Zee turun ke bawah mencari mama.
"Mama ohhh mama. Mama dekat mana" panggil Zee. Dia mencari mamanya seluruh rumah.
" Ye sayang mama dekat sini. Mama ada dekat belakang rumah ni" sahut mama dari arah belakang rumah.
Mama tengah melihat pokok bunga yang di tanamnya dekat gazebo. Zee jalan menghampiri wanita kesayangannya itu.
" Kenapa adik cari mama. Ni tak lain dan tak bukan mesti nak cerita sesuatu dekat mama kan?" Teka mama. Dia sudah masak dengan perangai anak-anaknya. Mama sentiasa tahu sahaja apa yang akan anaknya cakap.
"Ehhh macam mana mama tahu. Mama boleh baca fikiran orang lain ye? Bahayalah lepas ni, okay lepas ni adik kena berhati-hati sebelum mama baca fikiran adik" usik Zee.
"Adik, mama ni dengan adik dari adik dalam perut lagi. Takkanlah anak sendiri mama tak tahu isi hati dia. Haihhh" jelas mama kepada anak kesayangannya.
"Hoohlah lupa pulak. Adik nak cerita pasal Rian" kata Zee dengan senyumannya tak lekang dekat mulutnya.
"Haaa kenapa dengan Rian? Sekarang dia macam mana, keadaan dia dah okay ke? Ada apa-apa jadi dekat dia ke?" bertubi-tubi soalan keluar dari mulut mama. Sampaikan Zee sendiri keliru nak jawab yang mana satu.
"Sabar ma. Adik pun pening nak jawab soalan mama yang mana satu dulu" ucap Zee sambil dia memegang kepalanya.
"Alhamdulillah Rian okay je. Dia sihat je. Perkara yang adik nak cerita ialah...jeng jeng jeng" kata Zee. Dia mengerak jari telunjuknya seperti bermain drum. Saje je nak buat mamanya tertanya-tanya.
"What! Rian kenapa?" soal mama seperti tidak sabar.
"Yang Rian dah terima organ tu" teruja Zee. Dia kata sambil tersenyum manis hingga ke telinga.
"Seriuslah adik Rian terima organ tu?" soal mama lagi sekali.
"Haah Rian terima"
"Alhamdulillah Allah bukakkan hati dia untuk terima organ tu" ucap mama. Mama dah anggap Rian macam anaknya sendiri.
"Alhamdulillah ma Rian dah terima. Esok pembedahan pemindahan organ tu, dalam pukul 2 macam tu" ucap Zee seperti dia tak percaya yang esok Rian akan dibedah. Rasa macam sekejap je masa berlalu. Rasa macam baru semalam kitaorang keluar sama-sama pergi fun fair.
"Okaylah tu awal. Nanti Rian akan cepat sihat" ucap mama.
"By the way mama, adik dengan Rian nak tengok movie malam ni. Tapi kitaorang tengok online je. Dekat Google Meet" kata Zee. Walaupun hanya online sahaja, dia akan tetap minta izin dengan mamanya.
"Ohhh okay adik. Luangkanlah masa dengan Rian sebelum dia kena bedah esok" ucap mama.
"Baiklah mama. Adik nak minta maaf dengan Rian semua. Adik tak sabar nak tunggu dia sihat macam orang lain. Nanti kitaorang plan nak pergi pantai sama-sama bila dia dah sihat. Rian cakap dia dah lama tak pergi pantai, jadi tu impian dia. Adik akan tunaikan impian tu" ungkap Zee. Dia teruja nak tunggu Rian sihat seperti sedia kala. Tak sabar dia rasa nak luang masa dengan Rian dekat pantai.
Rian? Dia nak sangat pergi pantai sebab dia suka tengok pantai. Dia dah lama teringin nak pergi sampaikan dia mimpi kitaorang pergi pantai sama-sama. Zee akan tunggu sampai Rian sembuh betul-betul baru dia dan Rian akan pergi pantai sama-sama.
![](https://img.wattpad.com/cover/296527842-288-k649724.jpg)
YOU ARE READING
Best Friend Forever
RandomCerita ini berdasarkan kisah benar dari pengalaman saya sendiri. Thank you for reading my story even a lot of weakness. I will improve my work and thank you for support that i recieve from you guys. Zee Arissa berkenalan dengan seorang lelaki yang b...