Melodi 13

31 1 0
                                    

Ia bagaikan ribut, segalanya berlaku hanya dalam masa sehari. Identiti Kay dan Tokiya yang diudarakan...

...video Aiko viral berikutan kehadiran media yang tidak diundang...

....konflik sama ada perlu atau tidak Tokiya kekal...adakah rakan yang lain menerima kehadiran Tokiya sebagai sebahagian dari mereka

...terlahirnya band boy, ST⭐RISH...

Semua bagaikan mimpi yang berlaku dalam satu hari!!

Namun, esoknya....

Aiko merenung skrin telefon bimbitnya, ianya mesej yang dihantarnya masih belum diterima.

"Kenapa, Achan?" tanya Kaho, yang jalan beriringan dengannya.

"Haru tak balas mesej saya..." Kaho meneleng kepalanya.

"Pelik, biasanya laju je dia balas..." anak matanya ternampak kelibat yang dikenalinya memasuki pintu bilik latihan...

"ICHINOSE!!" seru Kaho, berlari menuju ke arah lelaki itu.

Tokiya memaling, separa terkejut melihat kehadiran Kaho dan Aiko.

"Betul ke korang dapat debut??? Sebagai satu kumpulan?? Tahniah!!" ujar Kaho, dengan senyuman. Namun, senyumannya itu disambut tawar oleh Tokiya.

"Memang kami dapat debut...tapi..." Kaho menelengkan kepalanya. Tapi??

"Nanami tak dapat debut sama dengan kami..." sampuk seseorang dari bilik latihan. Dia memandang ke dalam bilik latihan, kelihatan kelima rakan mereka yang lain turut berada dalam bilik tersebut.

"Apa yang berlaku?" hairan Kaho.

Mereka memandang sesama mereka, sebelum menceritakan apa yang berlaku kepada kedua kembar itu.

"HAH?!" entah kenapa berita itu benar-benar membuatkan Kaho berangin.

"Oh, patutlah Haruka tak balas mesej saya..." Aiko membuat kesimpulan. Otoya memandang Aiko.

"Awak hantar mesej apa pada dia??"

"Um, tiada, cuma saya tanya pasal debut...tapi, nampaknya dia tutup telefon dia sebab mesej tu tak sampai pun..." ujar Aiko, tenang.

"Uh, jadi, korang sepatutnya ada raptai konsert, tapi korang tak pergi?" Syo mendengus.

"Siapa yang ada mood nak raptai?! Jangan nak buat lawak!!" rengus Syo.

"Saya faham perasaan awak, Syo!! Grrr!! Tak pe!! Biar saya cakap sendiri dengan Tuan Penge--" belum sempat Kaho melangkah, niatnya dibatalkan Aiko.

"Jangan, Kchan..."

"T-tapi, takkan kita nak biarkan saja?"

"Ianya tak guna. Tuan Pengetua bukan nak dengar, lagipun, kita sendiri kena hukuman kan?" ujar Aiko, tenang. Kaho menarik muka. Betul juga...

Tiba-tiba, Tomochika merempuh ke dalam bilik tersebut. Wajahnya pucat.

"H-Haruka..."

*****

"Awak nampak tenang..." Aiko memandang Kaho. "Maksud?"

"Awak tak terkejut langsung yang Shining tak benarkan Haruka debut sama..."

"Oh..."

"Dan awak nampak tenang bagi klu pada mereka untuk cari Haruka..."

Sebaik sahaja Tomochika tiba dan memaklumkan kemungkinan Haruka balik kampung....

"Korang tunggu apa lagi??"

"Hah?"

"Selama ini, dia yang selamatkan kamu, dah sampai masa kamu selamatkan dia..." mereka tergamam. Tapi, faham maksud yang Aiko ajukan, lalu bergegas ke stesyen kereta api.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 18, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Uta No Prince-sama 1000%; The Magnificent Melodies (Ozawas Story)Where stories live. Discover now