Angin malam yang sejuk menyelubungi diri Zee. Balkoni biliknya menjadi tempat dia meluahkan segala apa yang dirasai ketika itu. Dirinya dalam keadaan yang sukar dia gambarkan. Satu-persatu perasaan yang sukar diungkapkan. Sejak Rian selesai pembedahannya, sehingga kini dia tidak sedarkan diri.
Sudah hampir masuk 4 hari Rian masih setia baring di atas katil hospital sambil mendapat bantuan dari alat pernafasan. Pusat rawatan rapi itu menjadi tempat tidur buat Rian sejak keluar dari dewan bedah. Tiada apa yang dapat dilakukan doktor, hanya tunggu dan berdoa untuk Rian.
"Rian bangunlah cepat. Saya rindukan awak. Saya tunggu awak setiap hari dekat sini" ucap Zee sambil memandang ke arah langit malam yang gelap itu tanpa di temani bintang malam.
"Mungkin Rian ambik masa nak sesuaikan diri dengan jantung yang baru. Tak semua orang akan sembuh dengan cepat lepas pembedahan. Ada orang ambik masa sampai berbulan-bulan, ada yang ambik masa seminggu. Itu semua bergantung pada kekuatan diri kita sendiri" kata Zee cuba untuk sedapkan hatinya sendiri.
Dia mula rasa ingin menangis, mengenangkan setiap memori dia dengan Rian. Sungguh masih tidak sedia kalau apa-apa jadi dekat Rian. Dia nak luangkan lebih lagi masa dengan Rian, sehingga nafas dia yang terakhir. Dia tidak sanggup lagi untuk kehilangan sapa-sapa dalam hidupnya lagi.
Tanpa sedar air matanya sudah jatuh membasahi pipinya. Dalam pada yang sama mama datang ke arah Zee sambil membawa air susu buat dia. Dengan pantas Zee lap air matanya dengan lengan baju dia.
"Adik nangis ke?" soal mama yang kerisauan melihat anak daranya yang tidak ceria seperti sebelum ini.
"Taklah mama. Ni mata adik masuk habuk" tipu Zee.
"Adik tak payah nak tipu mama. Mama tahu adik nangis setiap malam" kata mama sambil mendekati Zee yang berada di balkoni rumahnya.
Zee menundukkan mukanya. Air matanya turun dengan pantas dan deras.
Mama merapati dan membawa Zee kedalam dakapannya. Dia faham apa yang sedang anak gadisnya rasai ketika ini.
"Nangislah adik. Nangis sepuas-puasnya, mama faham adik rindu dia. Adik jangan putus berdoa untuk Rian. In Shaa Allah akan ada keajaiban untuk Rian" pujuk mama sambil mengusap belakang badan gadis itu.
Pokok, bulan dan bintang menjadi saksi malam itu. Betapa sedih dirinya ketika itu. Tapi dia berasa lega bila mama datang dan memeluk dia. Baginya mama lah tempat dia mengadu selepas Allah.
"Terima kasih mama sebab bagi adik kata-kata semangat. Adik takkan putus harapan dan berdoa supaya Rian cepat sedar" ucap Zee sambil tersenyum ke arah mama.
"Macam tulah anak mama. Dah pergi tidur tapi sebelum tu minum susu tu dulu. Dah berapa hari adik tak makan. Asyik berkurung je dalam bilik" arah mama.
"Baiklah adik minum nanti"
"Okaylah mama pergi masuk bilik dulu. Jangan lama-lama dekat luar ni, nanti demam pulak. Selamat malam, Assalamualaikum" kata mama sambil jalan keluar dari bilik anaknya.
Zee melangkah masuk ke dalam biliknya. Cukup buat malam itu untuk dia luah segala rasa yang membebani dirinya. Dia minum susu itu terlebih dahulu sebelum tidur.
Selesai segalanya, dia merehatkan dirinya di atas katilnya yang empuk. "Dah lewat sangat ni kenapa aku masih tak boleh nak tidur lagi" Dia sudah sedaya upaya untuk melelapkan matanya, tapi tidak berjaya. Ini kerana dia terlalu memikirkan keadaan Rian, sehingga dirinya tidak terjaga.
Bila mama panggil dia turun makan, dia cakap dah kenyang. Bila waktu tidur, matanya masih segar. Dirinya rasa serba kena tak kena. Dia tidak lagi melakukan rutin harian yang selalu dia lakukan. Yang ada difikirannya cuma Rian ketika ini.

ANDA SEDANG MEMBACA
Best Friend Forever
RandomCerita ini berdasarkan kisah benar dari pengalaman saya sendiri. Thank you for reading my story even a lot of weakness. I will improve my work and thank you for support that i recieve from you guys. Zee Arissa berkenalan dengan seorang lelaki yang b...