“ Baiklah!” suara Cikgu Ringo bergema ke seluruh penjuru kelas A. Semua pelajar memberikan tumpuan kepada beliau.
“ Mari kita uji kemampuan kamu semua dengan...MENGADAKAN PERTANDINGAN RAKAMAN!” ujarnya dengan penuh keghairahan. Kelas mula menjadi riuh-rendah.
“Tetapi, untuk kali ini, saya akan menentukan pasangan kamu secara rawak!” beliau mengeluarkan beberapa helai kertas tercatat nama pelajar Kelas A. Lagi sekali kelas A menjadi riuh-rendah.
“ Ah~ kita langsung tak diberi peluang untuk berlengah-lengah, kan?” Kaho memandang ke sisinya; melihat wajah adik kembarnya yang sedang merenung susuk tubuh guru kelas mereka yang sedang menampal senarai nama di papan hitam hadapan kelas.
“ Kenapa, Achan?”, tanya Kaho. Aiko menjeling ke arah Kaho. Dia menghela nafas.
“ Kita baru sahaja mula kelas hari ini, tapi sudah diberinya tugasan...” omel Aiko. Kaho mengangguk, benar kata Aiko. Melalui tugasan ini, terbukti bahawa mereka yang menuntut di Akedemi Saotome tidak diberi peluang untuk bersuka ria.
“ Alah~saya berpasangan dengan Kato...” rungut Kaho, kecewa dengan pasangan yang ditentukan guru mereka.
“ Tapi, ada bagusnya, Kchan”, benar, selama dua tahun lebih dia menuliskan lagu untuk Kaho semasa dia masih aktif sebagai artis di bawah nama ‘Kay’.
TAPI! Sekiranya Kaho berpasangan dengan orang lain...itu bermakna, dia turut dipasangkan dengan pelajar kursus idola yang lain. Seraya itu, matanya pula sibuk mencari namanya dan juga pasangan...
“AH!” Dia tersentak, matanya mengalih ke arah Kaho. Kaho menakup mulutnya.
“ K-kenapa?” tanya Aiko, kehairanan. Kaho menunding jarinya ke arah senarai nama tersebut... “...tengok pasangan awak...Achan...”
Aiko memandang semula senarai nama itu semula. Dia menemui namanya...dan...pasangannya.
“ Hi...”
“ Hijirikawa...Masato....”
Mereka terdiam...
“AH!” Takkanlah!
Serentak mereka memaling ke belakang, melihat seorang lelaki yang memakai baju polo, mempunyai mata dan rambut berwarna biru itu, sedang menatap mereka. Seorang lelaki yang mereka tahu...sukar untuk bergaul dengannya!
*****
“ Gembira bertemu awak”, sapanya.
“ Y—ya, gembira bertemu awak juga”, balas Aiko, kekok. Dia tidak boleh menyembunyikan kekekokannya. Mana tidaknya? Antara ramai pelajar dalam Kelas A, lelaki ini dia cuba untuk mengelak bergaul. Bukan bidangnya untuk bergaul dengan manusia dingin seperti lelaki ini. Tak boleh dinafikan, dia pun seorang yang se-spesis dengan Hijirikawa, tetapi, tetap dia tidak boleh mengagak apa yang bermain dalam fikiran lelaki ini.
“ Um—ini pertama kali saya akan bekerjasama dengan orang lain...biasanya saya akan lakukan semua...jadi, sila berikan tunjuk ajar!” Aiko cuba memecah hening akibat kekekokan antara mereka. Hijirikawa menunjukkan reaksi terkejut.
“Awak pernah tulis lagu?” tanyanya. Aiko tergamam. Alamak! Aku ada salah cakap ke?
“Y—ya, si-sikit-sikit je...” gugup Aiko. Dia memang pernah menulis lagu, tapi, itu semua adalah rahsia antara dia, Kaho dan tuan pengetua.
“ Baguslah...”
“ Eh?”
“ Jadi, sayalah orang yang perlukan lebih tunjuk ajar daripada awak”, jujur Hijirikawa, dia menunduk sedikit. Aiko tergamam.
YOU ARE READING
Uta No Prince-sama 1000%; The Magnificent Melodies (Ozawas Story)
FanficCerita ini 'FULL VERSION' daripada fan fiction; Inilah Irama Kami [http://www.wattpad.com/story/976671-inilah-irama-kami]. Watak utama ialah kembar Ozawa; Ozawa Aiko dan Ozawa Kaho. "Bagaimana Melodi mampu menggubah persepsi seseorang?"