Cerita ini berdasarkan kisah benar dari pengalaman saya sendiri. Thank you for reading my story even a lot of weakness. I will improve my work and thank you for support that i recieve from you guys.
Zee Arissa berkenalan dengan seorang lelaki yang b...
Jam tangan menunjukkan pukul 2:00 tengah hari. Zee sampai terlebih awal dahulu dikeranakan dia menumpang kakaknya yang sehaluan jalan untuk ke tasik. Dia pula malas untuk memandu kereta sendiri. Zee membuat keputusan untuk menunggu Rian sampai di pintu utama tasik itu.
Selang berapa minit, kelihatan kelibat lelaki yang memakai sweatshirt berwarna hijau dan berseluar slight hitam. Kelihatan juga bag berwarna hitam yang agak berat. Lelaki itu adalah Rian. Dari jauh Zee sudah mengenali lelaki itu kerana ketampanan yang dipamerkan oleh Rian sudah cukup membuatkan gadis tergila-gilakan dia.
Tapi Zee tertanya-tanya apa yang ada di dalam bag Rian. Bag itu kelihatan sangat berat.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Rian mula jalan menghampiri gadis itu. "Assalamualaikum Zee, sorry saya lambat sikit" tegur Rian. Tapi salam Rian tidak dijawab oleh Zee yang sedang termenung melihat lelaki itu.
"Zee!!!" panggil Rian sedikit kuat sambil melambaikan tangan ye di depan muka Zee.
Zee tersedar.
"Waalaikumusalam Rian. Sampai pun awak" balas Zee yang cuba sembunyi pipinya yang sudah bertukar kemerahan.
Gadis itu malu sebab tengok Rian tanpa berkelip mata.