Pukul 4:00 pagi, Zee bangun dan terus masuk ke dalam bilik air untuk bersiap menunaikan solat sunat. Hari ini merupakan hari yang terpenting buat Rian. Lagi berapa jam sahaja Rian akan menjalani pembedahan.
Setelah hampir 1 jam dia melakukan solat sunat di malam hari, dia duduk di atas sejadah sambil berdoa kepada Allah.
"Ya Allah hari ni sahabat baikku akan melakukan pembedahan yang sungguh mencabar dan merupakan tentang hidup dan mati beliau. Ya Allah Kau berilah kekuatan kepadanya untuk menempuh segalanya Ya Allah. Ya Allah kau permudahkan semua urusan pembedahan tersebut, Kau janganlah ambil nyawa Rian lagi, aku tak sedia lagi untuk kehilangan Rian. Berilah dia kesembuhan seperti manusia yang lain. Ya Allah Rian telah menempuh pelbagai keperitan dan kesedihan. Jadi Ya Allah bagilah dia sebuah kebahagian yang selama ini dia inginkan. Ya Allah sesungguhnya aku hanya hambaMu yang lemah yang hanya meminta pertolongan dari Mu. Ya Allah kau makbulkanlah doa hambaMu ini. Amin Ya Rabbal Alamin"
Sementara menunggu azan subuh berkumandang, dia mengambil Al-Quran dan membacanya dengan teliti. Selang berapa minit kedengaran azan berkumandang dari arah surau taman perumahannya yang tak jauh dari rumahnya. Dia berdiri untuk menunaikan solat subuh.
Selesai solat subuh, dia mencapai telefonnya, membuka ruang chat dia dan Rian. Zee ingin memberi kata semangat buat sahabat baiknya sebelum dia masuk ke dalam dewan bedah.
WhatsApp Chat
Zee
Assalamualaikum Rian
Good luck for your operation today
semoga semua berjalan dengan lancar
semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah
Rian awak jangan takut tau, saya tau awak kuat
Jaga diri Rian, saya dekat sini tunggu awak
Rian kene sihat tau, nanti dah sihat
kita pergi pantai sama-sama
Rian awak jangan risau sangat tau
good luck Rian
btw Rian saya nak minta maaf
untuk semua kesalahan saya
Apa-apa bagitau kita tau Rian
Take care
Kita tunggu Rian sedar tau
byeeee Rian, Assalamualaikum
Selesai chat dengan Rian, dia turun ke bawah untuk menolong mama masak sarapan.
"Assalamualaikum mama. Selamat pagi" tegur Zee dengan nada yang gembira.
"Waalaikumusalam adik. Awal ye bangun" balas mama.
"Adik bangun awal hari ni sebab sebelum solat subuh adik buat solat hajat untuk Rian. Hari ni kan hari yang penting untuk dia" terang Zee dengan ceria. Tapi itu hanya luaran sahaja. Dalam hati dia cuma Allah sahaja yang tahu betapa risaunya Zee tentang keadaan Rian.
"Ohhh. In Shaa Allah adik, Rian akan okay. Jangan risau. Adik doa banyak-banyak buat Rian, okay?" kata semangat dari mama buat anaknya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Best Friend Forever
AléatoireCerita ini berdasarkan kisah benar dari pengalaman saya sendiri. Thank you for reading my story even a lot of weakness. I will improve my work and thank you for support that i recieve from you guys. Zee Arissa berkenalan dengan seorang lelaki yang b...
