Kini Zee dan Rian sudah berada di dalam Ferris Wheel. Lepas sahaja makan diorang terus gerak ke permainan tersebut. Kami kene beratur kerana terlalu ramai jugak yang ingin naik Ferris Wheel ini. Nasib baik Zee dan Rian beratur awal, Kalau tak mungkin diorang akan balik lambat.
"Wow cantiknya suasana malam dekat atas ni. Rian tengok menara tu, cantik gila" tunjuk Zee sambil teruja melihat pemandangan malamnya.
Rian berdiri di sebelah Zee sambil dia jugak melihat pemandangan bandar pada waktu malam. Di saat Zee masih terpersona dengan pemandangan di situ, Rian memandang ke sebelahnya iaitu kawan baiknya. Dia tenung gadis itu dengan riak wajah yang sedih. Dia berharap dapat melihat pemandangan seperti ini dengan Zee lagi sekali.
"Zee!" tegur Rian.
Zee mengalihkan pandangannya ke arah Rian yang disebelahnya.
"Ye kenapa Rian?" soal Zee sambil memandang tepat ke arah anak mata Rian yang berwarna coklat.
"Hmmm takde pape, saje je panggil awak"
"Ohhh okay. By the way Rian saya nak tanya awak something boleh?" pinta Zee.
"Tanyalah"
"Awak ada suka sapa-sapa ke?" soal Zee serius.
"Ada" jawab Rian ringkas.
"Siapa gadis yang bertuah tu?" soal Zee lagi sekali.
"Rahsia. Awak tak boleh tau. Saya tak nak confess dekat dia sebab saya dengan dia takkan dapat bersama pada akhirnya. Saya akan pergi tinggalkan dia buat selama-lamanya. Jadi saya tak nak dia sedih sebab saya. Biarlah saya simpan je perasaan ni sehingga nafas terakhir saya" terang Rian. Dia luah segala apa yang dia rasa.
"Itu pun kedekut. Saya nak tahu siapa je pun sebab saya nak cakap tahniah dekat dia. Berjaya tambat hati kawan baik saya ni" kata Zee sambil memandang semula ke arah menara-menara yang berada di hadapan mereka.
"Awaklah orangnya Zee. Awaklah yang berjaya buat saya rasa jatuh cinta sedalam ini. Tapi saya takkan luahkan perasaan ni dekat awak, sebab saya tahu akhirnya kita takkan bersatu. Hubungan kita hanya sekadar sahabat sejati. Saya akan tunggu awak dekat sana, jadilah bidadari saya dekat syurga nanti" kata isi hati Rian yang paling dalam.
Mereka diam buat seketika waktu. Mereka hanya menikmati malam itu dengan memori yang indah. Tak lama lagi waktu diorang dalam Ferris Wheel ni akan habis. Jadi Zee menghabiskan peluangnya dengan melihat pemandangan dengan sepuas hati.
"Hmmm tak lama lagi habis Ferris Wheel ni. Sekejap je dapat naik. Saya tak puas lagi" rungut Zee.
"Takpelah nanti awak pergi dengan kakak awak pulak okay" cadang Rian.
Zee angguk. Dia pandang ke langit dan melihat bintang bulan yang menerangi malam mereka.
Ferris Wheel pun sudah ke bawah, tempat dimana mula-mula mereka naik tadi. Mereka berdua keluar dari permainan itu dan memberi orang lain pula, merasai naik Ferris Wheel tersebut.
"Lepas ni nak pergi mana?" soal Zee disebabkan diorang masih ada 30 minit lagi sebelum balik.
"Jom duduk dekat bangku tu nak? Sementara tunggu waktu balik" cadang Rian.
"Jomlah kita duduk" Zee dan Rian pun jalan ke arah bangku yang berhadapan dengan Ferris Wheel tadi.
"Zee!" panggil Rian.
Zee mengalihkan matanya ke arah Rian.
"Saya nak bagitahu awak something" ucap Rian lagi.
ANDA SEDANG MEMBACA
Best Friend Forever
AcakCerita ini berdasarkan kisah benar dari pengalaman saya sendiri. Thank you for reading my story even a lot of weakness. I will improve my work and thank you for support that i recieve from you guys. Zee Arissa berkenalan dengan seorang lelaki yang b...
