CHAPTER 13

18 3 0
                                        

Setelah hampir seminggu Zee bertarung dengan exam, akhirnya final exam bagi course dia sudah selesai. Zee dan Farah gembira sangat-sangat sebab akhirnya diorang bebas dari kehidupan sebagai seorang pelajar.

"Alhamdulillah Farah, finally exam kita dah habis" ucap Zee dengan penuh rasa gembira. Dia tersenyum lebar sehingga menampakkan giginya yang rapi itu.

"Alhamdulillah Zee selesai jugak. Awak tahu perkara pertama yang saya nk lakukan apa?"

"Awak nak tidur puas-puas kan" jawab Zee dengan penuh yakin.

"Ehhh mana awak tau ni. Kantoi stalk saya" ucap Farah.

"Farah, saya tengok awak je pun dah tahu. Macam orang dah hilang anak saya tengok awak" dari mata Farah sahaja Zee dah tahu apa yang ingin rakannya cakap.

Farah dah seminggu dia asyik tidur lewat sahaja. Dia study sehingga larut malam. Disebabkan itu, setiap kali masuk dewan dan tengah jawab exam pun dia asyik menguap.

"Hehehe...betulah tu. Saya balik ni je terus nak cari katil. Saya nak tidur puas-puas" ucap Farah teruja.

"Boleh je awak nak tidur lama-lama, tapi jangan sampai tinggalkan solat" pesan Zee.

"In Shaa Allah Zee saya takkan tinggalkan solat. Okaylah Zee jom balik, saya rasa penat sangat" ajak Farah.

"Jomlah Farah. Saya pun rasa yang sama"

Zee dan Farah, masing-masing jalan ke parking lot, tempat mereka meletakkan kereta. Farah dia pun drive sendiri sebab jarak antara rumah diorang hanya 2 meters. Diorang tinggal dalam satu taman yang sama cuma selang berapa rumah sahaja. 

Sampai di parking lot Zee mengucapkan selamat tinggal dekat Farah. Mereka pun memandu kereta masing-masing untuk pulang.

Di Rumah

Alhamdulillah akhirnya Zee sampai ke rumah dengan selamat. Masuk je dalam rumah dia terus mencari mamanya. 

"Assalamualaikum ma. Adik dah balik" Zee memberi salam dekat mamanya yang berada di dapur. 

"Waalaikumusalam adik" balas mama.

Zee menyalam tangan mamanya sebelum duduk di kerusi. "Alhamdulillah ma, adik dah habis exam" ucap Zee dengan nada yang gembira.

"Alhamdulillah. So how the exam adik? Okay ke?" soal mama.

"Alhamdulillah semua okay. Apa yang adik study semua masuk" Zee berasa lega bila semua benda yang dia ulang kaji masuk dalam peperiksaanya.

"Okaylah tu. So, sekarang adik pergi naik, mandi, solat and rehat" arah mama.

"Okay ma" Zee bangun dari kerusi yang dia duduk. Dia melangkah naik masuk ke dalam bilik. 

Di dalam bilik Zee terus mencapai tualanya dan masuk ke dalam bilik air. Selesai mandi, dia memakai telekungnya untuk menunaikan solat asar. 

Setelah selesai semua perkara, dia mencapai telefonnya yang berada di atas meja belajar. Dia membuka chat Rian dan masih one tick. Zee mula berasa pelik. Dah dua kali Rian macam ni, tak on fon selama seminggu. 

Sepanjang Zee menjalani peperiksaan sehingga dia sudah tamat exam, Rian masih tak chat Zee. Sudah 6 hari dia tak on fon. Setiap kali gadis itu habis menjawab exam, setiap kali itu juga dia akan check chat Rian. 

"Mana Rian pergi ni. Dah dekat seminggu dia tak on. Termasuk ni dah dua kali dia macam ni" kata Zee.

"Atau mungkin dia tak nak ganggu aku exam, that why dia tak on fon. Tapi hari ni aku dah habis exam and Rian pun tahu aku exam berapa lama. Dia tak nak ucap tahniah ke dekat aku" ucap Zee yang sedang gelisah memikirkan tentang Rian. 

Best Friend ForeverTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang