Kedengaran sorakan memecah keheningan pentas pada malam itu. Konsert sulung Kay sempena album pertamanya iaitu Kay~ beat~ sememangnya hangat! Terutamanya peminat animasi Magical Nekohime, memandangkan Kay ialah pelakon suara watak utama siri itu; Pink Neko serta penyanyi kepada lagu pembukanya iaitu Engine of Emotion hasil ciptaan Akko @ adik kembarnya sendiri.
“ Anda sudah bersedia-nyaa~?!” bunyi letupan mengiringi sapaan Kay. Semua peminat menyorak “Ya~nyaa~” dengan lantang.
“ Mari kita mulakan ledakan emosi-nyaa~!! ENGINE OF EMOTION!!” seraya itu, lagu intro Engine of Emotion dimainkan.
Sementara, di belakang pentas, adik kembarnya sedang memerhatikan konsert Kay melalui kaca televisyen. Seorang krew yang sedang melalui belakangnya menegur.
“ Eh, Kay? Awak—ah!” dia sedar yang dia salah orang, apabila Aiko memandangnya, sayu. Dari belakang, ya, kelihatan seperti Kay, tetapi...itu bukan Kay!
“ Hei! Kau salah oranglah! Kay dah di atas pentas!” tegur krew agensi Voicer. Krew sebentar tadi tergamam sebentar. “ J—jadi siapa tu?” gugupnya.
“ Itu...adik kembar Kay, Akko. Dia menulis lagu untuk Kay!” terang krew tersebut.
“ Aaapa?! Kembar?! Patutla seiras...” gugupnya.
Aiko kembali menonton persembahan Kay...
Dalam dunia ini...ada pelbagai suara lunak...tapi...aku hanya nak hasilkan lagu untuk Kchan...hanya Kchan....
*****
April
Akhirnya, dia mendengar kata-kata lelaki misteri @ Shining Saotome tempoh hari dan menjadi salah seorang pelajar Akedemi Saotome. Dia berjalan menuju ke kafetria akedemi itu, dengan memakai uniform akedemi, dan tangannya memegang sebuah fail merah yang tak pernah lekang dari sisinya; fail itu umpama harta baginya kerana segala rahsia tentang dia dan Kaho terdapat dalam fail itu.
Dia menjadi pelajar akedemi tersebut bukan atas kehendaknya...tetapi, atas ‘wasiat’ datuknya! Dia teringat apa yang Shining Saotome katakan pada mereka tempoh hari...
“ Seiji-sama ask me menyerap you guys sebagai pelajar akedemi Saotome, but, saya dah katakan padanya, saya mengambil you guys bukan atas dasar hubungan kami, but talent and ability you guys untuk menjadi idol...sepanjang dua tahun saya memerhatikan both of you, saya nampak prestasi yang memberangsangkan, oleh itu, saya sendiri ingin bertemu you guys secara bersemuka and mahu kalian menjadi pelajar Akedemi Saotome...”
Tiba-tiba, Aiko perasan bahawa hidupnya bagai dalam tapak tangan datuk mereka...dan...
“ TUTTTTTTTTURRRRRRRUUUUUUUUUUUUUUUUUU~~~” dia mengeluh, sambil mengerakkan dirinya ke kanan untuk mengelak dari didakap oleh Kaho... “ACHANNNN!!!” Kaho tersembam!
Pelajar lain hanya melihat gelagat kedua kembar itu. Kaho bangun dengan perlahan-lahan lalu mencekak kolar blazer Aiko.
“ A~channn, semenjak kita mendaftar di akedemi, awak lagak dingin dengan saya ehhhh??” kecewa Kaho, berbaur geram dalam kata-katanya.
“ Kchan, kan saya dah kata, hati-hati dengan tindakan awak, pelajar di sini boleh cam diri awak melalui suara awak...” bidas Aiko dingin. Kaho menegakkan badan sambil mencekak pinggang.
“ Jangan risau! Kat sini ada ramai suara macam saya!”
“ Banyak cantik muka...” sindir Aiko. Kaho memandang Aiko, air mukanya berubah setelah melihat cara pemakaian Aiko.
YOU ARE READING
Uta No Prince-sama 1000%; The Magnificent Melodies (Ozawas Story)
FanfictionCerita ini 'FULL VERSION' daripada fan fiction; Inilah Irama Kami [http://www.wattpad.com/story/976671-inilah-irama-kami]. Watak utama ialah kembar Ozawa; Ozawa Aiko dan Ozawa Kaho. "Bagaimana Melodi mampu menggubah persepsi seseorang?"