" Achan, betul ke awak ikut pertandingan dengan Ichinose Tokiya?" Aiko mengangkat wajahnya yang ditatap pada majalah di hadapan matanya itu. Memandang kakak kembarnya.
"Ya, memang..." akui Aiko, dengan selambanya. Dia tahu, berita itu tersebar luas bahawa dia dengan Ichinose Tokiya, pelajar Kelas S berganding bahu dalam sebuah pertandingan. Tetapi, perkara tersebut tidak menyalahi peraturan sekolah, tambahan, semasa graduasi nanti, mereka perlu mencari pasangan masing-masing juga.
" Kenapa dengan dia??? Awak boleh sertainya dengan saya, bukannnn?" tanya Kaho, tidak puas hati. Aiko memberinya jelingan tajam membuat Kaho rasa bersalah. Dia tahu, Aiko ada pernah cuba mengajaknya dahulu, tetapi dia terrrrlalu sibuk dengan...masalah Syo....
" Jadi? Kurusu pergi ke uji bakat tersebut? Dengar kata dia dah sembuh dari fobia dia tu..."
" Tak!"
"Kenapa?" Kaho memandang Haruka...Haruka memandang Kaho...entah saling pandang-memandang, siapa yang akan cerita hal sebenar? Akhirnya, Kaho mengalah dan menceritakan hal sebenar. Aiko hampir melepaskan gelak yang kuat apabila mendapat tahu berita sebenarnya. Melihat Aiko ketawa membuatkan kedua-dua mereka berasa kecil, masakan tidak? Mereka semua riuh-rendah menolong Syo, sedangkan Aiko senyap-senyap merakam lagu yang berhasil.
" Jadi, macam mana lagu awak? Dah hantarkan? Bila keputusan dia keluar?" Kaho menukar topik. " Dah, lama dah...emmm tak pasti...patutnya keputusan dia dah keluar minggu ni..." bisik Aiko, kemudian, dia mula sibuk sendiri. Haruka hanya melihat gelagat Aiko.
" N-nee...Aiko-chan..." tegur Haruka. Aiko memandang Haruka. " A-apa pendapat awak tentang Ichinose?" Kaho memandang Haruka, tertarik dengan soalannya itu. " Apa maksud awak?" tanya Aiko. Haruka menundukkan kepalanya.
" ...dia...benci dengan abang kembarnya...dan...cuba atasi dia..." Haruka memandang Aiko. "Dia...kelihatan terdesak..." Aiko merundukkan kepalanya.
Aiko teringat semasa dia pergi bertemu Ringo-sensei untuk mendapatkan surat pengesahan memandangkan pertandingan itu meminta peserta meminta pengesahan dari kolej atau sekolah mereka. Setelah seminggu bertungkus-lumus menyediakan lagu dan merakamnya (bersama Tokiya), akhirnya, lagu untuk dihantar ke pertandingan tersebut berjaya diselesaikan. Tak sangka Tokiya benar-benar memberikan komitmen. Sekiranya mereka berjaya dalam peringkat saringan, mereka akan melakukan persembahan secara LIVE di peringkat akhir. Aiko keluar dari bilik guru dengan hati yang berbunga.
" Ozawa Aiko-san" Aiko memaling ke belakang apabila namanya diseru. Dia terkejut apabila mendapati Hyuuga-sensei yang memanggilnya sebentar tadi.
"Hy--hyuuga-sensei? A--ada apa boleh saya tolong?" gugup Aiko. Selama ini, dia tak pernah berhubung dengan guru kelas S tersebut. Entah kenapa hari ini beliau mencarinya pula.
" Tadi, awak jumpa Tsukimiya-san untuk pengesahan bukan?" tanya beliau dengan suara yang separuh tegas. Aiko mengakuinya, memang dia dari bilik guru tadi untuk meminta pengesahan dengan Ringo-sensei. Tapi...ada masalahkah dengan perkara itu?
