Kini Zee dan kakaknya telah duduk di gazebo. Mereka duduk sambil melihat bunga yang ditanam oleh mama.
"Adik kenapa sebenarnya. Cuba cerita dekat akak" soal kakak ke gadis itu. Kakak menunggu Zee untuk menceritakan semua benda yang menganggu fikiran dia.
"Macam ni sebenarnya kak. Berapa hari yang lepas adik keluar dengan bestie adik. Nama dia Adrian tapi adik panggil dia Rian. Masa tu kitaorang happy je, tapi tiba-tiba..." cakap Zee terputus kerana dia cuba menahan air matanya dari jatuh.
"Kenapa dengan bestie adik. Apa yang jadi dekat dia" soal kakak berulang kali.
Zee pun mula cerita kembali selepas menarik nafas yang panjang.
"Tiba-tiba bila balik dari mall lepas dia kata nak rehat tu, sampai sekarang dia masih tak online whatssAp. Adik dah chat dia semua tapi masih one tick. Adik risau kalau jadi apa-apa dekat dia"
Kakak mula mendekati Zee. Dia mengusap belakang badan adiknya untuk menenangkan adiknya yang seperti hendak menangis.
"Sabarlah adik mungkin dia sibuk kot atau maybe dia nak chat adik tapi dia sibuk sampai lupa nak online ws. Adik jangan fikir bukan-bukan" ucap kakak sambil memeluk Zee dari tepi.
Zee lap air matanya. "Baiklah akak. Adik tunggu sampai Rian online balik. Maybe betul apa yang akak cakap tu. Takpelak akak, adik nak rehat dekat bilik jap" minta Zee.
"Baiklah adik. Adik pergilah rehat dekat bilik, jangan banyak fikir sangat" pesan kakak ke Zee. Kakak betul-betul risau akan keadaan adiknya yang kurang baik itu.
"Okay akak" Zee terus bangun dan melangkah masuk ke dalam rumah.
Sampai di bilik Zee terus baring tanpa melihat telefonnya. Dia pejamkan matanya sebab Zee terlalu penat dan dirinya tidak tenang kerana risau akan Rian.
Jam 1:30 tengah hari
Zee tersedar dari tidurnya bila suara azan yang merdu menyapa gegendang telinganya. Dia bangun dan masuk ke dalam bilik air untuk mengambil wuduk.
Selesai solat, dia pun mengambil telefonnya. Dia check kalau Rian ada chat atau tidak. Tapi hakikatnya masih sama. Chat dia masih one tick lagi. Gadis itu tidak tahu nak rasa apa lagi. Dia buat keputusan untuk baring semula di katilnya dan tidur kembali. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa dirinya rasa penat sangat. Dia rasa malas untuk melakukan apa-apa.
Jam 4:45 petang
Buat kali kedua Zee terbangun dari tidur bila azan berkumandang di masjid kawasan perumahannya. Seperti biasa dia bangun dan mengambil wuduk untuk solat.
Selepas siap semuanya, dia chat sahabat baik perempuannya iaitu Farah.
WhatsApp Chat
Zee
Assalamualaikum Farah
Farah awak buat apa?
Farah
Waalaikumusalam Zee
Saya x de buat apa-apa pun
just scroll ig...kenapa Zee
Zee
Ohhh x de pape lahh

ANDA SEDANG MEMBACA
Best Friend Forever
RandomCerita ini berdasarkan kisah benar dari pengalaman saya sendiri. Thank you for reading my story even a lot of weakness. I will improve my work and thank you for support that i recieve from you guys. Zee Arissa berkenalan dengan seorang lelaki yang b...