CHAPTER 15

25 3 0
                                    

Zee kelihatan seperti sudah bersedia untuk mendengar tentang diri Rian seterusnya.

"Awak nak bagitau apa?" soal Zee yang masih tertunggu-tunggu Rian untuk membuka mulut dan memberitahu tentang dirinya.

"Z...Zee" panggil Rian dengan nada yang seperti mengigil.

"Ye Rian" jawab Zee sambil menjengkitkan keningnya.

"6 bulan" kata Rian senada.

"Apa yang 6 bulan?" soal Zee. Jantung ye berdegup semakin laju.

"Jangka hayat saya cuma 6 bulan" ucap Rian tanpa ragu-ragu.

Zee terdiam sepi. 

Deraian manik-manik putih menitis di pipi gadis itu tanpa henti. Kelihatan badan Zee mengigil, sehingga dapat dilihat dengan jelas oleh Rian.

"ZEE!!!" panggil Rian yang kelihatan risau dengan keadaan Zee sekarang.

"Zee kenapa awak mengigil teruk ni? Jom kita pergi klinik" Rian berdiri untuk membawa Zee ke klinik.

Tiada respon dari gadis itu. Zee masih menangis dengan badan ye mengigil. Dunia seperti gelap tiada cahaya yang menyinari dia pada waktu itu. 

"Zee jangan buat saya takut" Rian cemas kerana tiada tindak balas dari Zee.

Tiba-tiba Zee memegang hujung baju Rian. "Saya okay. Cuma 15 minit je. Please!" ucap Zee dalam keadaan dirinya masih mengigil.

"Baiklah. Awak nangis sepuasnya. Saya tunggu" pujuk Rian. Dia cuba menenangkan Zee.

Lepas 15 minit, Zee mula sedikit tenang. Tiada kata yang dapat dia dambakan ketika itu. Hatinya hancur luluh bak kaca yang terhempas ke lantai. Dia pandang Rian dengan wajah yang amat sedih. Sekali lagi air mata dia jatuh membasahi pipinya. Rian menghulurkan sapu tangan dia ke gadis itu. 

"Nah lap air mata awak yang mahal tu" ucap Rian lalu memberikan sapu tangannya.

"Jangan nangis lagi. Nanti mata awak sakit" sambung Rian lagi.

Zee mengambil sapu tangan itu. Dia mengelap saki-baki air mata yang masih tersisa di kelopak matanya. 

"Awak cakaplah sesuatu. Jangan diam macam ni" Rian menjadi takut bila Zee tidak bercakap apa-apa.

"Entahlah Rian. Saya tak tau nak cakap apa" jawab Zee yang masih dalam fasa tidak tahu untuk berfikir apa.

"Saya tahu awak terkejut. Jujur saya pun time doctor cakap pasal tu, saya tak tau nak bagi reaction apa. Tapi Zee ajal mautkan Allah dah tentukan. Bila-bila je Allah boleh tarik nyawa saya, jadi awak kene bersedia untuk semua ni" ujar Rian.

"Saya tahu Rian but..." Zee tidak dapat menyambung percakapannya. Perasaan sebak mula menyelubungi dirinya. 

"But what Zee?" soal Rian.

"But saya dah penat. Penat nak rasa kehilangan lagi. Dari kecik saya kene rasa orang yang saya sayang pergi buat selama-lamanya. Cukuplah atuk, nenek dengan ayah saya dah tiada dekat dunia ni. Kalau awak jugak pergi tinggalkan saya, mungkin saya bukan Zee yang awak kenal dulu" Zee luahkan segala isi hatinya yang selama ini dia rasa ke Rian.

 Rian terdiam.

"Zee sorry sangat-sangat. Selama ni saya tak tau yang awak dah tak de ayah" Rian rasa serba salah sebab dia tidak tahu keadaan Zee yang sebenarnya.

Best Friend ForeverWhere stories live. Discover now