CHAPTER 17

18 3 0
                                        

Di rumah

Zee memberi salam. "Assalamualaikum mama, adik dah balik" suara Zee kedengaran lain sebab dia baru lepas nangis. 

"Waalaikumusalam adik. Adik okay ke ni, kenapa tengok adik macam lain je" soal mama risau bila tengok anaknya yang seperti baru lepas menangis.

"Adik okay je. Ma, adik masuk bilik dulu tau" pinta Zee. 

"Pergilah dik. Nanti malam jangan lupa turun makan" pesan mama.

"Adik tak turun makan. Adik nak rehat je" ucap Zee lemah.

"Hmmm...okaylah kalau macam tu

Zee melangkah naik tangga dengan langkah yang sangat lemah. Tiada daya untuk dia terus berjalan seperti biasa. Badan Zee masih mengigil tapi sukar untuk dilihat oleh mata kasar kerana bajunya yang besar.

Sampai je di dalam bilik, Zee terus masuk ke dalam bilik air dan mengambil wuduk untuk menunaikan solat asar. 

Selesai solat, dia menadah tangan dan memohon kepada Allah.

"Ya Allah jika ini ketentuan qada dan qadar yang telah kau aturkan untuk hamba mu ini...kuatkanlahh diriku untuk menempuhnya Ya Allah. Sesungguhnya semua ni ujian yang sangat berat untuk hamba mu ini Ya Allah. Bukalah pintu hatiku untuk terima semua ini Ya Allah. Hamba mu ini hanya bersujud dan meminta pertolongan kepadamu sahaja Ya Allah. Ya Allah sesungguhnya perancanganmu lebih baik dari hambamu. Ya Allah kuatkan lah sahabat dunia dan akhiratku Rian untuk melawan penyakit dia. Berilah dia kekuatan untuk teruskan hidupnya Ya Allah dan kau permudahkanlah segala urusan Rian. Amin Ya Rabbal Alamin."

Sedang khusyuk berdoa kepada Allah, tiba-tiba air mata jatuh membasihi pipi Zee yang gebu itu. Menangis selepas solat dan berdoa kepada Allah, adalah satu nikmat yang sukar untuk digambarkan. Rasanya seperti kita sedang luahkan segala-galanya pada Allah sambil Allah mengusap belakang badan kita dan berkata "Dunia tempat ujian buatmu wahai hambaku, tapi syurga tempat bahagia buatmu wahai hambaku"

Mata gadis itu kelihatan sembab dikeranakan terlampau banyak menangis. Sedang mata dia masih mengeluarkan air mata tanpa henti, tiba-tiba mama masuk ke dalam bilik dengan riak muka yang risau.

"Adik okay ke ni? Kenapa adik nangis?" soal mama.

Tanpa berfikir panjang Zee terus bangun dari sejadahnya dan berlari ke dakapan mama. Dia memeluk mama dengan erat sambil menangis sepuas-puasnya. Mama cuba pujuk Zee dengan mengusap belakang badan anaknya.

"Cuba adik cerita dekat mama, apa yang terjadi sebenarnya" soal mama berulang kali.

Zee lap air matanya dan ajak mama duduk di atas katilnya. Zee menghelakan nafas yang panjang sebelum cerita kepada mama.

"Hmmm... sebenarnya Rian..." Zee tidak dapat meneruskan ceritanya kerana setiap kali sebut nama Rian, perasaan sedih menyelubungi dirinya.

"Takpe dik, slow-slow cerita. Tarik nafas" ucap mama.

"Okay ma. Macam ni, Rian dia menghidap penyakit Cystic Fibrosis. Perkara yang paling buat adik sedih ialah jangka hayat Rian. Dia cuma ada 6 bulan je ma" kata Zee dengan suara yang sedih, kali ni dia tidak dapat lagi menahan air matanya. Zee menangis dalam dakapan mama.

"Ya Allah. Patutlah adik nangis time balik tadi

Zee angguk dalam keadaan dia masih menangis.

"Adik janganlah nangis lagi. Mama tahu benda ni sangat berat untuk adik terima, tapi semua ni Allah dah tentukan untuk hambaNya. Adik kene kuat demi Rian. Rian tak suka tengok adik sedih-sedih macam ni. Adik kene banyak bersabar" pujuk mama bila melihat anaknya yang masih menangis teresak-esak.

Best Friend ForeverTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang