Tepat jam 6 pagi, Zee terus bangun dan masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan dirinya sebelum menunaikan solat subuh. Setelah selesai dia terus memakai telekungnya dan bersedia untuk solat. Selesai solat dia mengangkat kedua belah tangannya dan berdoa kepada Allah.
"Ya Allah kau permudahkanlah semua urusan hambaMu pada hari ini. Permudahkanlah kami mengingati kembali apa yang telah kami pelajari dan ulang kaji. Jika disaat kami buntu untuk mengisi jawapan, kau berilah pertunjuk kepada diri kami. Terangkanlah hati kami seperti hati Rasulullah S.A.W Sesungguhnya hanya padaMu tempat kami mengadu, memohon pengampunan dan meminta pertolongan"
Selesai berdoa, Zee bersiap untuk pergi ke kolej. Dia memakai baju kurung hitam bercorak bunga yang halus, bertudung bawal berwarna putih dan beg sandang berwarna hitam. Zee keluar dari bilik dan turun ke bawah untuk sarapan pagi. Zee menegur mamanya yang sedang sibuk membasuh pinggan.
"Assalamualaikum ma" tegur Zee dengan ceria.
"Waalaikumusalam adik. Dah pergi makan sana, nanti lambat pulak pergi kolej. Hari ni adik exam kan" arah mama.
"Baiklah mama" Zee jalan ke arah meja makan dan duduk sambil menyenduk makanan ke dalam pinggannya.
Kini hanya tinggal Zee bersendirian menikmati sarapannya. Adik beradik dia yang lain semua dah pergi kerja dan sekolah. Setelah hampir 15 minit Zee bersarapan dia pergi ke dapur dan membasuh pinggan yang sudah dia gunakan.
"Dah selesai makan?" soal mama.
"Alhamdulillah dah ma" balas Zee sambil senyum ke arah mama.
"Ehhh jap. Baru mama perasan yang anak mama sorang ni cantik. Macam nak pergi date dengan Rian" puji mama sambil melihat anak daranya.
"Ehhh mana ada mama ni. Adik tengok biasa je" balas Zee sambil cuba menyembunyikan rasa malunya.
"Bagi mama luar biasa" ucap Zee.
"Yelah dik. Dah pergi cepat nanti lambat" arah mama.
"Okay ma"
Zee menyalam mamanya untuk mendapat restu sebelum menjawab exam.
"Mama doakan adik tau supaya mudah segala urusan adik untuk jawab exam"
Doa seorang ibu itu tiada hijabnya. Jadi tiada penghalang untuk doa itu sampai kepada Allah.
"Mama sentiasa doakan anak-anak mama. Mama percaya yang adik boleh punya. Don't worry, kalau tak dapat jawab baca zikir banyak-banyak" nasihat mama.
"In Shaa Allah mama. Adik akan buat yang terbaik" Zee memeluk mamanya sebelum melangkah keluar dari rumah.
Zee jalan masuk ke dalam kereta. Dia memandu keretanya sendiri untuk ke kolej. Disebabkan jarak antara universiti dengan rumah dekat, jadi mama benarkan Zee untuk pandu kereta sendiri. Sebelum memulakan pemanduan, dia membaca doa dan ayat kursi.
"Byeee mama" Zee melambai tangannya ke arah mama yang berada di pintu.
Mama melambai tangan dengan diiringi senyuman manis buat anaknya.
Di Universiti
Setelah hampir 30 minit Zee memandu, kini dia telah sampai di universiti. Dia parking keretanya berhampiran dengan dewan peperiksaan. Zee keluar dari kereta dan jalan ke arah satu pondok.
Dari jauh dia dah nampak kelibat Farah sedang duduk di bawah pondok berhampiran pintu dewan. Zee menegur sahabat baiknya.
"Assalamualaikum Farah" ucap Zee sambil melambai tangan ke arah Farah.

ANDA SEDANG MEMBACA
Best Friend Forever
De TodoCerita ini berdasarkan kisah benar dari pengalaman saya sendiri. Thank you for reading my story even a lot of weakness. I will improve my work and thank you for support that i recieve from you guys. Zee Arissa berkenalan dengan seorang lelaki yang b...