"...awak sertai pertandingan tu...bersama Ichinose?" Aiko mengangguk. Takkan itu menjadi masalahnya? Tiba-tiba, Hyuuga-sensei menghela nafas berat, membuatkan Aiko terpinga-pinga.
"...dia tak paksa awak, kan?"
"Eh?? Tak! Tak! Memang saya sendiri yang nak sertainya!" nafi Aiko. Cuba meyakinkan Hyuuga-sensei...malah, dia rasa dia yang paksa lelaki itu untuk sertainya. Lagi sekali, Hyuuga-sensei menghela nafas, tetapi, kali ini, ianya nafas lega.
" Baguslah, kalau dia tak pergunakan awak..."Aiko menjadi bingung. Apa maksud sensei? Dipergunakan? Hyuuga-sensei mendekati Aiko, bahu kecil gadis itu ditepuknya.
"Semoga berjaya!" ujarnya, dengan senyuman...
*****
" Perhatian kepada pelajar Ozawa Aiko..." Lamunan Aiko terbantut apabila speaker kelas mereka tiba-tiba bergema. Dia segera memberikan perhatiannya kepada pengumuman tersebut. "Untuk saya?"
"...dari kelas A, sila ke pejabat sekarang juga terdapat panggilan untuk anda...ulang suara..." sebelum sempat Aiko menunggu ulang suara, dia sudah lesap dari tempat duduknya untuk ke pejabat, meninggalkan Kaho dan Haruka tanpa sempat mereka menyuruhnya.
Ianya tidak mengambil masa yang lama sebaik sahaja pengumuman tersebut, Aiko tiba di pejabat dalam keadaan tercungap-cungap. Kerani di pejabat terkejut melihat Aiko yang kepenatan itu, lalu menyerahkan gangang telefon kepada Aiko. Sebaik sahaja nafasnya mula kembali stabil, dia menjawab talian tersebut.
" O-Ozawa Aiko bercakap..."
*****
Senyuman lebar terukir pada wajahnya. Ya! Aiko berlari dengan penuh bersemangatnya. Dia perlu maklumkan berita tersebut kepada Kaho...tak! Lebih penting lagi, kepada Ichi-
" Ozawa!!" Satu suara yang dia amat kenal menyeru namanya, dia berhenti dari terus berlari dan memaling kepalanya. Kelihatan Ichinose Tokiya dengan uniform musim panas itu memandangnya.
" P-panggilan tadi, ianya tentang apa?" tanya Tokiya, memberikan reaksi yang agak teruja. Aiko segera mendapatkannya.
" Ya!!! Dari pihak pertandingan itu! Kita berjaya lepasi saringan!!!" jelas Aiko, termengah-mengah. Tokiya tersenyum puas. "Jadi, apa seterusnya?"
" Awak akan menyanyi secara live di atas pentas, sebelum mereka tentukan pemenangnya!" tiba-tiba, air muka Tokiya berubah sedikit. Dia membisu sebentar. Aiko kehairanan melihat reaksinya yang berubah tersebut.
" Bila?"
" Ummm...XX haribulan..." jawab Aiko, teragak-agak. Tokiya terdiam sebentar dan kemudian ucapkan terima kasih sebelum meninggalkan Aiko dalam keadaan kebingungan. Belum sempat dia tanyakan bagaimana keadaan kakinya itu...lelaki itu lesap dari pandangannya.
A-Apa maksud lelaki tu?
YOU ARE READING
Uta No Prince-sama 1000%; The Magnificent Melodies (Ozawas Story)
FanfictionCerita ini 'FULL VERSION' daripada fan fiction; Inilah Irama Kami [http://www.wattpad.com/story/976671-inilah-irama-kami]. Watak utama ialah kembar Ozawa; Ozawa Aiko dan Ozawa Kaho. "Bagaimana Melodi mampu menggubah persepsi seseorang?"