuas-puasnya. Hatinya benar-benar hancur. Dia tak nak kehilangan sahabat baiknya. Zee cuba untuk menenangkan dirinya.
Rian POV
"Takpe Zee saya boleh..." belum sempat Rian menghabiskan kata-katanya, dia sudah melihat Zee pergi tinggalkan dia bersendirian di bangku itu.
Tanpa melenggahkan masa, Rian terus mencapai begnya dan bangun dari bangku untuk kerja Zee.
Tapi dia gagal untuk mendapatkan Zee semula. Gadis itu sudah hilang dari pandangannya. Walaubagaimanapun dia tidak berputus asa. Dia nekad untuk mencari keberadaan Zee.
selang beberapa minit, dia berhenti. Dari jauh kelihatan seorang gadis yang berbaju hijau, bertudung coklat cair sedang nangis di sebuah pohon sambil menutup mukanya. Rian yakin gadis itu adalah Zee. Tapi dia cuma perhatikan Zee dari jauh sahaja. Rian tak nak ganggu Zee nangis, biarlah dia luahkan segala-galanya. Hari ni dia benarkan untuk Zee mengeluarkan air matanya disebabkan dirinya.
Rian hanya menemani Zee nangis dari jauh. Walaupun dia tidak sanggup membiarkan gadis itu nangis bersendirian, dia tetap setia menemaninya. Hampir 20 minit Zee tetap dalam posisi yang sama. Rian mula resah dan risau akan keadaan Zee. Lelaki itu cuba mendekati Zee, tapi langkahnya terhenti bila sebuah kereta berhenti di hadapan pintu gerbang tasik itu.
Zee bergerak ke arah kereta itu, Rian terdiam. Dia tidak sangka yang Zee akan menipunya. Zee cakap kakak dia ambik, padahal sebaliknya gadis itu pulang dengan menaiki grab. Tapi Rian faham kenapa Zee sanggup menipu dirinya.
"Aku tahu dia buat semua ni sebab dia tak sanggup nak tengok aku. Zee dari tadi saya nampak mata awak cuba menahan air mata tu dari mengalir. Zee saya minta maaf sebab awak terpaksa lalui semua ni. Saya minta maaf sebab dah buat air mata awak mengalir disebabkan saya" bisik hati Rian.
Tulah Zee yang dia kenal. Gadis itu akan berlakon kuat depan orang, tapi hakikatnya hati dia hancur dengan apa yang berlaku pada dirinya. Pernah satu ketika, waktu aku dan Zee mula berkawan, gadis itu dihina oleh seseorang kawan yang amat dia percaya. Tapi bila setiap kali aku tanya, dia akan jawab yang dia okay. Zee kata dia dah biasa dengan semua itu, tapi kita tak tahu apa yang dia rasa ketika itu.
Rian perhatikan Zee dari jauh. Bila Zee sudah masuk ke dalam grab baru lah dia berasa lega. Dia kene pastika gadis itu berada dalam keadaan yang selamat. Grab pun sudah berlalu pergi. Rian jalan ke arah parking keretanya untuk pulang ke hospital.
END RIAN POV
"Setiap kali air mataku jatuh, setiap itu jugaklah aku merindukanmu sahabat"
ANDA SEDANG MEMBACA
Best Friend Forever
RandomCerita ini berdasarkan kisah benar dari pengalaman saya sendiri. Thank you for reading my story even a lot of weakness. I will improve my work and thank you for support that i recieve from you guys. Zee Arissa berkenalan dengan seorang lelaki yang b...
