Melodi 10

73 1 0
                                    

"Aiko-chan!" Aiko mengangkat kepalanya, mencari dari mana asalnya suara itu datang. Haruka dengan uniform musim panas Saotome muncul dari belakangnya.

" Dah sampai waktu rehat, jom ke kafeteria," ajak Haruka. Aiko membalas senyuman, tanda setuju. Kaho, Tomochika dan rakan-rakan mereka yang lain belum kembali dari kelas vokal mereka; tadi mereka ada kelas terapung iaitu pelajar idol ada kelas vokal di Bilik Muzik, sementara pelajar komposer tinggal di kelas.

Aiko menolak fail merahnya ke dalam laci, sebelum membontoti Haruka ke kafeteria, tanpa mereka sedari bahawa mereka sedang diperhatikan...

*****

" Waaa~ sedap betul lunch tadi~" puas Tomochika sambil mengeliatkan badannya; melangkah masuk ke dalam kelas sekembalinya dari kafeteria. Kaho, Haruka dan Aiko mengikuti belakang Tomochika; masuk ke kelas.

Kelas A mula dipenuhi oleh warganya, tidak terkecuali warga kelas lain memandangkan masih ada setengah jam sebelum kelas seterusnya bermula. Tomochika meletakkan bukunya di atas meja, tadi dia dan Kaho terus ke kafeteria dari kelas vokal memandangkan kafeteria dekat dengan bilik muzik yang digunakan tadi.

Keriuhan melanda Kelas A, ada yang berborak, ada yang buat kerja sendiri dan sebagainya. Aiko menyeluk tangannya ke dalam laci meja untuk mengambil fail merahnya kerana Cikgu Ringo akan mengutip tugasan mereka selepas rehat...

" Eh?" dia merundukkan tubuhnya, melihat ke dalam laci. Tangannya giat meraba-raba ke seluruh isi lacinya...

" Tiada....Tiada....TIADA?!" lantang suaranya. Orang di sekitarnya memandang. Mukanya berubah kepada pucat lesu, dia menjadi panik. Kaho yang menyedari perubahan mendadak Aiko menegurnya.

" Kenapa ni, Achan? Muka awak pucat semacam?" tanya Kaho. Aiko memandangnya, nampak air matanya bergenang, dia merengut lengan Kaho.

" Bala Kchan! Fail saya hilang", rintih Aiko.

" APA?! FAIL AWAK HILANG?!" Kini, Kaho turut pucat. Kedua-dua mereka mula mengelabah.

" Tadi ada lagi~"

" Jadi, ada orang curi?!"

" Hah?? Curi?? Ehh??" Orang sekeliling mereka tak mampu buat apa-apa bila melihat kedua-dua kembar itu panik luar biasa. Terutamanya apabila kembar itu mula berlari keliling kelas dan minta untuk telefon polis.

" Baiklah, cuba tenangkan diri kamu dahulu..." Aiko dan Kaho dapat rasakan yang kolar baju mereka ditarik. Kedua-dua tidak melawan.

" Miss Ozawas!" suara Cikgu Ringo menyapa gegendang telinga mereka. Keadaan kelas berubah tenang. Tapi, kedua-dua mereka nampaknya belum sepenuhnya tenang.

" Cikgu...tolonglah, carikan fail Achan," pinta Kaho. Otoya, Natsuki dan Masato merapatkan diri mereka dengan Cikgu Ringo, setelah melihat kedua-dua mereka ditahan.

" Fail tu, sebahagian daripada nyawa Achan..." sambung Kaho. Otoya tergamam melihat Aiko yang tunduk, dia boleh nampak gadis itu menggigil.

" ...lagipun..." tiba-tiba Aiko bersuara, semua memberikan tumpuan mereka kepadanya.

" TUGASAN YANG PERLU DIHANTAR HARI NI ADA DALAM FAIL TU!" sergah Aiko. Kini bukan sahaja Kaho dan Aiko yang panik. Cikgu Ringo serta rakan-rakan terapat mereka pun turut panik.

" Awak pasti ke awak tak tinggal mana-mana fail tu?" tanya Tomochika. Aiko menggeleng.

" Sebelum rehat tadi, saya ada letakkan dalam laci...tau-tau, dah hilang..." cerita Aiko.

" Ini pasti ada orang curi!" yakin Kaho. Syo yang kebetulan ada di sana turut bersetuju dengan pendapat Kaho.

"Yalah, Aiko sering dapat markah tinggi setiap kali ujian diadakan, mesti ada orang komplot!" dia memberi pendapat. Namun, Aiko masih ragu-ragu.

Uta No Prince-sama 1000%; The Magnificent Melodies (Ozawas Story)Where stories live. Discover now